Sabtu, 30 Mei 2009

Kuliah : Dari Mana Datangnya Sakit? #2

Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi.....

Kedengaran bunyi nada dering dalam dewan kuliah. Memang mengganggu konsentrasi Doktor Guntur untuk mengajar. Dah berkali diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau menyenyapkannya sebelum kuliah bermula. Ada juga yang degil.

Rupa-rupanya.....

DG : Sayang, Abang ada kuliah sekarang ni. Habis kuliah Abang call balik. Babai. Salamalaikum.

(Bini kesayangan telefon rupanya. Pujangga ada berkata, kerjaya itu yang utama tapi cinta bukan nombor dua. Penulis : Kena masukkan unsur-unsur cinta baru cerita laku zaman sekarang ni)

Lihat gambar pada slaid saya : Sensory Homunculus. Anda sendiri dapat lihat tiada bahagian dalam Daerah Deria Rasa yang menerima saraf dari organ dalaman. Jadi sakit yang datang organ dalaman dirujuk oleh otak pada dermatome yang disupply oleh saraf tunjang yang sama. Organ yang cedera, dermatome yang sakit.

Jadi di sini saya nak beritahu bahawa ada 2 jenis sakit. Iaitu somatic pain dan visceral pain. Somatic pain berlaku apabila berlaku kecederaan pada kulit atau pada tisu di bawahnya manakala visceral pain berlaku apabila berlaku kecederaan pada organ dalaman. Jadi apa beza antara 2 jenis sakit ini?

Uday : El somatik bain ya'ni well localized o vizeral bain boorrly localized (Somatic pain is well localized while visceral pain is poorly localized-Somatic pain mudah dikesan tetapi visceral pain sukar ditentukan)

DG : Bagus Uday atas jawapan anda.

Jadi kalau ada pesakit datang berjumpa dengan kamu dan mengadu sakit, jadi kamu minta dia tunjukkan dari mana datangnya sakit itu. Kalau dia tunjukkan tempat sakit itu dengan jari bermakna sakit itu dapat dikesan dan berasal dari kulit dan tisu di bawahnya. Tetapi jika dia menggunakan tangan atau tidak pasti dari mana datangnya sakit bermakna organ dalaman atau saraf yang bertanggungjawab atas rasa sakit itu.

Saya beri contoh. Ada seorang pesakit mengadu sakit pada gigi. Apabila ditanya gigi yang mana satu sakit, beliau teragak-agak. Ini bermakna sakit itu berlaku akibat kecederaan pada saraf Trigeminal. Mungkin disebabkan oleh arteri yang berdenyut atau meningitis(radang selaput otak) . Jadi amat penting kepada doktor untuk mengambil berat hal yang sedemikian. Adalah tindakan yang bangang lagi tak senonoh jika beliau mencabut kesemua gigi pesakit tersebut walhal yang sakitnya adalah saraf.

(Tiba-tiba DG senyap secara spontan. Pelajar mula cuak dan tercari-cari punca perubahan DG. Mata DG tepat merenung wajah Nik Fazli(bukan nama sebenar) yang sedang berdengkur. Menyedari akan hal itu, rakan Nik Fazli mengejutkannya.)

DG : Mung mari sini nak ngaji ko nak tido, Pok Nik?

NF : Ambo mari nak ngaji la dokto. Dokto kecek luar sokmo hok tu ambo payoh nak nakak.

DG : Nate beruk sungguh mung nih. Toksey ngabe ko aku. Guano nak jadi dokto kalu kecek luar pung tak pehe. Mari dok depe sini.

NF : Bereh, dokto.

(Nik Fazli pun mengangkat punggung dan mengubah posisi ke tempat lain sesuai dengan arahan Doktor Guntur. Kelihatan seorang pelajar Arab, Zainal 'Abidin(bukan nama sebenar) sedang menyalin balik perbualan antara NF dengan DG sebentar tadi. Manalah tau dapat tunjuk hebat depan tino Kelate.)

...........................Bersambung lagi.............................

p/s Aku ada final exam lebih kurang setengah hari lagi. Subjek yang paling mudah tapi markah yang terendah antara subjek yang ada. Semoga mencapai target.

5 komentar:

MZ mengatakan...

agak-agak Zainal Abidin tu dapat salin full sentences of d conversation ke atau salin 2 patah perkataan je?
ahaks.

mane dapat idea entry ni?
cool la.

guntur mengatakan...

zainal abidin(bukan nama sebenar) kalau tak sempat salin pun,dia akan jumpa sek2 kelate nak tambah vocab.

dapat idea hasil daripada berangan2.

cool lawannya hot.ini bermakna saya tak hot.

ok,keluar dulu.nak pegi exam.

salam.

Sayer Best mengatakan...

salam..selamat berumur 20 tahun...semoga panjang umur murah rezeki dan bahagia dunia akhirat

muiz mengatakan...

Nik fazli score tu NS2... kalah scorer2 lain...

Pok Nik mengatakan...

siot la . .

apsal watak uday nampak cam hebat?

camane nik fazli yg pengemas dan tersusun boleh digambarkan sbg 'hobo'. tak logik la.