Jumat, 15 Mei 2009

Entri Terakhir Sem Ini

Aku menulis bila bosan dan sekarang aku dah bosan menulis. Biasalah semangat itu turun naik dan sebab itulah wujudnya peribahasa 'Hangat-hangat tahi ayam.'

Aku akan sambung menulis insyaAllah setelah tamat peperiksaan akhir iaitu 15 Jun 2009.

Aku mewujudkan blog ini atas saranan kakak aku dan mak aku jua kerana ingin mengasah skil menulis Bahasa Melayu aku yang kian tumpul, atas pencemaran dialek-dialek kenegerian di samping bahasa medium English dalam dewan kuliah. Dan blog ini merupakan tempat aku menulis teori dan pendapat aku, mungkin dapat dirujuk pada masa hadapan atau setidak-tidaknya menjadi kenangan di waktu tua.

Aku tak dapat sembunyikan rasa kagum terhadap saudara Naqiu dan Musafir Melayu kerana mereka mampu menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Bukan aku tak mahu tulis dalam English, cuma aku tak dapat merasakan perasaan yang sama ketika aku menulis dalam Bahasa Melayu. Aku ada saja blog English tapi dah lama terbiar bersawang, bersemak.

Ada seorang kawan aku berkata, 'Blog ini umpama punggung, semua orang ada tapi tak semua orang nak tengok.'' Kadang-kadang aku terasa ada benarnya kata-kata dia, kadang-kadang terasa agak kejam dia berkata begitu. Apa-apapun aku akan pastikan 'punggung' aku bersih tak berdaki. Biar apa pun yang anda tulis, pastikan anda tahu tujuan dan prinsip anda.

Terima kasih kepada pengomen-pengomen setia kerana sudi bertandang ke blog ini untuk berkongsi idea dan pengalaman.

Sekian.

4 komentar:

naqiubex mengatakan...

Dahulu saya juga mempunyai perasaan yang agak serong kepada aktiviti blogging..
Terutamanya apabila blogger mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Mungkin saudara pun faham apa yang ingin saya maksudkan.

Sebenarnya saya agak tertarik dengan pandangan dan cara penulisan saudara. Sebuah perkara yang agak susah bagi saya terutamanya dalam menyusun dan menghasilkan perkataan yang begitu cucuk untuk digunakan.Apatah lagi memberikan pandangan yang bernas dalam sesuatu perkara.

Apa pun, saya akan merindui entri entri En. Guntur buat masa ini. Semoga berjaya dalam peperiksaaan, Insya Allah.

MZ mengatakan...

good luck for yr exams!

bittaufiq wan najah.

=)

rozailiaswan mengatakan...

eh mne ko knal aku?
mne ko thu rambut semat ke x ni?
huhu
ape2 pon..
entry ko mmg best..

guntur mengatakan...

terima kasih kepada encik rozaili kerana sudi singgah di blog aku
dan juga buah tangan berbentuk komen

aku peminat kau.tu pasal la tau rambut kau semat ke tak.

hehe