Apa itu Arab?
Mari kita lihat jawapannya.
Kisah satu.
Satu hari sewaktu menanti waktu berlepas di lapangan terbang, aku memerhati sebuah keluarga. Kulit hitam serupa orang Afrika, yang lelaki memakai lilit kepala besar dan tebal, memakai jubah, yang perempuan memakai jubah serupa Arab kampung, yang perempuan muda memakai pakaian serupa ''gadis Arab moden''. Aku dapat mengagak yang mereka ini datangnya dari Sudan.
''Kau orang Sudan kan?''
''Benar, wahai saudara.''
''Jadi, apa bangsa kau?''
''Arab''
''Bukan Afrika?''
''Bukan''
Mereka sudah mengaku Arab sudah ratusan tahun, mungkin. Berjiwa Arab bertubuh Afrika.
Kisah dua
''Dulu, bangsa Arab yang menguasai bidang-bidang ilmu. Lahir ramai cendikiawan seperti Ibnu Sina dan lain-lainnya.''
''Err...Ibnu Sina itu orang Farsi.''
''Tapi, beliau berbahasa Arab, menulis dengan tulisan Arab. Senang cerita, beliau mengasimilasikan budaya Arab dalam kehidupan. Maka, beliau adalah Arab.''
Ohhhh. Seraya aku terkenang Arab-arab 'celup' di Tanah Melayu.
Kisah tiga
Aku baca di sebuah forum. Lebih kurang begini tulisan seorang forumer.
''Saya bersama 3 sahabat saya, Arab Mesir solat Jumaat di masjid kampung saya. Mereka berpakaian jubah dan berkopiah seperti kebanyakan Arab Mesir. Seperti Sheikh Qardhawi. Habis saja solat, para jemaah di situ, berebut-rebut mencium tangan sahabat-sahabat saya. Tercenganglah 3 orang pemuda tersebut.''
Arab bangsa yang mulia?
Apa itu Melayu?
Kisah satu
Aku teringat permintaan Persatuan India Muslim Malaysia di dada akhbar. Mereka minta diiktiraf sebagai Melayu, bukannya Mamak. Menurut mereka, menurut Perlembagaan, ciri-ciri Melayu adalah seperti berikut:
1. Beragama Islam
2. Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama
3. Mengamalkan budaya Melayu
Dah lama dah kisah ini. Sebelum aku angkat kaki meninggalkan Malaysia. Jadi, sesiapa yang mengesan kesalahan fakta, minta tolong betulkan.
Kisah dua
Ada yang beranggapan, orang Cina misalnya, masuk Islam itu umpama masuk Melayu. Pada hakikatnya tidak. Mereka bebas mengamalkan budaya Cina, asalkan tidak bertentangan dengan Islam. Budaya Melayu sendiri pun ada yang bertentangan dengan Islam.
Mungkin Melayu itu sinonim dengan Islam di Malaysia?
Tapi tidak di mana-mana.
Teringat seorang penceramah perbandingan agama, seorang muallaf berbangsa Cina yang mengekalkan nama Cina beliau. Dan tidak menggunakan 'nama Melayu'.
Bekas Mufti Perlis pernah mencadangkan supaya mewujudkan masjid Cina dan India. Pengajaran Islam dapat dijalankan dengan bahasa masing-masing, bukan sekadar Bahasa Melayu.
Apa-apa pun aku dapat jadi seorang Muslim tanpa menjadi Arab. Dapat menjadi Muslim tanpa menghapuskan identiti sebagai Melayu.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
10 komentar:
hmm.. Semua bangsa sama sahaja disisi Allah SWT. Amalan yg penting...
Sedih melihat Malaysia apabila bangsa Melayu mendapat hak keistimewaan sedangkan bangsa Malaysia lain tidak dapat.
Bagaikan menggalakkan perkauman..
Alangkah bagusnya kalau setiap daripada rakyat malaysia dapat mempelajari bahasa Melayu, mandarin, hokkien, Tamil atau Telegu semasa di waktu persekolahan.
Saya tiada komen mengenai isu ini. Saudara anggap saja bahawa saya ini neutral.
Suka saya untuk memetik pendapat dari kedua belah pihak. Pihak yang menentang 1 Malaysia ini berpendapat bahawa hak keistimewaan rang Melayu sudah dipersetujui oleh semua pihak sejak sekian zaman, ketika proses kemerdekaan tanah air. Menurut mereka perkara yang telah disepakati dan ditandatangani tidak perlu dipertikai.
Pendapat yang menyokong idea 'Satu Bangsa Malaysia' menyatakan bahawa bangsa Cina dan India yang telah lama tinggal bersama-sama sepatutnya dianggap sebagai sebahagian daripada bangsa Malaysia. Tiada perbezaan layanan atau keistimewaan yang sepatutnya diberikan kerana semua adalah sama, bangsa Malaysia.
Allahu a'lam
Kalau camtu, ust abdul aziz yg kecek kelate tu dikira melayu la. btol x ortai?
Aah Melayu. Melayu celup. Aku pun tak tau dikira Melayu ke tak. Tapi Paih ada cakap kat Kelate ada orang jenis macam ni, muka macam Arab tapi kecek Kelate. Orang macam ni dipanggil Pok Sheikh. Biasanya diorang ni sikah.
aku orang thai.
warga negara thai
cakap thai
thu budaya thai..
dan aku
juga still sorg thai
yg tahu budaya melayu
blh cakap melayu
blh cakap kelate..
tp
aku tetap thai!
proud to be a thai!!
aku muslim thai
lalalaaa~~
yg penting, aku muslim.
setiap bangsa mesti ada org2 yg bersungguh2 dalam menyampaikan islam. x kira bangsa arab ke, melayu ke, cina..
yg penting kita org islam.
jgn terlalu taasub dgn bangsa.
uh,mendalam maksud tu.
teringat aku dalam satu buku yg aku baca, pasal Communication in Malaysia. kalau xsilap aku, Cina dikelaskan sebagai Cina, India itu India. Tetapi untuk Melayu, ada lebih dari 5 suku kaum lain dibawahnya, kebanyakkan kaum2 dari Indonesia, Filipina, Thailand dan Malaysia sendiri. Pertembungan antara kaum yg telah menybabkan Melayu itu wujud.
Seperti Arab la kan? Kalau nak diikut sejarah, mereka sebenarnya berasal dari africa bukan?
Adakah kaum Arab mulia?
Adakah kaum Melayu istimewa?
itu saya xpasti. Apa yg pasti adalah Allah tidak menilai kemuliaan seseorang itu hanya semata-mata pada kaum/darjat/rupa..tetapi pada amalnya...
dan saya setuju dengan kata2 naqiubex. cuba la rakyat kita diberi peluang belajar bahasa lain. bukan untuk merendahkan bahasa melayu, tetapi sebagai memupuk perpaduan dan persefahaman antara kaum.
tegur kalau silap,peace!
Neem
Secara 'tengkoraknya' kita adalah sebangsa iaitu Malayan atau bangsa kulit sawo matang.
Sebab apa aku suka perempuan? Sebab aku lelaki. Haha. Takde kaitan.
Mungkin perbezaan bangsa itu adalah satu faktor tarikan untuk kita mengenali satu sama lain.
Musafir Melayu
Hoho. Orang Melayu sudah datang. Teringat lawak antara kami, kalau ada yang tinggalkan seketul kuih dalam pinggan maka dia akan digelar Melayu Sejati.
Mengenai asal usul bangsa Arab, ada 3 pendapat. Tapi saya ingat 2 sahaja.
1.Berdasarkan nama seorang iaitu Ya'rab bin Qahtan
2.Dari Nabi Ismail as
Bangsa yang serumpun dengan kita, kalau tak silap digelar bangsa Nusantara.
Setuju juga dengan cadangan Naqiubex. Malaysia bakal menjadi bangsa polyglot. Boleh lihat artikel saya di http://cakap-lebat.blogspot.com/2009/04/otak-bahasa-dan-personaliti.html.
bukan pok syeikh, tai. tokseh hok sbetulnyo.
berigak doh la. otai rupanya.
kalu nok baca pasal bangsa melayu, boleh cari di wikipedia di bawah kata kunci, "Malay Race" dan juga "Malay Ethnic". ada dua pendapat berbeza.Fahamkan betul2.
Dan konsep Malay Race adalah sangat besar. Malay Race tergolong dalam 5 bangsa utama di dunia. diutarakan oleh saintis german yang mengutarakan 4 bangsa utama di dunia. dia menambah Malay Race beberapa tahun berikutnya sebelum konsep bangsa yang dia kemukakan ditolak saintis lain. Kenapa mereka menggunakan istilah "Malay" untuk menamakan bangsa ini? saya tak tahu.
seterusnya, kalau kita nak kesan kembali sejarah bangsa kita, ianya bermula di Yunnan, China. Proto-Malay bermula dari sana. tetapi, menurut SabriZain.Org, dia menyatakan, Melayu yang ada pada zaman sekarang adalah melayu yang berbeza dari Proto-Malay. Melayu sekarang dinamakan sebagai Deutero-Malay. Bangsa baru. Bangsa hasil percampuran banyak bangsa-bangsa lain. Banyak asimilasi berlaku.
Aku ambil aku sebagai contoh. sebelah mak aku, melayu campur cina. Mak kepada moyang aku, cina dari tanah besar. sebelah ayah aku, melayu campur pakistan.
aku pasti ramai lagi yang telah bercampur darahnya dan genetiknya.
berkenaan bangsa arab, Liga Arab menakrifkan, sesiapa sahaja, yang menggunakan bahasa arab dalam kehidupan seharian, tinggal di negara yang menjadikan bahasa arab sebagai bahasa rasmi, bersimpati kepada perjuangan bangsa Arab adalah Arab. Sebab itu, orang Sudan menganggap diri mereka arab.
Dan, Imran Zainal Abidin pun boleh mengaku sebagai Arab kalau dia bersimpati dengan perjuangan bangsa Arab. Oh, tapi, aku rasa definisi oleh Liga Arab sangat politikal. Meluaskan pengaruh dengan meluaskan konsep bangsa Arab.
Tapi, apa-apapun, bagi aku, secara peribadi, bangsa, atau etnik, atau apalah ia, hanyalah percubaan manusia untuk mengklasifikasikan diri mereka yang selalunya berkaitan dengan tempat tinggal, bahasa digunakan dan sejarah. Kita boleh mempedulikan ia dan kita boleh meninggalkan ia. Kalau kita sayang pada rumah sukan kita (tok tahu contoh lain. hahaha), bukankah seharusnya kita sayang pada bangsa kita sendiri?
Tetapi, jikalau kita berlebihan mengagung-agungkan dan taksub akan "bangsa kita", ianya tak lain tak bukan hanyalah taksub akan kerja klasifikasi yang hanya membawa mudharat.
***hahaha, sori panjang bedo'ossss komen kali ni. paling panje dale sejaroh kot. menaip macam air pasal bendo ni dalam site of interest kawe. nok wat lagu mano. maaf banyok laa deh.
tak napok pulop komen demo.tak dapat notofication alik email.
yang lima kau terbesar tu berdasarkan ftengkorak.aku rasa macam nak tulis je pasal benda ni.nak kaitkan dgn evolusi.lain kali la kot.
entri ni sebenarnya aku tulis ada 2 sebab
-tak puas hati org sanjung bangsa lain
-tak puas hati org terlalu menyanjung bangsa sendiri
aku sebenarnya seorg nasionalis.ah banyak lg benda aku tak puas hati pasal bangsa ni sampai tak tertulis.
Posting Komentar