Dan aku diberikan kekuatan untuk menulis sedikit pesanan, dikurniakan ilham mencoret fikiran.
Manusia itu merupakan makhluk Tuhan yang dikurniakan akal, dan itulah perbezaan utama antara manusia dan haiwan. Namun, kita harus sedar bahawa penggunaan akal itu ada batas-batasnya, ada kawasan-kawasannya.
Apakah dia sempadan-sempadan penggunaan akal?
Pertama sekali, ada satu daerah yang dikenali sebagai daerah pancaindera. Daerah ini tertakluk kepada pancaindera yang lima. Aku teringat nasihat seorang pemandu teksi, ''Kau takkan rasa betapa bernilainya duit dengan hanya menggunakan lidah.''
Secara saintifiknya, pancaindera ini dapat menerima maklumat dari luar hasil daripada rangsangan. Dan rangsangan itu dipindahkan dalam bentuk elektrik untuk ditafsirkan ke otak. Contohnya, penglihatan memerlukan cahaya. Cahaya merangsang 2 jenis sel iaitu rods dan cons untuk menghasilkan tenaga elektrik dan maklumat tersebut dibawa ke bahagian belakang otak iaitu daerah penglihatan untuk ditafsirkan.
Tak ada manusia mendengar dengan lidah, merasa manisnya makanan dengan kulit. Semua ada bahagiannya sendiri.
Manusia memerlukan objek atau zat sesuatu itu untuk dikesan dengan pancaindera. Ya, pancaindera memerlukan rangsangan luar untuk memindahkan maklumat.
Daerah kedua pula dikenali sebagai daerah akal. Kalau daerah pertama memerlukan zat untuk mendapat maklumat, daerah yang ini tak begitu menitikberatkan kewujudan zat. Cukup sekadar kesan yang terhasil daripada zat tersebut. Dapat difahami melalui hukum kesan dan sebab. Doktor dapat mengagak individu itu melakukan hubungan seks mulut-ke-kemaluan dengan mengesan virus Herpes simplex 2 pada mulut pelaku, misalnya.
''Zat tak ada tapi kesan ada'' merupakan identiti daerah ini.
Manakala daerah ketiga dikenali sebagai daerah perkhabaran atau dinamakan daerah ikhbariyyah. Zat tak ada, kesan tak ada. Pancaindera tak dapat mencerap, akal tak dapat menyerap. Hukum kesan dan sebab tak dapat merungkai permasalahan ini, mungkin.
Apakah contohnya?
Kewujudan syurga. Manusia mana yang dapat melihat syurga, mengesan kesannya. ''Tak terlihat oleh mata, tak terdengar oleh telinga dan tak terlintas di hati'', bak kata Rasulullah, kalau tak silap aku. Sesiapa yang tahu, diharap dapat memberi sanad berserta matannya.
Bagaimana nak tahu kewujudannya?
Dari Yang Maha Tahu.
Akal dan pancaindera itu ada batas kemampuannya. Telinga manusia tak dapat mendengar bunyi kurang daripada 20Hertz walaupun ada zat, ada bunyi terhasil. Dan bagi aku akal itu adalah salah satu daripada pancaindera manusia.
Orang buta dan orang celik sama-sama tak dapat melihat tanpa adanya cahaya. Orang gila dan orang cerdik sama-sama tak mengenal Tuhan tanpa adanya wahyu.
Islam tak menghalang penggunaan akal, dan dengan akallah Islam difahami. Namun, fahamilah batas-batas akal anda.
Ada sahabat membuat analogi. Akal itu ibarat kereta manakala Syariah itu jalannya. Kalau kereta tak mengikut jalan maka kemalanganlah natijahnya. Kereta dan jalan yang bergerak seiring menuju ke destinasi yang pasti, yang hakiki.
''Berfikirlah mengenai makhluk dan jangan berfikir tentang zat Tuhan maka kau akan binasa.''
Zat tuhan, tak dapat dikesan di daerah pancaindera, tak dapat dikesan di daerah akal. Manusia tak nampak kesan ZAT TUHAN pada penciptaan makhluk.
Berfikirlah dan belajarlah. Itulah yang dapat menambahkan iman anda.
Boleh muat turun ceramah Sheikh an-Nabulsi di sini.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar