Asar tadi, baru saja aku habiskan menonton filem yang berjudul Captain Abu Raed. Filem tersebut merupakan filem pertama keluaran negara Jordan setelah lebih 50 tahun. Sebenarnya dah lama aku muat turun filem tersebut, cuma aku tak perasan dan terlupa dengan kewujudannya dalam komputer riba aku. Anda boleh baca sinopsis filem tersebut di sini.
Realiti kehidupan
1. Segelintir golongan elit yang memandang rendah golongan bawahan
Aku teringat kata-kata Nour(seorang juruterbang) kepada Abu Raed
''Kau banyak baca buku, banyak pengetahuan. Jadi, kenapa hanya jadi tukang sapu?''
Sedangkan Imam al-Ghazali yang merupakan ulama besar pun dapat menerima nasihat seorang pencuri, inikan pula kita. Boleh baca kisah beliau di sini. Benarlah kata pepatah, ''Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi.''
Orang yang tak habis bersekolah seperti Chairil Anwar pun berjaya menggegar dunia sastera Indonesia.
Jangan pandang orang sebelah mata, tetapi pandanglah dengan dua belah mata. Mata kepala dan mata hati.
2. Golongan marhaen yang sentiasa berasa inferior
''Orang seperti kita takkan ada yang menjadi juruterbang,'' ujar Murad kepada teman-temannya.
Namun, akhirnya Murad berjaya menjadi juruterbang setelah terinspirasi dengan Abu Raed.
Buat sahabat yang tak hot, jangan berasa terhina.
3. Cintailah ilmu dan pengetahuan
Ilmu itu tak terbatas di pagar-pagar universiti, tak terhijab di sebalik dinding sekolah. Boleh dicari di mana-mana. Abu Raed yang hanya bekerja sebagai tukang sapu di QAIA mempunyai hobi membaca buku berkaitan sastera, sains dan politik. Beliau juga mempunyai perpustakaan yang mengandungi 2000 buah buku. Beliau menasihati Tariq, anak jirannya supaya menitikberatkan soal pelajaran.
Cukuplah dulu setakat ini kupasan aku tentang filem tersebut. Selamat.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
8 komentar:
Terkadang manusia itu sendiri tersalah tafsir melihat berasas norma yang biasa. Kita mungkin sudah terbiasa dengan pendidikan formal, yang markah tinggi itulah tercerdik, terhebat. Yang beratus "A" itulah yang terbaik, yang perubatan itulah yang paling genius. heh.
Tak salah meletak garis ukur terhadap setiap satu. Cumanya pintar itu bukan sesuatu yang diukur berdasar yang itu saja.
Ada yang hebat perkara ini tapinya memang kosong dalam perkara lain.
Memandang bukan hanya sekadar melihat.
to look, see and to observe is different in a single wayWallahu3lam.
Cepat gila komen. Baru berapa minit post.
Sebut tentang markah, aku ada pendapat. Markah itu memang penting. Markah itu adalah alat supaya kita mencapai matlamat. Cemerlang SPM misalnya supaya dapat biasiswa belajar medik. Pintar tak pintar sebenarnya masih belum ada kayu ukur yang mantap. Ujian IQ yang ada sekarang ini pun masih dipertikaikan.
Markah CNS dah keluar?
I have Google Reader, mind you. To keep myself updated (ha ha)markah memangnya ada penting di situ. Cuma cara setiap satu itu di olah kepada tujuan asal markah.
Bagaimana kalau cemerlang SPM tapinya dia tak mau biasiswa perubatan, tapi mahu yang lain. Ternyata orang lain menilai kehidupan kau pada masa akan datang berdasarkan markah SPM itu. Kalau dah dapat semuanya "A" belaka, orang nak tafsir dia ini mahunya ke bidang apa? Semua pun boleh?
Katanya dah ada di Department. Not to eager to know. heh
di mana bumi dipijak,di situ langit dijungjung..tiba-tiba je..haha..
Isu hot tu bukan masalah inferior kt bdk2 x hot otai... masalah hot tu cume kt abu sorg je... yelah takut "seseorg" tu minat kt bdk hot...
Pejalan Kaki
Tadi aku bertembung dengan 'Puteri Umno' lepas tengok markah. Nampak gaya dia pun nak pergi tengok markah jugak.
Camca Emas
Hang mai Ceruk Tok Kun ka?
Muiz
Ye ke? Abes la kalau Abu baca. Aku tak terlibat.
hooo...kak long dah ulas pasal markah kesian dan USIM.bengang la..ada la sorang makhluk kutuk secara indirect dalam blog dia..dan juga ada orang jumpa blog sayerbest guna keyword usim dan markah kesian...nak discuss panjang kita ym arr
Haha..Dah baca dah. Seronok jugak ada orang macam tu. Terhibur sikit.
Posting Komentar