Rabu, 30 Desember 2009

bakal doktor sakit jiwa

dulu waktu di sekolah, dia memang minat subjek matematik dan bahasa. tidaklah dia hebat dalam kedua-dua jenis subjek tersebut, cuma dia lebih memberi tumpuan berbanding subjek lain. dia pernah menyimpan cita-cita ingin menjadi sasterawan negara. tapi tiada sesiapa yang memberikan galakan dan memberi tunjuk ajar kepadanya untuk meneruskan impiannya itu. tiap bulan memang ibu bapanya membelikan majalah berkaitan sains, agama dan sosial untuk dia dan adik beradiknya. nak baca komik memang kena pinjam dari sepupu dia.

oleh kerana keputusan peperiksaannya sedikit elok, dia layak belajar di kelas sains. sedang rakan-rakan lain bercita-cita untuk menjadi doktor atau engineer, dia menyimpan hasrat untuk menjadi ahli falak, kerana terinspirasi oleh guru syariahnya. gurunya bilang orang negaranya kurang ahli falak syarie sampai terpaksa meminta bantuan orang luar mencerap bintang. dia tak tahu. dia telan bulat-bulat. ada juga dia terfikir untuk menjadi ahli fizik. nak jadi doktor, dia pula pemalu. lagi-lagi dia memang berminat dengan matematik. minatnya dengan bahasa masih ada, cuma agak kabur dengan masa depan bidang itu. hanya sekadar nilai tambah bak kata sesetengah orang.

dipendekkan cerita, peperiksaan akhir sekolah setaraf spm dia mendapat sedikit elok. dalam kepala dia, dia ingin meneruskan pengajian di luar negara. nak mencari pengalaman baru. memang dia kurang pendedahan mengenai pengajian tinggi. guru-guru di sekolah memang menggalakkan anak didiknya menjadi doktor dan jurutera, bagi pelajar aliran sains. lebih-lebih lagi kebanyakan pelajar cemerlang yang menjadi role model rakan-rakan junior adalah pelajar perubatan. ibu bapanya turut begitu. tapi kalau nak diikutkan, dia tak boleh menyalahkan mereka. kenalan ibu bapa dia yang mempunyai imej baik kebanyakannya adalah doktor. jadi mereka ingin melihat anaknya menjadi salah seorang daripada orang yang mereka kagumi. dia terpaksa redha.

dia akhirnya menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara. anak muda belasan tahun mana yang tak terliur dengan duit biasiswa yang lumayan tiap-tiap bulan. lebih-lebih lagi belajar di luar negara. memang dasar materialistik. dulu dia pernah bilang sama mamanya untuk belajar agama atau bahasa di tanah arab. mamanya kata kurang pasaran kerja. dia faham dan tak menyalahkan mamanya. dek kerana imej baik kenalan doktornya dan sedikit pengalaman buruk dengan golongan agama.

oleh kerana dia sudahpun menjadi pelajar perubatan, dia terpaksa memilih bidang yang satu itu juga kalau nak menyambung pengajian. dia menyimpan hasrat untuk menjadi pakar psikiatri, pakar sakit jiwa. menurut apa yang dia tahu, doktor sakit jiwa memang tugasnya tak serumit pakar-pakar lain seperti pakar bedah. belajar pun sekejap cuma, hanya setahun setengah. itu yang dia dengar. tapi kena melayan kerenah orang sakit jiwa. dia tak kisah. ada rakan dia bilang dia ini magnet orang gila. tengok saja kawan-kawan baik dia memang golongan terpinggir. baik dari negaranya atau dari negara lain. golongan terpinggir yang kecewa dengan hidup dan juga golongan terpinggir dari kalangan orang yang kuat berfikir dan 'berfalsafah' sehingga dikatakan mengarut. namun baginya melayan golongan istimewa ini adalah hiburan baginya. kadang mereka nampak sesuatu yang orang lain tak nampak atau terlepas pandang.

waktu lapang atau tidak dia digunakan untuk untuk membaca sesuatu tentang bahasa. dia ada banyak kamus di rumah. kamus arab ada tiga, kamus inggeris ada dua, kamus yahudi, kamus cina dan juga kamus turki. kalau boleh kamus tamil pun kalau boleh dia nak beli. kadang-kadang dia merasa bahagia hidup dengan kamus-kamus itu. buku-buku anthropologi dan biologi memang lebih banyak daripada buku medik. dia memang dah gila. mujur ada seorang pak cik tua yang rajin melayannya dan bersembang tentang apa yang dia baca. kalau tidak mungkin dia akan cakap seorang diri.

dia kadangkala hidup dengan tekanan. tekanan sebelum peperiksaan lagi-lagi dia memang kaki study last minute. kadangkala tertekan dengan kerenah pesakit di hospital. ada yang lain ditanya, lain dijawab. ada yang menghalaunya dengan kata-kata kurang manis. kena tengking dengan doktor? memang sudah biasa. mukanya sudah tebal menahan malu dimarah doktor di hadapan pesakit dan rakan-rakan. dia kena kuat. lagipun sudah separuh jalan diharungi. kalau berpatah balik, memang rugi dari segi masa dan wang. kalau dia berhenti belajar begitu saja, dia terpaksa menanggung bebanan hutang sebanyak 6 angka. depan kawan-kawan dia buat muka ceria dan buat cerita yang paling lawak semampu mungkin. bak kata pepatah arab ''luar nampak galak, dalam cuma allah yang tau''

walaupun dia tak berapa cemerlang dalam pelajarannya kini, dia diiktiraf oleh pakar psikiatri sebagai bakal doktor sakit jiwa. memang hebat. dia kini mendapat 'tugas istimewa' di wad sakit jiwa di ibu kota negara pengajiannya. dia memang bakal doktor sakit jiwa. atau lebih tepat bakal doktor yang sakit jiwa.

sekian

p/s cerita ini adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. kalau anda dapat mengambil pengajaran dari cerita ini, maka beruntunglah anda

Jumat, 18 Desember 2009

stetoskop

ada seorang ikhwah bertanya ana tentang bagaimana stetoskop berfungsi ya3ni bagaimana ia boleh menghasilkan bunyi yang jelas lagi nyata. jadi ana sukacita untuk berkongsi sedikit maklumat di sini setelah ana menjalankan aktiviti menggoogle

1. bahagian hujung stetoskop yang dinamakan bell(yang lebih kecil) dan diaphragm(yang lebih besar) mempunyai getah pada hujungnya. bertujuan untuk memerangkap udara bagi menghalang udara keluar sekaligus menghalang kehilangan tenaga bunyi yang dihasilkan

2. tenaga bunyi bergetar di ruangan tertutup dan menambahkan kekuatannya dan memaksa udara melalui ruangan yang seterusnya ya3ni tiub getah

3. menurut prinsip bernoulli, bunyi dan udara yang melalui ruangan sempit akan bertambah laju dan apabila bertambah laju, ia akan pergi bertambah jauh. dan akhirnya tenaga bunyi sampai ke telinga pendengar.

4. menurut prinsip tekanan(ana lupa namanya) semakin kecil luas permukaan, semakin tinggi tekanan. diaphragm pada telinga pendengar adalah lebih kecil daripada diaphram/bell pada hujung stetoskop maka kekuatan bunyi yang terhasil adalah lebih kuat.

5. jangan lupa getah pada diaphragm untuk telinga pendengar adalah untuk memerangkap udara dan memastikan tenaga bunyi tidak terlepas keluar. dan mungkin juga untuk mengelakkan kecederaan pada telinga

seringkali stetoskop dianggap sebagai lambang profesion seorang doktor. malah ada sahabat menegur ana 'wah, kau memang ada gaya doktor' sewaktu ana menggantung stetoskop pada leher ana. sudahnya ana masukkan stetoskop dalam beg ana. betul ana setuju. tapi lebih tepat kalau stetoskop itu dikatakan sebagai lambang seorang doktor yang menghormati dan menjaga maruah pesakitnya.

mengapa ana berpendapat begitu?

mari kita kaji sedikit sejarah penciptaan stetoskop. penciptaan stetoskop pada awalnya merupakan buah fikiran rene leannec, seorang doktor di negara perancis. sebelum penciptaan stetoskop, para doktor terpaksa(mungkin bagi doktor yang keji atau pervert, buat-buat terpaksa) melekapkan telinga pada dada pesakit untuk mendengar bunyi degupan jantung dan nafas. jadi doktor leannec yang juga seorang kristian yang taat runsing memikirkan hal ini. runsing takut-takut pesakitnya malu. mungkin juga runsing kalau dirinya menjadi kurang tsiqah(warak/alim). kalau ana berada di tempatnya mungkin jua ana berasa runsing. hehe.

dipendekkan cerita, sewaktu beliau pulang dari hospital, beliau terserempak dengan beberapa orang kanak-kanak yang bermain suatu permainan ya3ni permainan di mana seorang mengetuk hujung pokok yang tumbang, manakala seorang lagi melekapkan telinga pada pokok itu untuk mendengar bunyi yang terhasil. entah mengapa beliau ikut serta permainan budak-budak itu, tak seperti sesetengah orang yang bila orang bermain dengan budak-budak dikata tidak matang.

akhirnya beliau mendapat ilham, bagaimana kalau beliau mencipta suatu alat yang dapat mendengar degupan jantung dan nafas tanpa perlu melekapkan telinga pada tubuh pesakit.

gambar di sebelah merupakan gambar stetoskop pertama ciptaan beliau. dan akhirnya bentuk stetoskop semakin diperbaiki hinggalah sekarang.

antara pengajaran daripada kisah di atas adalah, ke'tsiqah'an dan profesionalisme hendaklah sama-sama dijaga. untuk menjaga kedua-duanya kadang-kadang kita perlukan kebijaksanaan. seperti kisah dr laennec, beliau dapat menjaga ke'tsiqah'an dan maruah pesakit di samping menjalankan tugasnya dengan berkesan malah membawa kemajuan dalam bidangnya.

buat sahabat yang tsiqah, tahniah ana ucapkan dan jadilah seorang yang bijak dalam bertindak. buat sahabat yang tak tsiqah dan keji, tsiqah tak menghalang anda menjalankan tugas dengan cemerlang. ada hikmah yang tersembunyi ibarat udang di sebalik batu.

ana pernah terlihat gambar betapa profesionalnya presiden mahmud ahmadinejad ketika seorang wanita non-muslim ingin bersalam dengan beliau. beliau mendekapkan kedua-dua tangannya di dada beliau(bukan di dada orang lain) dan memberi tunduk hormat kepada wanita tersebut. kesannya wanita tersebut tidak malu dan bengang dengan beliau malah semakin bertambah kefahaman terhadap islam.

akhir kata, moga kita tsabat di jalan ini. wassalam.

Sabtu, 12 Desember 2009

Tengok Betul-betul
















Rahsianya adalah pada kecerunan kedua-dua segitiga (merah dan hijau) tersebut. Kalau diperhatikan betul-betul kecerunan kedua-duanya adalah tidak sama.

Kecerunan segitiga merah=tinggi/panjang=3/8

Kecerunan segitiga hijau=tinggi/panjang=2/5

Maka, kecerunan kedua-dua segitiga besar(hasil gabungan semua petak) adalah tidak rata

Mari kita kira keluasan;

Untuk segitiga besar atas

=Luas segitiga merah + Luas kawasan di bawah kecerunan segitiga hijau

=12 + 20

=32 petak

Untuk segitiga besar bawah

=Luas segitiga hijau + Luas kawasan di bawah kecerunan segitiga merah

= 5 + 28

=33 petak

Luas segitiga besar bawah - Luas segitiga besar atas

=33 -32

=1 petak

Maka, wujudlah lebihan satu petak persegi pada segitiga besar bawah

Kesimpulannya, ilusi optik dapat membuatkan ruang kelihatan lebih luas

Copy paste komen rakan-rakan yang cuba menjawab

eshi 6ae3i natej 3n far8 el 6ool beeen el 8a3edah el orange wel greeen
orange = 3 square
green = 2 square
:P
pada 25hb September pukul 7.19 ptg · Lapor


in the first figure:
red=8 square
green=5
the sum=13
in the second figure:...
green=5
dark green=5
orange=2
the sum=12
.........had hoe elfare8 fe el square
pada 26hb September pukul 12.10 pagi · Lapor

msh mn hoooon alshbab..........!!!!
pada 26hb September pukul 1.07 pagi · Lapor

lah ya zalaaaaaaaaaaaaaameh enta weah
alshabab 3aba8erah abu na3lawy bde asmek THE SUM ya mal3oon sharfak sayer tefham o say8 feha al sha6ara o ba3deen abo alrabab3a ma fe as8a3 min heek so2al o khaled bas 7ab a8olak besm allah ma sha2 allah, allah y5alyk la omak althaka2 ele 3endak mish 6abi3i kooooooooooooooooooooh
pada 26hb September pukul 2.10 pagi · Lapor

msh zay ba3eth ya 7mar.. el second is bigger with a square left white !! thats it.. 7mar inta walak

Kamis, 05 November 2009

Deman Keluarga Laut Mediterranean

Ada seorang budak perempuan Arab. Umur baru 5 tahun. Pelajar yang agak cerdik di taman asuhan kanak-kanak menurut ibunya. Satu hari dia mengadu pada ibunya sakit pada bahagian lutut. Tak lama setelah itu dia tak dapat berjalan. Dalam masa yang sama dia mengalami sakit pada perut. Sebelah kanan bawah kalau tak silap aku.

Jadi, ibunya mengambil keputusan untuk menghantarnya ke hospital, di daerah mereka menetap. Doktor mengesahkan bahawa anak itu mengalami radang apendiks. Dan dia menjalani pembedahan membuang apendiks. Namun keputusannya mengecewakan. Sakit si anak tak bertambah baik membuatkannya terpaksa dirujuk kesnya ke hospital yang lebih besar.

Waktu aku dan kawan-kawan aku bersembang dengan ibunya, ibunya memaklumkan kami yang anaknya berkemungkinan menghidap leukemia. Tapi belum benar-benar pasti kerana anaknya dikehendaki untuk mengambil CT scan pada hari yang sama. Sedih juga aku tengok budak tu, dah rasa macam adik perempuan aku yang sakit.

2 hari selepas itu, seorang doktor pakar kanak-kanak mengajak kami membincangkan masalah anak itu. Kami pun main teka-teka. Ada yang menawab rheumatoid arthritis iaitu radang pada sendi yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian abdomen. Ada lagi beberapa jawapan lain cuma aku tak ingat.

Rupa-rupanya anak itu mengalami penyakit Familial Mediterranean fever. Semua simptom yang ada memang kena dengan penyakit ini. Anda boleh rujuk laman Wikipedia. Baru aku ingat sebelum itu ada gadis Melayu bertanyakan maksud penyakit bahar mutawassit( laut Mediterranean). Kali pertama dengar. Nampak sangat aku ni malas membaca.

Jumat, 30 Oktober 2009

Bukan Hanya Pada Warna Kulit

Ada seorang ahli kumpulan aku bernama Tareq al-Muwallad. Berasal dari Jeddah, Arab Saudi. Aku dapat agak yang kalian akan terbayang seorang lelaki memiliki hidung berserombong luas, berkulit cerah dan memakai igal. Kalau begitu, khayalan kalian hanya tinggal khayalan. Kalau kalian baru pertama kali berdepan dengannya, kemungkinan besar kalian tak akan terfikir hubungkait beliau dengan Arab Saudi mahupun negara-negara Arab yang lain. Tareq yang berkulit hitam legam itu aku agak nenek moyangnya berasal dari Kenya ataupun Nigeria, yang darjah kepekatannya melebihi orang-orang Somalia.

Kali pertama aku bertanya beliau adalah tentang di mana beliau tinggal. Jeddah, jawab beliau. Bila aku bertanya dari mana asal-usul keluarganya, beliau tetap menegaskan bahawa keluarga beliau memang asalnya Saudi, bukan dari benua Afrika yang dikatakan asal usul homo erectus menurut para evolusionis. Aku agak beliau sudah mengaku Arab seperti orang Sudan yang pernah aku jumpa. Nama keluarga beliau, al-Muwallad yang bermaksud kelahiran mungkin untuk menunjukkan bahawa beliau adalah orang asing yang dilahirkan di Arab Saudi.

Satu hari, Pok Nik, ahli kumpulan aku yang berasal dari Kelantan yang ada di kalangan mereka berketurunan Siam tapi beliau mengaku beliau berdarah Aceh, bertanya kepada aku,

'' Agaknya Tareq tu rasa lain tak masa dia bercampur dengan geng-geng Saudi? ''

Kalau tak faham maksud pertanyaan Pok Nik biar aku terangkan di sini. Maksudnya, wujudkah suatu perasaan pada beliau sebagaimana orang Melayu yang baru berkenalan dengan orang Amerika? Aku tersengih dahulu sebelum menjawab dengan tenangnya,

'' Sama macam Sop( bukan nama sebenar, seorang rakan kami berkulit gelap tapi gelap Melayu, hitam manis ) bila berjumpa dengan Haz( juga bukan nama sebenar, rakan kami yang berkulit cerah, bukan cerah macam orang Cina, aku tak tau nak terangkan bagaimana) ''

Nampak, kan? Sebenarnya pembahagian bangsa bukan hanya pada warna kulit tapi melibatkan banyak aspek lain. Ciri fizikal ibarat pintu gerbang kepada pembahagian bangsa, seterusnya bahasa, budaya dan geografi. Itu yang aku faham.

Jadi di sini aku nak timbulkan beberapa persoalan

1. Apa relevannya pembahagian bangsa? Tidakkah ia akan menyebabkan diskriminasi dan semangat kesukuan?
2. Apa kata Islam tentang bangsa? Adakah Islam menghalang sebarang bentuk kebangsaan termasuk usaha penyatuan bangsa?
3. Adakah setiap masa akan lahirnya bangsa baru dari perkahwinan antara kaum misalnya? Dan persoalan ini sebenarnya berakar umbi dari definisi bangsa juga.

Boleh lawat laman web ini ( http://raceandgenomics.ssrc.org/Krieger/)

InsyaAllah akan ada artikel susulan sebagai kesinambungan dari artikel ini.








Minggu, 18 Oktober 2009

Murtabak Dan Kain Pelekat

Waktu aku muda dahulu, yakni sebelum usia aku menjejak 20 tahun, antara kegemaran aku adalah melepak di Kedai Makan Yaman. Lepak sampai sejam dua, bukan makan apa sangat pun. Kadang-kadang cuma minum segelas teh. Istimewanya kedai makan Yaman ini adalah menunya yang paling kena dengan selera Melayu berbanding kedai-kedai Arab yang lain. Ada murtabak cuma kurang inti daging dengan murtabak di Malaysia. Ada juga teh yang dipanggil syai 'Adani( teh dari Adan) yang rasanya lebih kurang dengan teh tarik di Malaysia. Dan menjadi kebiasaan bagi pelajar Melayu di sini bertebaran di kedai-kedai makan Yaman selepas solat Jumaat, memesan nasi beriyani yang kebiasaannya dipanggil nasi minyak di Malaysia.

Begitulah persamaan antara Malaysia dan Yaman dari segi makanan. Oh ya, mereka juga lebih tahan pedas berbanding bangsa Arab yang lain. Dan mereka juga memakai kain pelekat. Dan aku nampak kesan hubungan antara Malaysia dan Yaman lebih 500 tahun dahulu. Ada sejarahnya tersendiri.

Mereka kenal nama sheikh yang menyampaikan Islam era Kesultanan Melayu Melaka. Aku pun dah lupa. Kesan hubungan dagang antara negara-negara ketika itulah yang aku nak cerita sekarang. Dulu waktu aku belajar mata pelajaran sejarah, aku masih ingat yang pedagang India membawa kain pelekat ke Melaka. Kesannya sampai sekarang orang Melayu sinonim dengan kain pelekat. Kemudian kain pelekat bukan saja dipakai oleh orang Melayu, malahan dibawa pulang oleh orang Yaman dan dijadikan budaya oleh mereka. Dan mungkin juga mereka memperdagangkan kain pelekat tersebut ke Somalia yang terletak seberang laut negara mereka.

Begitu juga dengan tradisi dan budaya yang lain. Makanan seperti murtabak, teh tarik dan nasi beriyani diterima dan menjadi budaya di sebahagian negara tersebut. Sampai sekarang aku tak dengar negara-negara tersebut bertengkar soal mengaku-ngaku budaya.

Nah, itu baru permulaan artikel aku sebenarnya. Aku nak sentuh tentang persengketaan yang terjadi antara Malaysia dan Indonesia dalam soal mengaku-ngaku budaya ini. Dalam hal ini, perlu mengkaji dahulu soal sosio-budaya.

Kita semua satu bangsa iaitu bangsa Nusantara. Dulu nenek moyang kita bebas ke sana sini tanpa pasport, tanpa sempadan dan imigresen. Tiada Malaysia, tiada Indonesia. Yang dinamakan Malaysia dan Indonesia itu adalah tanah jajahan British mahupun Belanda. Orang Majapahit sudah datang ke tanah Melayu seawal kurun ke 14. Begitu juga orang Jawa dan Bugis yang kebanyakannya menjadi tentera kepada kesultanan yang ada ketika itu. Dan aku sendiri yang berdarah Banjar, yang kebanyakan saudara aku berada di Kalimantan. Kewijudan kami di bumi Malaysia yang lebih kurang satu abad sejak kedatangan moyang aku dari Indonesia ke Malaysia dan membuka petempatan di situ.

Budaya bukan milik negara semata-mata malah milik bangsa. Yang mengaku rendang budaya mereka itu orang Minangkabau juga yang kebanyakannya tinggal di Negeri Sembilan. Yang mengaku tempe makanan tradisi mereka orang Jawa juga yang kebanyakannya tinggal di Johor dan Selangor. Begitu juga dengan budaya yang lain. Persoalannya, adakah mereka perlu meninggalkan tradisi nenek moyang mereka semata-mata kerana berhijrah ke tempat lain? Perlukan mereka mencipta budaya baru?

Soal budaya sepatutnya tak menjadi isu yang memecahbelahkan kita kerana kita pada asalnya serumpun. Aku setuju dengan idea Pak Shodiq Mustika untuk menyatukan bangsa Nusantara.

p/s Penulisan aku makin bercelaru nampaknya

Rabu, 07 Oktober 2009

Mutiara Kata

'' Penulis yang bankrap adalah orang yang lebih banyak menulis daripada membaca ''

'' Orang yang menulis sudah membaca banyak kali ''

Kesimpulannya, banyakkanlah membaca dan sebarkanlah ilmu itu



Senin, 05 Oktober 2009

Di Sebalik Chodur Hitam

di sebalik chodur hitam itu
tersemat dendam
benci dalam diam
bak api dalam sekam

di sebalik chodur hitam itu
bara feminisme menyala
unggun skeptisme membakar
atheisme kian marak

hatimu makin payah dilentur
iman terkubur
akidah pun lebur

mulut terkatup rapat
kepala mengangguk taat
kaki dan tangan umpama terikat
di alam maya kau luahkan dendam kesumat
kebebasan bersuara tidak disekat
kau tambah ligat

ada yang menyokong
ada yang ingin menolong
jangan kau terus menyombong

semoga kau bahagia dengan caramu
semoga kau bertemu
dengan sumber cahaya kebenaran itu

Sabtu, 26 September 2009

aku seorang individualis

dulu abah gua pesan '' kita tak selamanya jadi budak kecik ''. seingat gua ketika itu gua masih seorang remaja berusia lima belas tahun. kata-kata itu masih terngiang dan terbayang di kepala gua, dan kata-kata itu gua masih ingat diluahkan di hadapan pejabat jpn daerah gua menetap.

itu dulu. dan baru-baru ini gua menonton sebuah filem sentimental turki. si anak yang baru kematian ayahnya berkhayal berbual dengan 'jelmaan' ayahnya'. si anak berkata 'jadi kalau kita makin besar, khayalan kita makin kecil. kan ayah?'' 'jelmaan' ayahnya berkata ' betul. dan bila kau dah besar nanti sikit pun kau tak perlukan aku'

sejak abah gua meninggal tahun lepas, gua tanamkan dalam diri gua untuk menjadi seorang individualis. bukan gua tak memerlukan dan menghargai orang lain, cuma gua nak hilangkan pergantungan gua terhadap manusia tertentu. yang ada pada gua hanyalah diri gua dan ALLAH. supaya gua tak hilang semangat untuk meneruskan hidup gua bila kehilangan seseorang itu.

dulu ada sorang kawan gua tanya '' kita ni hidup seorang diri untuk diri kita, apa gunanya mak bapak kita? ''.

gua berfikir sejenak dan menjawab '' memang kita hidup sendiri. kita ada jalan kita sendiri untuk menuju ALLAH. begitu juga dengan manusia lain. tapi sepanjang perjalanan kita, kita mungkin akan bertemu dengan orang lain pada satu persimpangan. umpamanya lu jumpa dengan mak lu di persimpangan itu, lu dan mak lu kena jalankan tanggungjawab dan hak masing-masing di situ. dan lu akan tinggalkan mak lu apabila lu nak meneruskan perjalanan yang seterusnya ''

dan gua sentuh sikit bab akhirat yang gua ingat. '' dan di akhirat nanti, lu akan kembali sebagai seorang individu. lu takkan terfikir tentang mak lu dan mak lu sikit pun takkan teringat tentang lu. semua orang di situ nafsi-nafsi, lu-lu gua-gua ''

dan kini abah gua dah meninggalkan gua. dia dah lepas dari tanggungjawab dia terhadap gua, adik-beradik gua, mak gua, murid-murid beliau dan segalanya di muka bumi ini. dan gua masih ada tanggungjawab lagi terhadap dia iaitu mendoakan kesejahteraan dia.

dan gua mungkin akan mengulang kitaran hidup yang sama. dan gua akan mengingatkan perkara yang sama kepada bakal generasi gua, inshaallah.

Minggu, 20 September 2009

mencari 2 makna #1

aku tahu Allah itu maha adil. rujuk saja surah al baqarah 3 ayat terakhir, Allah bilang dia tidak akan memberatkan hambanya melebihi kemampuan. nabi juga bilang ada 3 orang dimaafkan, orang gila, orang tidur dan orang jahil. ulama ada berpendapat, orang yang tak tercapai olehnya dakwah, tak akan diazab oleh Allah.

Allah tidak memberati hamba melebihi kemampuan

kita hanya menghukumi orang secara zahir, antara islam dan kafir. kita sembahyangkan jenazah yang kini yakini muslim dan sebagainya. tapi kita tiada kuasa untuk menghantar orang ke neraka biar seteruk manapun dia melainkan yang telah dijanjikan olehNYA. abu lahab, firaun dan yang sekepala dengan mereka.

memang ada disebut orang kafir itu kekal dalam neraka. apa erti kafir itu? memang yang kita belajar sedari dulu kafir itu lawan islam, kafir itu orang yang menolak islam dan tempat terakhir mereka di jahannam.

yang aku selalu dengar kafir itu ada 2 makna

yang menolak kebenaran.

dan juga mereka yang tidak mensyukuri nikmat. kufur lawan syukur. biar aku maknakan di sini orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah dalam mencari kebenaran.

ada juga orang non-muslim yang pada fikiran aku tidak termasuk dalam kedua-dua golongan itu. mereka yang menghabiskan sepanjang hayat mereka mencari kebenaran, mereka yang menghargai nikmat Allah berupa akal dalam mencari makna hidup.

janganlah kita seenak perut menghantar albert einstein misalnya, yang gigih mencari kebenaran di atas landasan fizik dan falsafah, yang menolak agama yahudi yang berfahaman racisme, yang mengakui kewujudan tuhan tetapi atas nama deism, yang akhirnya mati tanpa mengucap kalimah syahadah(setahu aku), ke neraka.

kalau kamu ini jenis orangnya yang sedikit-sedikit bilang 'ke nerakalah dia', maka untunglah kamu kerana dilahirkan sebagai muslim dan rugilah mereka kerana dilahirkan kafir. boleh saja mereka menyalahkan Allah kerana dilahirkan dari rahim ibu yang kafir.

kan sudah aku pesan, Allah itu maha adil. jangan dibincangkan ke mana mereka akan pergi tetapi bincanglah bagaimana kita dapat pergi.

Selasa, 15 September 2009

Satu Soalan

Agak membosankan apabila terpaksa menunggu bas dari jam 5 pagi hingga 11 pagi di Antakya. Mujur sempat berkenalan dengan beberapa warga Turki yang boleh berbahasa Arab, menjadi teman berbual aku. Salah seorangnya bernama Syakir, berbangsa Kurdistan tapi sudah lama menetap di Turki. Kami berbual mengenai pelbagai topik menyentuh pelbagai aliran umat Islam. Dan salah satu soalannya yang membuatkan aku termenung berfikir di dalam bas adalah mengenai 'soalan maut' falsafah mengenai sifat Allah. Begini soalannya:

''Bolehkah Allah mencipta batu yang sangat berat sehingga tak mampu diangkatnya?''

Soalan begini tak dapat dijawab dengan 'ya' atau 'tidak'. Dan perlukan huraian. Kalau anda menjawab 'ya', MUNGKIN anda akan menafikan sifat Maha Perkasa dan kalau anda menjawab 'tidak', MUNGKIN anda akan menafikan sifat Maha Pencipta Allah.

Sebenarnya aku dah lama mendengar soalan begini cuma tak terfikir jawapannya.

Setelah beberapa ketika aku termenung di dalam bas, aku mendapat ilham untuk menjawab soalan tersebut dan aku fikir ada baiknya untuk aku kongsikan di blog ini. Kalau ada salah mohon ditegur dan kalau betul mohon agar dimantapkan lagi huraiannya.

Bagi aku, soalan itu adalah terlalu subjektif padahal soalan itu memerlukan jawapan yang objektif. Tak faham? Aku terpaksa terangkan sikit berdasarkan kaedah saintifik yang aku fahami. Dalam sains tak ada istilah berat atau ringan. Yang ada hanyalah berapa berat, berapa kg, gram, tan dan sebagainya. Jadi, apa kata kita tukar soalan tersebut kepada bentuk yang lebih objektif.

''Bolehkah Allah mencipta batu seberat 80 juta kg dan adakah Dia mampu mengangkatnya?''

Aku boleh jawab 'ya'.

''Bolehkah Allah mencipta batu seberat 80 juta kali ganda daripada batu yang awal tadi dan adakah Dia mampu mengangkatnya?''

Sekali lagi, aku boleh menjawab 'ya'.

Letaklah apa-apa nilai dan Insyaallah aku akan jawab 'ya'.

Kesimpulannya, berhati-hati kepada soalan dan berhati-hati menjawab. Mungkin bagi sesetengah orang perbincangan begini tak membawa kepada kemajuan umat. Entahlah. Beri masa untuk aku berfikir.

Minggu, 13 September 2009

Suatu Ketika di Adana

Perjalanan yang dijangka memakan masa selama 8 jam membuatkan aku serba tak keruan. Dari Konya ke Adana. Tidur tak dapat. Buku yang dihadiahkan oleh Halil Koparan hanya mampu ku tenung sahaja. Dalam bahasa Turki. Tak ada mood aku nak menyelak-nyelak kamus Turki yang aku pinjam dari Bro Faz. Lain kalilah aku baca, bisik hati kecil aku. Aku cuma dapat memerhatikan keindahan permandangan Turki dari dalam keretapi tersebut. Terubat jua kerinduan terhadap tanah air.

''$%^*&(*'' seorang pakcik Turki berkata sesuatu yang kurang aku fahami. Tangannya menghulurkan sebungkus biskut jenama Ulker kepada aku. Jenama tersebut agak terkenal juga di Jordan. Pada mulanya aku tolak, tapi kerana beliau berkeras maka aku terima juga. Dan biskut itu dimakan.....

.......oleh kawan-kawan aku di sini. Pok Mi dan Bro Faz.

'Tesekkur ederim, efendim'' . Aku sekadar berbasa-basi.

''Efendim. Ada... tak.... keretapi....dari...Adana...ke...Hatay....malam...ini?'' kata aku dengan Bahasa Turki dengan tersekat-sekat.

Mujur dia faham. Dia bangun dan pergi berjumpa dengan seorang petugas untuk bertanyakan hal tersebut. Perempuan muda yang duduk sebelahnya hanya senyap. Mungkin anak dia.

Kemudian pak cik itu datang kembali.

''Keretapi ada tapi hari Selasa, Khamis dan Jumaat''

Erk. Hari ini hari Ahad. Mana aku nak merempat satu hari. Dan yang penting, ada apa di Adana.

''Ada tak bas ke Hatay malam ni''

''^%*&(&*(^(&*('' Lagi sekali aku tak faham. ''Tamam'' aku sekadar meraikan.

Keretapi berhenti. Mereka berdua mengajak aku berjalan bersama. Katanya anaknya akan datang menjemput mereka. Aku ikut sahaja. Aku tak takut. Aku dah belajar taekwondo.

selama 3 minggu sahaja...

''Ne adiniz?'' tanya perempuan itu. ''Mehmet'' jawabku ringkas. Aku cuma nak mereka tahu yang aku ini Muslim. Dan baru sekarang aku tahu yang nama sebenar aku juga digunakan oleh orang Turki sebagai nama keluarga.

Aku cuba beramah dengan mereka. Si ayah namanya Erol dan anak gadisnya bernama Yomur. Tak dapat dipastikan mereka Muslim atau tidak. Yang pastinya Yomur itu wajahnya manis. Cuma tak bertudung. Rupanya mereka berdua baru pulang dari Istanbul kerana urusan pendaftaran Yomur di Universiti Perempuan Mermara. Pelajar bidang Fisioterapi. Oh, sekeretapilah kita tapi lain gerabak.

''Apa kata aku carikan kau teksi dan terus pulang ke Jordan''

Erk. Gila apa. Aku mana ada duit banyak nak naik kereta.

''Habis tu, ada pula kau duit nak jalan-jalan.

Pakcik, saya bawa duit sikit saja ni. Tidur pun di masjid dan rumah kawan.

''Ok. Kita pergi stesen bas sekarang''

Pak cik itu pun menahan bas dan kami sama-sama menuju ke Stesen Bas. Agak lawa stesen basnya. Lebih kurang macam Stesen Bas Batu Pahat. Cuma lebih bersih.

Kami berjalan menuju kaunter tiket bas syarikat HAS. Tiket yang ada pukul 9 malam. Bermakna ada lagi lebih kurang setengah jam untuk aku berambus dari Adana. Aku menyeluk saku untuk membayar tiket bas namun ditahan oleh pakcik Erol. Beliau menghulurkan wang kertas 50 lira untuk membayar harga tiket. Dan 20 lira diberi untuk belanja aku katanya. Bantuan beliau tak berakhir di situ. Beliau membelikan aku sandwich ayam serta air mineral. Amat baik hati.

''Iyi yolculuklar'' katanya sambil memeluk aku. Amat terharu. Menyesal pula aku tak cakap nak naik kereta tadi. Mana tahu dia nak bayar. Keh keh keh....

Entah dapat entah tidak nak berjumpa mereka lagi. Menyesal tak bagi e-mail.

Senin, 31 Agustus 2009

Malam di Malaysia #2

Dalam hal masyarakat Malaysia yang banyak takutkan hantu, disebabkan aku perasan bagus aku nak menuding jari menyalahkan 2 pihak iaitu;

Ibu bapa dan masyarakat setempat

Rata-rata kawan-kawan aku mereka dibesarkan dengan didoktrinkan dengan kewujudan hantu yang pelbagai nama; pocong, langsuir, toyol dan macam-macam lagi nama yang sampai aku tak pernah dengar pun ada. Mungkin kalau dibuat kalau nama-nama hantu itu dimuatkan dalam Ensiklopedia Hantu di Malaysia akan mencapai ribuan muka surat.

Waktu aku tadika dulu, ada seorang mak cik berkata kepada kawan-kawan aku

'Adik, jangan pergi rumah kosong tu. Ada hantu tetek. Dulu ada budak hilang kena sembunyi bawah tetek dia'

Sekarang aku panas dengan mak cik tu kalau dikenang kembali. Apa salahnya kalau dia kata di situ bahaya ada ular dalam semak. Budak umur 5 tahun dah tahu ular itu bahaya.

Apa salahnya kalau dididik anak-anak atau anak orang lain supaya takutkan Allah di samping mengajar logik di sebalik larangan sesuatu perkara itu. Aku tau kanak-kanak memang kuat bertanya macam Deniz dalam filem Babam ve Oglum dan iklan Hari Bapa burung pipit tu. Apa salahnya kita membantu kanak-kanak dalam perkembangan minda yang sihat mereka. Mungkin mereka fikir dengan mengaitkan sesuatu dengan hantu, kanak-kanak akan berhenti bertanya tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Aku ada terbaca satu forum di mana seorang ibu yang atheis bertanyakan pendapat forumer yang lain bagaimana cara untuk mendidik anak supaya menjadi atheis dan tak percaya benda tahyul. Agak menarik perbincangannya dan ada manfaat. Aku dah lupa apa respons yang dia terima. Kalau aku rajin, aku akan tengok balik.

Sampai asrama, cerita seram tidak lagi terhenti. Malah semakin menjadi-jadi. Ah, malas aku nak cerita. Sekolah anda sendiri tentu banyak koleksi cerita seram. Ada sahabat memberitahu aku Dewan Besar sekolah kami diwartakan tempat 'terkeras' di daerah itu. Entah bagaimana aku boleh terpercaya.

Media massa yang menambah sinergi ketakutan

Sebut saja Mastika, Pesona, Variasi dan sebagainya memang terbayang di fikiran kisah-kisah seram dan mistik di samping kisah-kisah lain yang menimbulkan kegersangan minda dan xxx. Kita tak boleh salahkan penerbit semata-mata kerana mereka menerbitkan cerita yang sensasi di kalangan masyarakat, demi menjaga periuk nasi mereka. Hubungan dua hala. Lihat contoh Mastika di ambang kejatuhannya. Mastika yang mendapat julukan Majalah Nombor Satu Malaysia itu hampir merudum jumlah pembeliannya yang ketika itu masih lagi sebuah majalah informatif. Lalu Mastika mendapat nafas baru apabila ketua pengarang mengambil langkah drastik dengan menukarkan tema majalah kepada majalah sensasi dan mistik. Dan jumlah pembelian meningkat.

Tentang filem pula, boleh singgah di blog saudara ini yang aku rasa huraiannya agak mantap.

Bagaimana nak menghilangkan ketakutan terhadap gelap?

Seperti yang aku nyatakan pada awal tulisan ini, ketakutan itu normal dan biarkan sahaja. Cuma jangan sampai ia melarat menjadi fobia. Di sini ada dinyatakan petua bagi menghadapi kanak-kanak yang takutkan gelap melalui pendekatan psikologi.

Cukuplah sekadar ini huraian ringkas mengenai fenomena takutkan hantu dan gelap ini. Sebenarnya aku kecewa dengan sikap sesetengah orang yang penakut tak tentu hala. Sekian.

Malam di Malaysia #1

Teringat aku kenangan di Malaysia, waktu malam yang paling aku berani adalah pada malam-malam Ramadan. Bukan aku saja, malah kawan-kawan aku pun begitu. Kami jadi berani meredah kegelapan malam yang kebiasaannya jarang dilalui untuk tarawih di surau kampung, melepak di luar tengah malam dan pergi ke tandas seorang diri. Dengan sebab yang sama iaitu

Syaitan, hantu dan jembalang dirantai

Tapi, bila tamat bulan ramadhan saja, ketakutan itu menyelubungi mereka semula. Ada yang takut untuk memadamkan lampu apabila tidur seorang diri. Ada yang lebih dahsyat lagi, nak ke tandas pun berteman. Sudahnya orang yang menemankan itu tertidur di depan tandas. Setiap minit, si penakut itu akan bertanya

''Kau ada lagi tak?'

Masalah, masalah.

Namun, bila aku sampai di tanah Arab ni, aku puji mereka dalam bab ini, tak penakut tak tentu pasal. Pernah sekali aku ikut jemaah tabligh di sebuah kampung, aku agak kagum dengan kanak-kanak yang bermain di kawasan perkuburan. Kalau di Malaysia, memang susah dan aku tak pernah jumpa keadaan sebegini. Aku tak pasti dalam masyarakat mereka wujud atau tidak mitos-mitos hantu seperti kita. Apa yang aku pasti kawan-kawan Arab aku tak pernah bercerita tentang hantu. Atau mereka sendiri hantu? Gurau saja. Dalam Arab tak ada istilah hantu? Cuba cari di kamus. Ejaan ghain-waw-lam.

Mungkin antara kelebihan aku datang ke sini, aku hilang takut pada hantu. Aku merayau berbasikal pukul 1 pagi, tinggal di rumah sewa seorang diri. Di sini, aku cuma takut dengan perompak dan gay saja.

Dalam entri kali ini, aku nak sentuh mengenai scotophobia iaitu perasaan takut kepada gelap. Sebenarnya apa yang ditakutkan oleh individu tersebut adalah semata-mata keadaan gelap itu sendiri. Ini sudah dijelaskan oleh pakar psikoanalisis, Sigmund Freud dalam bukunya Introduction to Psychoanalysis

"I once heard a child who was afraid of the darkness call out: 'Auntie, talk to me, I'm frightened.' 'But what good will that do? You can't see me;' to which the child replied: 'If someone talks, it gets lighter.' "

Orang Melayu pula kata

'Siang tak ada hantu'

Menurut laman Wikipedia, ada 2 punca ketakutan terhadap gelap iaitu:

-Separation anxiety ataupun kebimbangan berpisah. Di sini, aku nak pembaca dapat bezakan antara separation anxiety dan separation anxiety disorder. Separation anxiety ini normal bagi kanak-kanak. Aku tak ingat berapa had umurnya. Keadaan di mana seorang kanak-kanak(atau bayi, tak pasti) yang takut-takut apabila ditinggalkan oleh orang yang rapat dengannya. Ini normal. Tapi, kalau orang tua yang takut nak pergi tandas yang dalam rumah sendiri memang kita patut panggil disorder.

Menurut laman ini, ketakutan ke dalam gelap memang normal bagi semua peringkat manusia, dari bayi sampai atuk orang. Memang ada jenis takut yang normal. Munasabah kalau ada orang takut dengan gelap, bimbangkan ada ular, jengking yang terselindung di balik gelap, untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghidupkan lampu. Ini normal. Tapi ketakutan boleh bertukar menjadi fobia iaitu ketakutan yang tak tentu hala dan tak munasabah jika tidak dikawal dengan elok.

-Takut dengan benda yang tak nampak.

Ha, yang ini aku akan hurai kemudian.

Minggu, 30 Agustus 2009

Sembang Tentang Novel

Tengah hari tadi, aku dan Bro Faz bersembang tentang novel-novel yang melambak di pasaran, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Realitinya, kaum laki-laki ada juga peminat novel. Bukan perempuan saja. Tapi bergantung kepada tema yang dibawa. Biasanya aku akan tanya kawan-kawan tentang sesuatu novel sebelum aku sendiri yang baca. Aku biasanya tak akan baca atau beli satu-satu novel melainkan dengan sebab-sebab tertentu.

Populariti penulis novel tersebut

Macam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang aku pesan dari mak aku di Malaysia semata-mata kerana penulisnya adalah Buya Hamka, tokoh terkenal di Indonesia. First impression bak kata orang. Tapi kandungannya dikira OK. Bahasanya indah dan ada mesej. Tak kecewa dibeli.

Begitu juga dengan novel Ukhruj minha ya mal'un(Berambuslah engkau, jahanam). Novel karangan Saddam Hussein itu aku beli di sebuah gerai majalah terpakai lebih setahun lalu. Sampai sekarang aku baru selesai baca 15 muka surat. Saja buat koleksi selain wang kertas yang ada gambar beliau sendiri yang aku ada. Perlukan sedikit masa lagi untuk habiskan lagi 200 muka surat, lebih kurang.

Populariti novel itu sendiri

Macam novel Ayat-ayat Cinta. Secara tak sengaja, aku terjumpa novel ini di rumah kawan aku. Waktu tu, memang dah maklum novel ni menjadi top-seller di Indonesia. Jadi itu antara daya tarikan novel itu yang memaksa aku melepak selama 3 jam di rumah kawan tersebut untuk menghabiskan membaca novel tersebut. Takut tak dapat tidur. Penyedap cerita dalam novel tersebut bagi aku bukannya kisah cintanya, tapi situasi di Mesir itulah sebenarnya perencah yang digunakan oleh Kang Abik bagi menyedapkan jalan ceritanya.

Adaptasi kisah benar

Sama macam filem, aku lebih tertarik dengan cerita yang berdasarkan kisah benar. Tak tahu mengapa. Mungkin jalan ceritanya lebih realistik. Macam novel Laskar Pelangi. Tarikan sebenarnya adalah kisah ketabahan kanak-kanak yang hidup susah yang dilingkari mentaliti masyarakat yang mundur dan akhirnya mereka berjaya. Memang menarik. Boleh menjadi motivasi barangkali. Tabik untuk penulis, Andrea Hirata.

Pada tangan aku sekarang ada novel berjudul Child C. Ada seseorang yang baik hati sudi meminjamkan. Novel tersebut mengisahkan kisah anak-anak yang dibesarkan dengan ibu angkat yang zalim. Penderaan terhadap mereka berterusan menjangkau kira-kira 2 dekad. Dan penulis novel tersebut, Christopher Spry yang merupakan salah seorang daripada kanak-kanak malang tersebut. Aku berjanji untuk pulangkan semula kepada empunya novel lepas sebulan kerana Bahasa Inggeris aku agak lembab.

Dan tak ada novel yang sekadar menceritakan rutin seharian. Perlu ada revolusi dan evolusi.

Jalan ceritanya berkisarkan perkara yang aku minat

Macam novel Tuhan Manusia yang menyentuh tentang konflik agama dan pluralisme dan Detektif Indigo yang ada menyentuh ilmu forensik di samping ilmu sains yang lain. Ayat yang digunakan oleh Faisal Tehrani tidaklah terlalu puitis. Tetapi, bak kata Bro Faz, analoginya mantap. Asalkan mesej sampai. Sekarang, aku berharap supaya novel Cinta Sofea yang bertemakan konflik agama dan falsafah agar singgah ke rumah aku.

Beliau pergi berkelana ke Jerman untuk membuat kajian sebelum menulis novel Tuhan Manusia. Bukan calang-calang novel berasal dari bukan calang-calang usaha.

Kalau ada novel-novel sejarah pun seronok juga. Dulu Pok Heng ada beli novel yang menyentuh tentang sejarah Soviet di gerai buku terpakai di ibu kota. Aku bukan minat sangat dengan sejarah sebenarnya. Minat baru mula bercambah sejak zaman mahasiswa. Mungkin Cikgu Kamisah gembira kalau dapat tau aku mula menghargai sejarah, subjek yang selalu aku dapat markah teruk dulu.

Aku pun tak tau lubuk-lubuk novel sebegini selalunya di mana.

p/s Aku baca novel bila bosan.

Sabtu, 29 Agustus 2009

Babam ve Oglum

Tesekkurler. Bir cok guzel film izlemek oldum. 10'dan 8 veririyorum.


















Aku baru menonton sebuah filem Turki yang berjudul Babam ve Oglum.Bagi peminat filem masyarakat dan sentimental, filem yang berlatarbelakangkan masyarakat petani ini amat menarik bagi aku. Untuk mengetahui jalan cerita, sila rujuk di laman Wikipedia. Atau anda terus saja menonton filem tersebut dan sila klik pautan ini.





Jumat, 28 Agustus 2009

Antara Logik dan Ilmu

Saya hendak membawa pembaca sekalian merenung seketika apa erti logik. Tentu ramai yang menjawab logik adalah perkara yang diterima akal. Kalau begini jawapannya, sudah tentu logik itu sesuatu dan yang relatif dan tiada logik yang mutlak. Akal manusia lain-lain. Nah, jadi di sini saya bawa tafsiran logik yang menurut Wikipedia adalah suatu kajian khusus yang membincangkan prinsip dalam membuat kesimpulan yang sah dan taakulan yang tepat. Bagi saya logik itu adalah satu ilmu untuk mencari kebenaran dan kebenaran itu mestilah mutlak. Teringat saya kata-kata seorang ulama, ' Kebenaran itu hanya satu'.

Izinkan saya untuk membuat sedikit analogi untuk membuat hubungkait antara logik dan ilmu. Logik itu saya umpamakan besi cerucuk, manakala ilmu itu adalah batu bata. Bangunan tak dapat didirikan tanpa besi cerucuk biar banyak pun batu bata yang berlonggok. Dan besi cerucuk yang dicucuk saja tak dapat dipanggil bangunan. Kan? Itu namanya bangunan tak siap. Dalam erti kata lain, logik adalah prinsip manakala ilmu adalah pelengkap.

Logik tak lengkap tanpa ilmu dan mungkin sesat tanpanya. Suka saya beri 2 keadaan di mana logik berdiri tanpa ilmu iaitu:

Logik orang dulu berbanding orang sekarang

Saya teringat waktu zaman sebelum baligh saya ketika saya memperlekehkan mesin masa Doraemon. Saya katakan mesin itu hanya mengarut dan mustahil dapat dicipta. Lalu kakak saya membidas saya dengan kenyataan yang agak bijak bagi saya

''Bagi orang zaman dulu, mustahil manusia boleh terbang''

Saya terdiam. Memang betul. Saya teringat adik-beradik Wright yang digelakkan ketika mereka hendak membuat penerbangan pertama mereka. Orang yang menggelakkan mereka terdiam selepas melihat mereka terbang lebih kurang 400 meter kalau tak salah saya.

Mungkin juga paderi yang membakar Galilei akan menyesal kalau beliau masih hidup.

Mungkin juga di masa hadapan mengembara ke zaman lain tidak menjadi sesuatu yang mustahil. Rujuk artikel ini. Rakan saya, saudara Mui juga pernah membincangkan perkara ini dengan saya dan beliau lebih arif lagi.

Logik orang kebanyakan dengan pakar

Sekali lagi saya ingin membuat contoh bosan. Lihat kenyataan ini,

''Aspirin boleh mengurangkan risiko penyakit jantung myocardial infarction dan juga boleh menyebabkan penyakit tersebut''

Contoh lain.

''Amphetamin dapat mengaktifkan saraf manusia. Tetapi dadah tersebut digunakan untuk kanak-kanak hyperaktif. Sudahlah terlebih aktif, hendak diaktifkan lagi?''

Tentu nampak tidak logik kenyataan tersebut. Wujudnya dua perkara yang bertentangan adalah tidak logik dan tertolak. Tetapi tidak bagi ahli farmasi. Inilah yang dinamakan kesan paradoks. Boleh juga merujuk kesan dadah Succinylcholine.

Teringat saya tentang kisah kenalan saya ketika dia ditanya oleh seorang sheikh tentang satu masalah feqh. Beliau menjawab dengan logik beliau. Akhirnya sheikh tersebut mengatakan bahawa jawapan beliau betul cuma kaedah salah.

Kalau ikut format Matematik SPM, jawapan yang betul tapi kaedah salah hanya layak mendapat markah sifar. Jawapan salah tapi kaedah betul dapat setengah markah.

Jadi, berdasarkan contoh-contoh di atas saya menyeru supaya pembaca-pembaca yang berfikiran logik lagi kritis supaya lebih rajin menuntut ilmu(ayat klise). Bimbang-bimbang logik anda itu akan semakin menyesatkan anda. Saya ada menulis mengenai batasan logik di sini.

Saya perhatikan ada 4 jenis manusia berhubungan dengan topik logik dan ilmu iaitu;

Berfikiran logik dan ilmu pun banyak

Secara peribadi, saya amat kagum dengan orang jenis ini. Biasanya orang jenis ini dapat mengaplikasikan ilmu mereka dengan baik dan ada juga yang dapat menghasilkan idea baru. Mereka biasa kritis dalam menerima satu-satu maklumat.

Berfikiran kurang logik tapi banyak ilmu

Buat mereka yang terkelompok dalam golongan ini, jangan risau kerana dalam proses pembelajaran anda, anda akan dilatih untuk berfikiran logik. Bak kata orang, zaman mahasiswa banyak tercetus idea baru.

Berfikiran logik tapi kurang ilmu

Saya nasihatkan supaya anda rajin menuntut ilmu supaya menjadi golongan pertama. Takut-takut kalau logik anda makin menyesatkan anda.

Berfikiran tak logik dan kurang berilmu

Saya tak nak hurai tentang golongan ini cuma berharap supaya pembaca dapat menolong kenalan yang mempunyai masalah ini. Bimbing mereka ke jalan yang benar.

Sekian.

Senin, 24 Agustus 2009

Apendiks : Ibarat Sebutir Pasir di Tepi Jalan

Salam. Sebentar tadi aku ada terjumpa satu artikel yang amat menarik berkaitan dengan apendiks. Tapi di sini aku cuma nak ringkaskan saja. Lebih menarik lagi kalau anda baca sumber asalnya di sini.

Menurut Charles Darwin, apendiks hanyalah satu organ yang tak berfungsi waktu ini. Ia hanya digunakan oleh manusia sebelum berevolusi untuk menghadamkan tumbuhan. Oleh kerana manusia tidak banyak lagi makan tumbuhan(digantikan dengan daging), maka apendiks menjadi mengecut. Teringat aku waktu kelas Psikologi dulu, antara pendapat evolusionis adalah organ yang tak digunakan akan susut.

Mungkin apendiks dianggap tiada fungsi kerana orang yang menjalani pembedahan pembuangan apendiks tidak mengalami sebarang penyakit. Namun, berdasarkan satu kajian yang dijalankan baru-baru ini, fungsi apendiks adalah tempat melepak bakteria berguna untuk membahagi sehingga banyak(repopulate) ketika berlakunya cirit-birit. Ada juga kajian yang mengatakan bahawa apendiks adalah tempat penghasilan dan latihan sel darah putih.

Ini sajalah maklumat ringkas dari artikel tersebut. Sebenarnya ada lagi perbincangan dari sudut evolusi di situ tapi aku malas nak tulis. Maka dari situ kita dapat mempelajari satu premis iaitu TAK ADA TAK BAHAYA TAPI MUNGKIN KALAU ADA LEBIH BAIK sekaligus membatalkan deduksi KALAU TAK ADA DAN TAK BAHAYA, MAKA IA TAK BERGUNA. Apa yang penting kita hendaklah mengkaji dan terus mengkaji serta jangan terlalu cepat menghukum.

[38:27]
Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka.

Harap anda faham mesej ini. Selamat berpuasa dan berbuka. Sekian.

p/s Aku tak cakap aku tentang Teori Evolusi. Boleh baca artikel ini : Jangan percaya teori evolusi, tapi......

Minggu, 23 Agustus 2009

Anakku Samdol #3

Puan Rosmah menggerakkan anak bongsunya, Bengong yang lena tidur di sebelahnya. Tak sampai 3 kali digerakkan sambil dipanggil namanya, Bengong sudah menukar posisinya dari baring kepada duduk. Mulutnya terkumat-kamit membaca doa dan zikir yang tak diketahui jenisnya. Anak ini memang baik. Patuh dan hormatkan orang tua walaupun agak sedikit naif dan lurus bendul. Memang berbeza dengan saudara sulungnya. Walaupun tak begitu degil, tapi selalu mempersoalkan arahan ayah dan ibunya. Skeptik kononnya. Tak sami'na wa ato'na bak kata Ustaz Mansur, guru agama di sekolahnya.

Giliran Samdol pula untuk dibangunkan. Puan Rosmah keluar dari kamarnya dan melangkah ke bilik Samdol.

''Samdol, bangun Sayang. Kita solat subuh''

''Ibu dah lupa ke? Kan Samdol dah....''

''Ah, ibu baru ingat. Maaf, ibu tak perasan. Tapi Samdol kena bangun awal juga. Hari ni kan Samdol kena pergi sekolah.''

''Yelah. Samdol mandi dulu ye ibu.''

Puan Rosmah masuk kembali ke biliknya. Kelihatan Bengong sudah siap berkopiah dan berkain pelikat. Dua sejadah siap dibentang. Iqamah dialunkan, takbir diangkat. Puan Rosmah menjadi makmum kepada anaknya. Al-fatihah dan surah Sajadah dibaca. Syahdu dan merdu suaranya.

Samdol baru selesai mandi. Kipas dihidupkan. Nombor 3. Biar cepat rambutnya kering. Ah, terasa khayal seketika. Ibarat dihembus bayu dari laut. Matanya dipejamkan menikmati nikmatnya angin kipas.

''Samdol. Mari makan''

Khayalannya dimatikan oleh suara ibunya. Samdol memakai pakaian uniformnya, rambut disapu minyak tapi disikat dengan tangan. Tak apa, asalkan kemas. Tak sampai lima minit, barulah dia pergi ke dapur. Tangannya mencapai telur rebus. Dikupas kulitnya. Dihimpit antara dua keping roti. Tak cukup sebiji diambilnya lagi satu. Dibaham dan dikunyah dengan gelojoh.

''Makan dengan syaitan''

Samdol menjeling adiknya. Bengong sedang menadah dua tangan sambil mulut terkumat-kamit membaca doa. Ah, apa dia peduli.

Dia segera menghabiskan sarapan. Ada sedikit lagi kerja sekolah yang perlu diselesaikan dan mahu dihantar hari itu. Cadangnya, biarlah tiba awal di sekolah supaya ada masa untuk kerja itu disiapkan.

Samdol berjumpa dengan ibu. Nak minta restu sebelum ke sekolah lagaknya. Tangan ibu dikucup mesra. Dia tersenyum. Ibu pun sama.

''Ibu, hidup kita ini adalah untuk bergembira dan menggembirakan orang lain''

''Betul tapi itu bukan yang utama. Ada satu perkara yang Samdol lupa sebut dan perkara itu yang paling penting''

''Apa dia?''

''Nanti ibu beritahu. Tengok. Pak Atan dah sampai. Cepat naik bas tu.''

''Jangan lupa tau, ibu.''

Samdol berlari-lari anak menuju ke bas dan duduk di sebelah Khadijah. Terpaksa kerana itulah satu-satunya tempat yang tinggal. Itupun terlebih baik daripada dia terpaksa menunggu bas kosong yang lain. Mungkin selepas setengah jam baru ada. Khadijah kelihatan malu-malu ayu ketika Samdol duduk di sebelahnya. Khadijah dikenali sebagai gadis warak di sekolahnya. Thiqah bak kata anak muda. Kebetulan sekelas dengan Samdol.

Pintu bas ditutup secara automatik. Pak Atan meneruskan perjalanan. Pengarang ditinggalkan. Nampaknya cerita terpaksa disambung ke episod seterusnya.

Kamis, 20 Agustus 2009

Ramadhan Datang Lagi

baru tersedar dari lena yang lama. lantaran mendapat panggilan dari rakan yang mahu belajar bersama. tapi ditolak dengan alasan mahu menyambung tidur yang tertunda. tapi akhirnya terjaga jua. email dibuka, facebook tak dilupa. mahu melihat apakah berita. puasa sabtu seperti dijangka. sama seperti malaysia. kadang-kadang tak sama, tarikh tak kena. kita puasa dulu waktu mereka makan tak ingat dunia.

ramadan ke 20 sepanjang hayat. atau ke 21 aku pun tak ingat. tahun ke 4 ramadan sebagai anak rantau, anak dagang. sebatang kara, tanpa keluarga. aduhai, syahdunya. tak apalah. orang arab kata merantau mendidik menjadi lelaki sejati. pandai membawa diri, ke tengah ke tepi, semua menjadi. mungkin. mencari pengalaman baru hajat di hati. kembara ke turki. ada teman yang berjanji menunggu di istanbul. separuh ramadan, moga hajatku kabul.

ada sahabat bilang bersetubuh puncak nafsu. nafsu makan, tidur perlu didaki sebelum puncak dituju. nafsu bersetubuh kendur kalau kurang tidur, kalau perut kebulur. mungkin itu hikmah pesan rasulullah. rajin-rajin berpuasa untuk si bujang yang gersang, yang nafsu cepat terangsang. biar nafsu dibendung oleh puasa yang juga junnah, perisai, pelindung. nafsu bukan semata disekat, dihambat. kalau terlalu dilayan takut makin melarat. biarlah neraca akal menyukat. mana yang perlu, mana yang tidak. akal itu raja, nafsu itu hamba. nasihat ini untuk diri sendiri jua, yang sering alpa dan leka.

ada yang menentukan target sepanjang ramadan untuk dicapai. khatam bacaan al quran, tarawih tak ditinggal. tiada apa sangat yang mahu ku gapai. cukuplah menjadi lebih baik dari apa yang ada. itu sudah terlalu bermakna. mahu ulangkaji sedikit, bukannya menghabiskan semua nota yang membukit. cukuplah sekadar persediaan untuk klinikal. biar tak gelabah pabila ditanya, biar tak resah mahu buat apa. buku-buku yang dibeli di mekah tempoh hari seolah-olah merayu meminta mohon dibaca. sabarlah, sayang aku dikekang masa. nota-nota perlukan perhatian, peperiksaan perlukan persediaan.

buat rakan-rakan, sepuluh jari ku susun mohon ampun kalau ada kesalahan. yang terkhilaf terkecil hati kalau boleh dilupakan. salam ramadan aku ucapkan.

salam.






Senin, 17 Agustus 2009

H1NI-Giliran Kami Menyondol

pada bulan 4 tahun ini seingat saya, dunia mula digegarkan dengan suatu wabak yang dikenali sebagai 'swine flu' atau selesema babi. saya tak berhajat nak mengulas penyakit ini dari sudut etiologi atau sebagainya, tapi saya nak membuat sedikit analisis mengenai penerimaan masyarakat tentang wabak ini.

ada golongan yang begitu menggelabah yang kebanyakan golongan ini terdiri daripada masyarakat awam, ada juga yang memandang sinis golongan ini dengan mengatakan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan dengan swine flu.

kalau difikirkan kembali dari sudut epidemiologi, AIDS adalah lebih bahaya daripada swine flu berdasarkan kadar mortaliti(kematian) dan morbiditi(penyakit).begitu juga dengan malaria kalau tak silap saya.namun kebimbangan masyarakat yang mendadak ini MUNGKIN disebabkan oleh peranan media.menurut laman wikipedia,media agak berlebih-lebih(overreacting) dalam isu ini.tapi,saya faham.media nak untung.jadi kena siarkan berita hangat dan sensasi.walaupun HIV lebih bahaya,tapi dah selalu sangat dengar.jadi cerita orang menghidap AIDS dah jadi kurang sensasi berbanding swine flu.

ada yang tak puas hati sebab isu palestin kurang diperkatakan berbanding swine flu sejak kebelakangan ini.saya simpati dengan dua-dua;mangsa kezaliman yahudi dan mangsa swine flu.

kenapa bimbang sangat dengan swine flu,selesema saja dan tak mencabar langsung?memang diakui swine flu merupakan salah satu jenis selesema yang ada di dunia.lazimnya kalau kena selesema orang akan makan panadol atau pergi klinik dan ambil MC.tak mencabar,bukan?

sebelum itu,mari kita berkenalan dengan teori 'herd immunity'.menurut teori ini,semakin ramai orang yang immune(kalis penyakit) dengan sesuatu penyakit,semakin sukar wabak itu untuk menular.immuniti itu didapati sama ada selepas penyakit ataupun melalui pemvaksinan.kalau anda nak tahu,waktu dulu penyakit cacar air telah membunuh banyak umat manusia.begitu juga dengan masyarakat arab.jika mereka hendak mengembara ke negara Asean,mereka perlu mendapatkan vaksin untuk malaria.mungkin kerana mereka tidak immune pada penyakit malaria.

mungkin setelah mendapat herd immunity,kadar mortaliti dan morbiditi tidak sekronik berbanding yang tiada.

saya percaya cakap-cakap tentang swine flu ini akan pudar dalam jangka masa terdekat sama seperti sars mahupun japanese encephalitis.

kalau begitu,tak bahayalah penyakit swine flu ini?

kalau tak bahaya masakan,

The CDC's Anne Schuchat states, "this is a virus that's capable of causing a spectrum of illness that includes severe complications and death. . . It's very important we take this virus seriously".[93]

ada juga yang percaya bahawa penghidap swine flu yang bertambah parah ataupun yang mati MESTI mempunyai keadaan tertentu(underlying condition) yang menyebabkan keadaan mereka bertambah parah seperti asma dan wanita hamil.dengan maksud lain swine flu secara bersendirian tidak membunuh.

sedikit hidangan(kopi dan pasta-copy paste) dari laman newscientist

Should I worry about this flu?

That depends on two things: how severe this flu is, and how far it spreads. Its severity is still unknown. Those who died in Mexico were young adults who don't often die of flu, so we know this virus can be serious. But it isn't always this bad: the cases picked up in the US were mild. Outbreak investigators are now trying to find out how many people have had the virus, and how many of those were seriously ill, to get an idea of how bad it is.

tak semua orang mempunyai tahap immuniti yang sama.ada yang kurang immune pada penyakit itu,ada yang kurang dengan penyakit ini.kebanyakan kes yang berlaku menunjukkan simptom yang ringan(mild) seperti di jepun tiada kematian dilaporkan di antara 1048 kes, di new york 342 kes dilaporkan dan hanya 23 kematian direkodkan sehingga artikel ini ditulis.

kita sudah maklum bahawa swine flu membunuh orang yang mempunyai keadaan tertentu(underlying condition) dengan menambahterukkan lagi keadaan mereka.

adakah swine flu dapat membunuh individu yang sihat wal 'afiat?

tak semua individu mempunyai tindak balas terhadap virus.bagi yang bernasib baik mungkin akan mengalami simptom yang ringan.namun ada yang kurang bernasib baik dan menghidap penyakit pneumonia(paru-paru berair).

ini disebabkan oleh tindak balas immune yang berlebihan yang dikenali sebaga cytokine storm.penyakit yang terhasil bergantung di mana cytokine storm berlaku.disebabkan swine flu mendapat tempat dalam sistem pernafasan,maka kerosakan paru-paru boleh terjadi.

dan pneumonia boleh menyebabkan kematian.

p/s cuba teka kenapa h1n1 dipanggil swine flu dan bukan pig flu


Jumat, 31 Juli 2009

Anakku Samdol #2

Bunyi cengkerik bersahut-sahutan. Sesekali terdengar gemersik dedaun pohon dihembus bayu pagi. Bunyi yang terhasil menghasilkan satu irama yang cukup indah dan mengasyikkan iaitu melodi alam. Mendayu-dayu. Tenang menusuk kalbu. Para cendikiawan menperakui bahawa muzik dapat mengubat penyakit mental terutamanya muzik jenis melankolik, mendayu-dayu. Jiwa bergetar dengan alunan muzik.

Ketenangan malam itu tiba-tiba direnggut dengan kehadiran beberapa anak muda dengan gelak tawanya. Ekzos motor yang sengaja dipulas-pulas menjadi sinergi untuk menambah desibel keriuhan saat itu. Anak-anak muda, dara dan teruna tersebut yang lebih dikenali sebagai bohjan dan bohsia sememangnya sudah kehilangan sensitiviti terhadap masyarakat sekeliling. ''Ada aku kisah,' merupakan frasa popular mereka apabila ditegur, secara baik mahupun kasar.

Dan 'irama' jenis ini yang menyesakkan kepala,penambah tekanan jiwa.

Ah, biarkan saja mereka. Dah puas orang berleter, kalau hati sudah keras, otak pun beku....

Di celah kegelapan yang meliputi malam, terdengar suara syahdu, bisikan munajat pada Tuhan Yang Maha Satu...

''Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.''

Puan Rosmah memanjatkan doa kepada Allah. Doa tidak menidakkan usaha dan usaha tidak menafikan doa. Seiring. Berdoa supaya Allah memudahkan urusan kita. Demikianlah fahaman Ahlu Sunnah wal Jama'ah seingat Puan Rosmah.

Dia kemudiannya bertafakur, bermuhasabah. Hendak diapakan anaknya yang satu ini.

Dia sudah maklum remaja seusia Samdol yang normal akan melalui perubahan fasa secara psikologi dari 3 aspek. Fasa seksual di mana fasa ini manusia sedar akan signifikan kemaluan. Ini menurut seorang pakar psikoanalisis terkenal iaitu Sigmund Freud. Dari aspek psikososial mereka akan melalui fasa mencari identiti. Remaja cuba mencari jalan hidupnya sendiri. Aspek ketiga pula perubahan dari segi cara berfikir. Mereka akan cuba menggunakan logik dan penaakulan dalam setiap perkara. Jangan hairan kalau anak-anak remaja mula mempersoalkan banyak perkara tatkala usia sebegini.

Ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pembangunan psikologi anak-anak. Ada 3 jenis ibu bapa. Ibu bapa yang terlalu tegas dan tak mahu mendengar pendapat anak-anak mereka. Maka kesan yang akan difikirkan akan terjadi adalah anak-anak akan memberontak dan degil. Ibu bapa jenis kedua adalah ibu bapa yang jenis berlembut dan memberikan kebebasan secara mutlak kepada anak. Apa kesannya? Lihat saja anak muda bohsia bohjan di luar itu. Anda dapat mengagak bagaimana mereka dididik. Tapi pengarang suka bersangka baik. Iman tak dapat diwarisi. Ibu bapa jenis tiga walaupun tegas tapi mereka masih memberi peluang anak-anak mereka bersuara. Mereka dilatih berfikir dan berprinsip. Kebanyakan mereka walaupun ada yang nakal mereka tak mudah terpengaruh dengan perkara yang tak rasional. Malahan ada yang berubah menjadi baik.

Puan Rosmah bersyukur kerana sekurang-kurangnya anaknya menyatakan pendiriannya yang sebenar. Masih dapat dilentur lagi rebung sebatang ini. Masih boleh dibentuk pemikirannya lagi. Namun dia masih mencari-cari siapa yang dapat membantunya dalam misinya ini. Penat juga berhadapan dengan orang seperti ini. Dia pun bukan tahu banyak dan semua perkara. Lagipun fikiran manusia memang sukar diramal. 'Politik lebih rumit daripada fizik' kata Albert Einstein. Hendak diharapkan suaminya? Hmm entahlah.

Ayam berkokok sahut-menyahut. Disusuli dengan suara muazzin yang melaungkan azan subuh. Puan Rosmah menuju ke tandas untuk memperbaharui wuduk.

Pengarang pun hendak bersiap ke masjid lantaran keputusan bekalan air di rumah. Oh, suka dalam duka. Duka tiada air, suka mendapat peluang subuh berjemaah di masjid.

Lampu dinyalakan. Cerita tergantung.

Ilmu Yang Dianak-tirikan

Aku nak sentuh mentaliti masyarakat Malaysia terhadap sesetengah bidang ilmu. Aku beri satu situasi kepada pembaca untuk dinilai.

Menyentuh tentang kedatangan Nik Nur Madihah ke Jordan untuk menyambung pengajian dalam bidang Fizik. Banyak sungguh komen yang aku dengar sama ada secara berdepan, di blog-blog mahupun dalam forum.

Ada yang kritik tentang pemilihan Madihah ke Jordan. Ada yang berkata pemilihan itu tak rasional sebab ada banyak tempat yang lebih baik seperti di Jerman. Ada yang kata peralatan tak cukup. Dan ada juga yang menyokong.

Aku cuba bertindak optimis di sini. Mereka dah mengkaji dan berjumpa sendiri dengan Presiden Universiti. Boleh baca di sini. Tentang pemilihan tempat dan peralatan, aku kurang arif. Dan yang mengkritik pun aku tengok bukan dari kalangan yang pakar. Perlukan kajian yang mendalam. Mana mereka tahu pihak universiti tak ada alatan yang cukup. Entah-entah alatan yang diperlukan pun mereka tak tahu. Aku tak fikir Madihah dan Bank Negara ketepikan pendapat pakar dalam bidang ini untuk memilih tempat.

Dan fizik ada tiga jenis; fizik teori, fizik eksperimental dan fizik matematikal. Alatan dan aplikasi pun mungkin berbeza.

Mungkin Madihah nak ambil kesempatan untuk mendapat pengalaman dan ilmu di Jordan. Ilmu itu sama di mana-mana tempat cuma pengalaman itu berbeza.

Mentaliti jenis kedua yang lebih dahsyat

Mari kita lihat salah satu komen dari saudara kita

''Huh, tak logik 20A amek fizik. Amek la yang sepadan sikit, medic ke''

Adakah pelajar-pelajar yang cemerlang sepatutnya menyambung pelajaran dalam perubatan? Bagi aku, perubatan adalah bidang untuk orang yang rajin. Tak perlu menjadi genius, yang anda perlu sedikit kerajinan dan IQ yang normal, anda berkemungkinan besar dapat survive.

Kita kaji balik sejarah. Tokoh-tokoh genius kebanyakannya adalah ahli dalam fizik dan falsafah. Malas nak tulis panjang-panjang sebab aku pernah tulis di sini. Aku quote semula tulisan aku.

''Sebelum itu, bagi aku tahap ilmu ada 3 iaitu secara permukaannya adalah pengetahuan am, seterusnya praktikal dan yang lebih mendalam sekali adalah falsafah atau konsep itu sendiri. Orang genius adalah mereka yang dapat mencapai tahap yang dalam sesuatu ilmu bukan hanya memandang ilmu sebagai satu pengetahuan am atau praktikal semata-mata. Mungkin sebab itu ahli falsafah kebanyakannya genius seperti Ibn Sina dan Al-Ghazali.''

Mungkin golongan yang mengkritik lupa akan peranan fizik dalam peradaban.

Apa-apa pun yang penting adalah minat dan upaya. Ada kawan aku yang bijak tapi kerana tak minat dengan bidang yang diceburi, beliau agak ketinggalan dalam pelajaran.

Aku : Minat medic tapi tak minat jadi doktor

Senin, 27 Juli 2009

Anakku Samdol #1

Suasana dalam rumah saat itu tak seperti biasa. Kurang meriah. Mungkin disebabkan ayah yang selalu bertindak sebagai penghidup suasana ceria di rumah pergi berkursus beberapa hari di luar negeri. Tinggallah si ibu, Puan Rosmah dan dua cahaya mata mereka, Samdol dan Bengong.

Raut wajah Samdol umpama ayam berak kapur, gelisah. Entah apa yang dirisaukannya. Sementelahan ibu dan adiknya sedang ralit menonton televisyen. Ternyata siaran berita itu langsung tidak menarik perhatiannya. Seratus peratus.

'Ibu...'. Samdol bersuara perlahan. Sedikit gementar dan gugup lagaknya. 'Samdol nak cakap sesuatu. Tapi ibu jangan marah,' sambungnya lagi.

''Anakku sayang. Tak ada gunanya ibu nak marah. Ibu nampak Samdol macam ada sesuatu yang nak disampaikan. Teruskan anakku. Samdol jantung hati ibu. Dukamu dukaku jua.''

''Samdol fikir Samdol dah cukup matang untuk buat keputusan sendiri. Harap ibu tak menghalang dan menerima dengan fikiran terbuka, dengan hati yang lapang.'

Ah, anakku sudah besar panjang rupanya. Dia nak bernikah? Usia pun baru 17 tahun. Baik aku dengar dahulu. Mungkin pada aku ada penyelesainnya.

Ibu hanya diam tanda memberi laluan kepada anaknya meneruskan kata-kata.

Aduh, terasa berat pula pengarang ini mahu meneruskan kisah. Tapi ku turuti jua kehendak naluri ini.

''Samdol tak dapat menghalang naluri ini, ibu. Samdol terasa ingin murtad. Puas sudah Samdol yakinkan diri ini. Tak berjaya.''

Bulat mata ibu mendengar kata-kata anak sulungnya itu. Terasa terkejut namun dia cuba mententeramkan dirinya dulu. Dia ingin tahu apakah puncanya.

''Samdol tak dapat terima apa yang kita percaya selama ini. Syurga atau neraka. Hidup sesudah mati. Dan yang paling penting, Samdol tak percaya adanya Tuhan. Macam dongengan orang tua, kita cuma mengikut dan percaya. Kalau Tuhan ada, di mana dia? Apa buktinya?''

Bengong menoleh. Seolah-olah ingin campur tangan dalam perbincangan 'orang dewasa' tersebut.

''Abang percaya ada angin? Abang percaya wujudnya elektrik? Abang percaya kedua-duanya wujud walaupun Abang tak nampak.''

Samdol mendengar sambil telunjuk kirinya mengorek hidung. Tahi hidung dikeluarkannya dan dibentuk menjadi sfera. Dijentiknya tahi hidung itu ke arah siling rumah. Pada mulanya tahi hidung itu bergerak laju akhirnya semakin kehilangan momentumnya, bergerak semakin perlahan. Sehinggalah pada satu titik puncak. Kemudian tahi hidung itu jatuh kembali membentuk laluan projectile dan akhirnya mendarat betul-betul di hadapan lutut pemilik si tahi hidung.

Demikianlah analogi bagi manusia yang suka berfikir, mengelamun dalam-dalam. Makin tinggi melangit dia berfikir, makin lemah akalnya. Mungkin tak dapat disesuaikan dengan logik akal dan kemahiran penaakulannya. Dan akhirnya pemikiran itu 'jatuh' tanpa disedari di sekitarnya sahaja. Rupa-rupanya hujah untuk argumennya ada di sekitarnya. Tak perlu berfikir hingga tinggi melangit, dan kadangkala mungkin akan sesat. Hujah dan ilmu ada di sekeliling. Cuma kamu diberi pilihan untuk memilih atau tidak.

Kita ikuti kembali perbualan mereka.

'Hujah lama,' kata Samdol.

'Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas' balas Bengong.

Ah, meloyar buruk pula budak ni.

''Hujah kau terlalu rapuh, Bengong. Berbalik kepada kisah udara kau tadi, hujah itu masih boleh dikritik. Memang udara kita tak nampak, tapi kita dapat rasa dengan kulit. Kau sempitkan deria rasa kita kepada penglihatan sahaja walhal kita ada lima deria rasa. Lagipun saintis dah buat kajian bahawa hidupan perlukan udara untuk hidup. Dah dijalankan eksperimen dan sudah diterima menjadi fakta.''

''Dan mengenai elektrik pula, kau tahu kan elektrik itu tenaga? Tenaga memang tak dapat dilihatlah, Bengong. Kita dapat lihat kesannya. Lampu menyala tanda adanya elektrik. Dan sekali lagi, dah dibuktikan kewujudannya melalui eksperimen dan kaedah saintifik.''

''Cuba kau buat satu eksperimen melalui kaedah saintifik untuk buktikan kewujudan Tuhan yang kau percaya.''

''Hujah kau tak relevan. Kau silap bagi Abang peribahasa tadi. Sepatutnya hujah kau itu 'rapuh dek panas, roboh dek hujan''

Ibu yang hanya mendiamkan diri sedari tadi kembali mencelah. Diam dalam berfikir.

''Sebetulnya Samdol terpengaruh dengan fahaman materialisme.''

Samdol termangu. Tak faham.

''Dan juga positivisme.''

Tambah ibu. Jargon yang digunakan bukan menambah faham bahkan menambah keliru. Ambik kau! Nak tunjuk pandai sangat. Berfikir perlukan belajar.

''Sudahlah, esok ibu akan ceritakan. Pergi tidur dulu. Dah lewat malam ni.''

''Ibu, Bengong nak tidur dengan ibu. Takut nak tidur dengan orang murtad ni.''

Samdol buat tak kisah. Dia masuk bilik tidurnya seorang diri. Egois biasanya lebih suka bersendirian.

Lampu dipadam. Cerita ditangguhkan.

p/s Mohon beri tunjuk ajar untuk penulis amatur ini. Terima kasih.

Menyentuh mengenai hujah kewujudan angin dan penglihatan, sahabat penulis ada mengatakan bahawa itu adalah hujah seorang ulama, tak dapat dipastikan siapakah beliau yang sebenarnya.
Mungkin ulama terbabit ingin menolak hujah Seeing is believing, lihat dahulu baru percaya.

Selasa, 21 Juli 2009

Majoriti Dalam Kesesatan

Izinkan aku membuat satu analogi.

Di kebanyakan negara Arab, penduduknya lebih selesa menggunakan bahasa pasar yang lebih dikenali sebagai 'amiah. Bergantung pada tempat dan suku kaum, ada yang sangat berbeza dengan bahasa Arab yang asal ada yang berbeza sedikit. Pada hakikatnya sama-sama salah jika dilihat dari sudut tatabahasa.

Walaupun bahasa yang asal telah rosak, namun 'bahasa' yang baru muncul ini ada tatabahasa yang tersendiri; yang berbeza dengan bahasa asal. Buat yang baru belajar 'amiah, mungkin ayat anda berbunyi pelik jika anda tidak mengikut 'tatabahasa' mereka.

Bagi golongan 'Arab celup'; yang perasan fasih gila cakap Arab, apabila terdengar bangsa mereka berbahasa Arab standard, mereka akan terasa humor. Lawak gilalah bak kata mereka. Kalau sempat, mereka akan menghadiahkan buah tawa mereka. Bukan mereka sahaja yang berbuat begitu, malah orang Arab yang asal pun kadang-kadang mentertawakan si penutur.

Hakikatnya mereka mentertawakan kebenaran!

Kerana majoriti dan 'golongan elit' sama-sama mentertawakan.

-Minta maaf kepada pembaca jika ayat-ayat selepas ini berbunyi sikah. Pengarang yang lemah ini tidak pandai menyusun ayat lantaran tiada idea-

Kita singkap kembali sejarah kedatangan Islam. Majoriti saat itu sudah menerima pelbagai budaya songsang; seperti menanam anak perempuan hidup-hidup, meminum arak dan sebagainya. Lantas datanglah seorang Rasul untuk mengubah budaya yang telah berakar umbi tersebut. Dan seperti biasa, sesiapa yang mahu mengubah kebiasaan ibarat menyongsang arus, mendapat tentangan yang maha dahsyat.

Kerana kebenaran itu diletakkan pada pandangan majoriti dan 'golongan elit'

Semua ini berkisar tentang mentaliti. Kalau mereka memang tak mahu menerima sesuatu, sampai mati mereka akan merasionalkan pendapat mereka meskipun salah. Kalau mereka kata hitam, hitamlah sampai bila-bila.

Berfikir di luar kotak

Kadang-kadang kita perlu keluar dari kelompok kita dan mengubah cara fikiran kita untuk mencari kebenaran. Mungkin kita tak nampak kesalahan yang ada kerana dalam kelompok itu sentiasa ada hujah-hujah yang membenarkan pendapat mereka. Tiada kritik dan komen.

Imam al-Ghazali tidak terus melabel sesat golongan filsuf. Beliau duduk bersama mereka hingga mahir ilmu falsafah dan diakui kepakarannya oleh mereka. Lantas beliau menyerang balas dan mengkritik golongan filsuf; dengan pemikiran dan hujah mereka sendiri. Pulang buah paku keras bak kata orang.

Muslim mana yang sanggup menerima evolusi? Muslim mana yang sanggup mendengar pandangan sekularis mahupun atheis? Mengapa terus menolak pandangan mereka tanpa berusaha memahami mereka? Mungkin ada sekelumit sebesar zarah pandangan mereka yang benar.

Kerana majoriti terus menolak.

Betul, kita kadang-kadang tak cukup ilmu. Ilmu boleh dicari. Tapi sampai bila kita nak jadi golongan ikut-ikutan.

Minggu, 12 Juli 2009

Hakikat Kewujudan

Tak perlu melihat cermin, tak perlu membelek-belek tubuh anda untuk mengetahui kewujudan diri. Cukuplah sekadar berfikir maka terbuktilah kewujudan kita.

''Je pense, donc je suis( Aku berfikir maka aku wujud)'', Rene Descartes.

Rabu, 17 Juni 2009

Persoalan Yang Tiada Hujungnya

Peperiksaan masih berbaki satu iaitu Etika. Saat ini tinggal aku dan beberapa sahabat yang tinggal di sini sedangkan kebanyakan yang lain dalam perjalanan pulang ke tanah air. Mereka menangguhkan peperiksaan kerana kebijaksanaan pemerintah di sini.

Tutup kisah tangguh peperiksaan. Ilmu etika ini sefaham aku adalah suatu ilmu yang membincangkan baik buruk sesuatu perkara dengan berpandukan logik akal manusia. Ilmu ini ada juga kayu ukur dan panduan tersendiri tapi semuanya tidak jelas seperti utilitarianism, deontologi dan sebagainya. Yang masih(atau banyak) ruang untuk dikritik dan tidak sesuai(applicable) untuk semua keadaan. Juga bertentangan satu sama lain. Inilah hakikat akal manusia.

Aku beri contoh perbualan antara 2 orang tentang definisi baik dan buruk menurut akal..

''Aku nak liwat kau boleh tak?''

''Tak boleh. Tak baiklah.''

''Kenapa tak baik?''

''Banyak mudarat.''

''Contohnya?''

''Boleh kena HIV.''

''Aku tak ada HIV. Dan sebelum aku liwat kau, aku akan pakai kondom.''

................................................

Persoalan yang tiada penghujung. Akal manusia bijak memutar belit dan menipu. Yang busuk dihidu wangi, yang hodoh nampak cantik. Aku bagi contoh kedua.

''Aku nak liwat kau boleh tak?''

''Tak boleh. Baca ni.

Menurut Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesiapa yang menemui
seseorang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut a.s. (liwat), bunuhlah
peliwat dan mangsa liwat yang rela." - Hadis sahih riwayat Ahmad,
al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah'' Sumber di sini.

Baru ada penghujung. Aku pernah tulis dulu di sini tentang akal manusia dan keterbatasannya.

'Yang mudarat itu haram, yang haram belum tentu mudarat'.

''.....dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.....'' Al Baqarah:195

Ada masa nanti aku tulis tentang mengaitkan sains dengan agama, InsyaAllah.

Sekian.

Selasa, 16 Juni 2009

Language and Term #1

Just want to have a try writing in English.

Regarding to the subject that I'll take in the next semester, I would like to share some information.

The subject which is named with 'ilm en nafs el sariri should be translated in English as Clinical Psychology, not as Psychiatry. 'Ilm means study, nafs means mind or soul and sariri means clinical or literally as bed.

'Psychiatry' word in Arabic is Tibb en nafs which could be translated literally as Medicine of Mind, how to deal with mind through medical perspective.

So, what is difference between Clinical Psychology and Psychiatry?

According to Mr Wikipedia, Clinical Psychology is the scientific study and application of psychology for the purpose of understanding, preventing, and relieving psychologically-based distress or dysfunction and to promote subjective well-being and personal development. Hence it is a branch of Psychology, not Medicine.

Psychiatry is a medical specialty officially devoted to the treatment, study and prevention of mental disorders. Remember it's a branch of Medicine. To see how pathological conditions effect human mentally or psychologically.

Thanks a lot.

p/s I want to be a psychiatrist in my future. Interesting, right?

Senin, 15 Juni 2009

Memahami Erti Tiada

Ambil sebiji gelas. Isi dengan air hingga separuh. Jadi aku akan tanya kalian. Apa yang terisi dalam gelas itu? Mungkin sekali kalian akan menjawab, ''Separuh air dan separuh kosong.''

Aku ada jawapan yang lebih tepat. Separuh air dan separuh lagi udara dan partikel-partikel yang tergantung di udara. Namun itu bukanlah persoalan yang aku nak bahaskan di sini. Aku cuma nak bawa 2 isi penting iaitu:

1. Wujud atau tiada yang berkaitan makhluk adalah tidak mutlak
2. Disebabkan ketiadaan air pada separuh bahagian dalam gelas, udara dapat terisi di situ.

Menjumpai sesuatu yang tiada

Dulu sebelum dulu, angka sifar tidak wujud lagi dan dianggap tidak bernilai. Sifar itu adalah tiada dan tiada itu tidak bernilai. Namun, penciptaan angka sifar oleh bangsa India dan diikuti oleh bangsa Arab dianggap suatu penemuan yang begitu bernilai dalam dunia Matematik dan peradaban manusia sekaligus. Lihat saja angka Roman yang mungkin agak serabut untuk membuat kira-kira lebih-lebih lagi untuk membuat pengiraan yang lebih besar. Masalah wujud kerana tiada sifar. Kerana tiadanya tiada.

Besar jasanya sifar ini hinggakan semua peralatan elektronik menggunakan sistem pendua(binary system) yang datangnya dari hasil penemuan angka sifar, yang dianggap tiada, dipanggil kosong oleh bangsa Melayu. Begitu juga dengan sistem saraf manusia yang menggunakan prinsip semua atau tiada(all-or-none).

Kebanyakan penemuan sains wujud hasil daripada tiada ini. Misalnya fungsi insulin diketahui bila menjumpai penghidap kencing manis.

Buat sang hobo

Ketahuilah kewujudan kalian di muka bumi ini tidaklah sia-sia. Bagi aku tiap wujudnya sesuatu ada signifikan tertentu. Antara kita sedari atau tidak. Hatta satu molekul CCl4 pun ada signifikan tersendiri. Dapat memusnahkan 20000 molekul ozon. Ini fakta.

''.........Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (Ali 'Imran:191)

Buat yang ditimpa musibah

Ketahuilah bahawa dunia ini tempat menyemai usaha. Kita tak dapat lari daripada ujian. Ujian berbentuk nikmat atau sebaliknya. Ibarat analogi air tadi, mungkin disebabkan kita ditimpa ujian kita mendapat nikmat yang lain.

[94:5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[94:6]
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Sekian

p/s Ana tak thiqah. Nothing could be something.

Sabtu, 30 Mei 2009

Kuliah : Dari Mana Datangnya Sakit? #2

Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi.....

Kedengaran bunyi nada dering dalam dewan kuliah. Memang mengganggu konsentrasi Doktor Guntur untuk mengajar. Dah berkali diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau menyenyapkannya sebelum kuliah bermula. Ada juga yang degil.

Rupa-rupanya.....

DG : Sayang, Abang ada kuliah sekarang ni. Habis kuliah Abang call balik. Babai. Salamalaikum.

(Bini kesayangan telefon rupanya. Pujangga ada berkata, kerjaya itu yang utama tapi cinta bukan nombor dua. Penulis : Kena masukkan unsur-unsur cinta baru cerita laku zaman sekarang ni)

Lihat gambar pada slaid saya : Sensory Homunculus. Anda sendiri dapat lihat tiada bahagian dalam Daerah Deria Rasa yang menerima saraf dari organ dalaman. Jadi sakit yang datang organ dalaman dirujuk oleh otak pada dermatome yang disupply oleh saraf tunjang yang sama. Organ yang cedera, dermatome yang sakit.

Jadi di sini saya nak beritahu bahawa ada 2 jenis sakit. Iaitu somatic pain dan visceral pain. Somatic pain berlaku apabila berlaku kecederaan pada kulit atau pada tisu di bawahnya manakala visceral pain berlaku apabila berlaku kecederaan pada organ dalaman. Jadi apa beza antara 2 jenis sakit ini?

Uday : El somatik bain ya'ni well localized o vizeral bain boorrly localized (Somatic pain is well localized while visceral pain is poorly localized-Somatic pain mudah dikesan tetapi visceral pain sukar ditentukan)

DG : Bagus Uday atas jawapan anda.

Jadi kalau ada pesakit datang berjumpa dengan kamu dan mengadu sakit, jadi kamu minta dia tunjukkan dari mana datangnya sakit itu. Kalau dia tunjukkan tempat sakit itu dengan jari bermakna sakit itu dapat dikesan dan berasal dari kulit dan tisu di bawahnya. Tetapi jika dia menggunakan tangan atau tidak pasti dari mana datangnya sakit bermakna organ dalaman atau saraf yang bertanggungjawab atas rasa sakit itu.

Saya beri contoh. Ada seorang pesakit mengadu sakit pada gigi. Apabila ditanya gigi yang mana satu sakit, beliau teragak-agak. Ini bermakna sakit itu berlaku akibat kecederaan pada saraf Trigeminal. Mungkin disebabkan oleh arteri yang berdenyut atau meningitis(radang selaput otak) . Jadi amat penting kepada doktor untuk mengambil berat hal yang sedemikian. Adalah tindakan yang bangang lagi tak senonoh jika beliau mencabut kesemua gigi pesakit tersebut walhal yang sakitnya adalah saraf.

(Tiba-tiba DG senyap secara spontan. Pelajar mula cuak dan tercari-cari punca perubahan DG. Mata DG tepat merenung wajah Nik Fazli(bukan nama sebenar) yang sedang berdengkur. Menyedari akan hal itu, rakan Nik Fazli mengejutkannya.)

DG : Mung mari sini nak ngaji ko nak tido, Pok Nik?

NF : Ambo mari nak ngaji la dokto. Dokto kecek luar sokmo hok tu ambo payoh nak nakak.

DG : Nate beruk sungguh mung nih. Toksey ngabe ko aku. Guano nak jadi dokto kalu kecek luar pung tak pehe. Mari dok depe sini.

NF : Bereh, dokto.

(Nik Fazli pun mengangkat punggung dan mengubah posisi ke tempat lain sesuai dengan arahan Doktor Guntur. Kelihatan seorang pelajar Arab, Zainal 'Abidin(bukan nama sebenar) sedang menyalin balik perbualan antara NF dengan DG sebentar tadi. Manalah tau dapat tunjuk hebat depan tino Kelate.)

...........................Bersambung lagi.............................

p/s Aku ada final exam lebih kurang setengah hari lagi. Subjek yang paling mudah tapi markah yang terendah antara subjek yang ada. Semoga mencapai target.