Sabtu, 30 Mei 2009

Kuliah : Dari Mana Datangnya Sakit? #1

(Kelihatan kelibat Dr Guntur masuk ke dewan kuliah. Para pelajar yang pada awalnya berbual-bual di merata kawasan, duduk di tempat masing-masing. Bimbang kalau-kalau pada hari itu Ali mengambil kedatangan)

DG : Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Pelajar : Waalaikumussalam dan semoga petang kamu diberkati Allah wahai Doktor.

DG : Ada apa-apa soalan?

Pelajar : (senyap dan ada yang buat-buat tak dengar)

DG : Jadi kamu datang sebagai pendengar saja dan bukan untuk berbincang. Ini bukan cara pelajar universiti. Baiklah saya mulakan kuliah dengan tajuk Referred pain atau menurut terjemahan saya iaitu sakit rujukan.

Seorang pelajar Arab tanpa mengangkat tangan berkata dengan lantang kepada doktor.

Pelajar : Why do you sbeak in Malizian language? Mush fahimeen wallah*.

DG : Iza ma habbeit tesma' li tegdar tetla' min muhadharti**

Doktor Guntur menyambung kuliah beliau tanpa menghiraukan pelajar tersebut lagi.

Anda selalu dengar kalau orang yang menghidap Myocardiac Infarction selalu berasa sakit di dada hingga ke bahu kiri, orang yang radang pada ovari sakit pada pangkal peha, orang yang salur ureter tersumbat boleh sakit pada peha ataupun kepala takuk dan lain-lain lagi. Dalam istilah perubatan kita sebut Referred pain.

Sebelum itu, mari kita berkenalan dengan dermatome. Boleh lihat pada gambar ini.


Dermatome adalah bahagian badan tertentu yang disupply oleh satu saraf tunjang. Err..siapa tau perkataan yang sesuai untuk supply di sini? Bodoh betul saya. Padahal dulu belajar sains dalam BM.

(Tiada pelajar yang menjawab. Adakah disebabkan PPSMI***? Ataupun mereka terasa bodoh kalau berbahasa Melayu?)

Baiklah. Sebenarnya kita tak rasa sakit pada organ. Organ tersebut disupply oleh saraf tertentu dan bercantum dengan saraf deria dari dermatome, masuk ke saraf tunjang, naik ke otak dan pergi ke Daerah Deria rasa dan diterjemahkan kepada rasa sakit. Rasa sakit terasa pada dermatome yang berkongsi saraf dengan organ yang sakit itu. Saya ambil contoh, appendiks. Appendiks disupply oleh saraf T10. Jadi apabila berlaku appendicitis pesakit akan terasa sakit pada dermatome T10 yakni pada aras pusat sebelah kanan.

Penulis : Haha tiba-tiba terasa malas nak sambung. Mula-mula tadi semangat. Betullah. Tahi ayam cepat sejuk. Aku sediakan glossari buat mereka yang tak faham.

*Demi Allah, kami tak faham
**Kalau kau tak nak dengar kuliah aku, kau boleh keluar
***Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

.........................Bersambung...........................


7 komentar:

fiqhullughah mengatakan...

hehe..bru nk tw apa klimks..penulis ni buat suspen plk..supply klu kate disokong oleh,bertunjangkan bole x?sy xpandai sgt bi..hehe

Musafir Melayu mengatakan...

nice post..a funny one indeed.

guntur mengatakan...

fiqhullughah

cerita ni mungkin ada mungkin takde klimaks.supply tu rasanya bekalkan tp rasa macam tak sedap plak ayat

musafir melayu

yeah.thanks.maybe my boredom does entertain people.

naqiubex mengatakan...

hmm.. tak habis pulak.. LOL

muiz mengatakan...

Seorang pelajar perempuan arab dari amman yang hot mengangkat tangan.

Awek arab hot (AAH): Duktuur, elm7adarah elyuom kaan raaie3.

Doktor Guntur (DG): Please speak in english in my class. We have students here who don't speak arabic.

AAH: Duktuur, yurr klass is good today. Also i sink yuu arr hindsom too. Can we hafe lunch togezer in mecca moul?

DG: Ouf courrse.

Kesan daripada pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa arab+english (PPSMBish).

an2blur mengatakan...

supply tu mcm memberi la.

muiz lawak ah.

haha.

guntur mengatakan...

Muiz

Disebabkan DG sudah berkahwin dan setia kepada isterinya, beliau terpaksa menolak permintaan gadis tersebut.

DG : Surri(Sorry)

AAH: La, ente mush suri, ente maliziy. Maliziy 'aziziy(Tak, kau bukan suri(syrian),kau org Malaysia. Malaysian pujaan hatiku)

DG : Ya bayye(bapak ah)

Kakak Blur

Muiz memang kelakar. 20/m/Malaysia