Senin, 27 April 2009

Hubung Kait


Mula-mula sekali, aku nak terangkan mengenai gambarajah yang aku sediakan ini.

Gambarajah ini boleh difahami dengan ayat berikut:

A menyebabkan B, dan B menyebabkan C. Maka, A mempunyai kaitan dengan kewujudan C.

Aku ada terdengar kata-kata ini.

''Manusia makan ikan dan ikan makan ulat. Tapi tak semestinya manusia makan ulat.''

Aku nak sentuh sedikit mengenai teori.

Menurut apa yang aku faham, teori adalah hasil pemerhatian manusia terhadap sesuatu secara berulang-ulang, dengan mengikut kaedah penyiasatan. Seperti yang kita belajar untuk melakukan sesuatu eksperimen. Teori itu terhasil daripada hipotesis. Kemudian, hipotesis ini diuji dengan membuat eksperimen yang baru. Setelah mendapat hasil yang sama, maka hipotesis ini diterima dan menjadi teori. Teori hanya dapat menerangkan mekanisme yang belum betul terbukti. Bermakna, A itu jelas, C itu pun jelas, hanya B yang masih kabur.

Contohnya, Teori Graviti. Apabila satu objek dicampak ke atas(A), maka objek itu akan jatuh(C). Persoalannya, apa yang menyebabkan objek itu jatuh? Dan persoalan ini memerlukan mekanisme(B) untuk menerangkan hubung kait antara A dan C. {1}Menurut Teori Graviti, objek tersebut jatuh disebabkan adanya partikel yang dipercayai wujud yang dinamakan graviton. Graviton itu masih tak terbukti lagi kewujudannya. Dan aku tak dapat terangkan lebih lanjut kerana aku sendiri tak mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam.

Apa pula association atau hubung kait?

Hubung kait ini hampir sama dengan teori. Bezanya dalam teori memang A yang menyebabkan C dan dalam hubung kait A belum tentu menyebabkan C.

Jadi, bagaimana boleh timbul persoalan C disebabkan oleh A?

Disebabkan pertambahan/penurunan C berlaku seiring dengan pertambahan/penurunan A. Jadi, orang akan tertanya-tanya, adakah perubahan pada A mempengaruhi perubahan pada C. Lalu, penyelidik akan membuat kajian berdasarkan ilmu statistik dahulu. Mengambil sampel, menyusun data dan membuat kesimpulan. Dan biasanya mereka akan buat kesimpulan begini, '' C berhubung kait dengan A,'' dan bukan ''C disebabkan A.''

Aku beri contoh. {2}Amalan mengunyah daun qot berhubung kait dengan leukoplakia. Atas dasar apa kenyataan ini dibuat? Berdasarkan kajian statistik yang menunjukkan bahawa ramai orang yang menagih daun qot menghidap leukoplakia.

Aku dapat terima teori dan hubung kait walaupun tidak seratus peratus penerimaan itu. Cuma aku tak dapat terima fitnah dan tohmahan melulu.

Aku beri lagi contoh. Apabila berlaku rompakan, orang-orang yang terlibat dengan dadah tak kiralah bekas penagih ataupun penagih aktif menjadi mangsa tohmahan utama dalam kes ini. Kalau sekadar suspek tak mengapalah, tapi mereka dihukum secara langsung atau tidak langsung seperti dipulaukan. Mungkin masyarakat berfikir begini. Mereka adalah penghisap dadah(A), maka mereka terdesak dan memerlukan duit(B) dan mereka mencuri(C). Pandangan mereka dapat ditolak mentah-mentah dengan beberapa kenyataan:
1. Tak semestinya orang yang terdesak dan memerlukan duit itu menghisap dadah. Contohnya, suri rumah yang kematian suami.
2. Ada juga orang yang tak terdesak akan mencuri.
3. -Anda isi sendiri-

Banyak lagi kejadian yang menggambarkan realiti mentaliti sebahagian masyarakat kita. Apapun, hidup ini tak semudah ABC. {3}Ilmu itu tak berakhir di huruf C bak kata seorang kakak comel dari Australia.

Jangan mudah menghukum.

Sumber

1.http://en.wikipedia.org/wiki/Graviton
2.Oxford Concise Medical Dictionary cetakan ke-6 m/s 374
3.http://www.youtube.com/watch?v=FE-dibQkN6s

Rabu, 22 April 2009

Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali

Sekali terasa banyak, banyak kali terasa tak cukup

Mula-mula terasa berdosa, lama-lama jadi biasa

Sekejap terasa lama, lama terasa seminit dua

Sekali terasa menyesal, banyak kali terasa pendapatan

Mula-mula terasa diri sendiri teruk, lama-lama terasa seronok

Kali pertama rasa menyampah, lama-lama jadi tak kisah

Ibarat kurap, mula-mula terasa meluat, tapi makin digaru makin lazat

Pesan hamba kepada mereka yang masih suci

Buat jahat jangan sekali

Dari sekali datangnya dua kali

Dan seterusnya berkali-kali

Ibarat kanser yang membunuh diri

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati

Dosa itu hendaklah dibenci

Kerana benci adalah kunci

Selemah-lemah iman di hati.

Senin, 20 April 2009

עבור כל יהודי אנשים

עבור כל יהודי אנשים

מעולם לא הייתי שונא אותך

רק בגלל שאתה יהודי

בשבילי

אתה כמו גם אנשים אחרים

אני לא שונא אנשים.

אבל, אני שונא פשע ו עוול

בשבילי

בדרך כלל אנשים פשע שנאה, ואהבה האמת

לא משנה מי אתה.

אולם, הציונות היא חמס ו עוול.

האם לגרש אנשים מביתן צדק?

הרג ילדים הוא דבר טוב?

בדרך כלל אנשים לא עושים את הדבר הזה.

Jumat, 17 April 2009

Kamis, 16 April 2009

Krisis Jantina #1

Sebelum itu, aku nak bahagikan golongan yang mempunyai krisis jantina ini kepada 2 bahagian iaitu:
1. Tampil seperti lelaki biasa
a. Gay - homoseks
- biseksual
2. Tampil seperti wanita
a. Dari lahir(congenital): hermaphrodite atau khunsa
b. Disebabkan persekitaran(acquired)
1. Luaran: pondan
2. Luaran dan dalaman(melakukan pembedahan): mak nyah

Mungkin pembahagian ini, agak kabur. Tapi, kalau sesiapa yang ada pembahagian yang lebih mantap, bolehlah kongsi di sini.

Ada beberapa persoalan yang aku ingin kongsi di sini berkisar tentang krisis jantina beserta dengan jawapannya.

1. Apa itu golongan lembut?

Golongan lembut yang aku maksudkan, yang menghadapi krisis jantina di sini adalah golongan yang berperwatakan lembut seperti wanita. Jadi golongan lelaki yang lemah-lembut dan sopan-santun yang juga dikenali sebagai gentleman terkecuali daripada golongan ini. Secara psikologinya dalam diri manusia ada 2 jenis perwatakan iaitu perwatakan lelaki dan wanita. Perwatakan seseorang itu bergantung kepada kecenderungan antara salah satu perwatakan dalam diri mereka sama ada lelaki atau wanita.

Golongan gentleman ini mempunyai perwatakan lelaki yang dominan. Tetapi, perwatakan wanita mereka lebih tinggi daripada lelaki biasa. Contohnya, lebih memahami, kemas, tersusun yang biasanya ada pada wanita. Namun, perwatakan wanita itu tidak melebihi perwatakan lelaki mereka.

Golongan lelaki lembut kedua ini atau dikenali sebagai pondan, sotong, auww dan sebagainya mempunyai perwatakan wanita yang dominan. Maksud aku, melampaui had sebagai seorang lelaki seperti bersolek, mengada-ngada melembutkan suara dan sebagainya.

2. Salahkah kami menjadi pondan atau gay? Di mana kebebasan kami?

Kalau anda seorang Muslim, di sini aku sertakan sedikit dalil.

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas:
Rasulullah melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi "halau mereka dari rumahmu. "

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan wan ita yang berpakaian seperti lelaki

Untuk dalil al-Quran, anda boleh rujuk kisah kaum Nabi Lut.

Bagi aku, golongan yang mengalami krisis jantina ini adalah golongan yang berpenyakit. Secara psikiatrik dan psikologi. InsyaAllah dalam post aku yang datang, aku akan huraikan sedikit sebanyak tentang hal ini.

Golongan berpenyakit perlu dirawat supaya kembali menjad
i normal.

Kebebasan?

Aku ada menonton video di laman youtube.com. Berikut adalah quote dari video tersebut.

''Kebebasan itu tak bererti kita boleh buat sesuka hati kita, tetapi kebebasan itu adalah kita boleh melakukan kebaikan tanpa takut kepada orang lain.''

3. Ada kawan aku bertanya, ''Kenapa kau berminat sangat nak kaji pasal krisis jantina?''

Kerana mereka golongan berpenyakit. Pesakit mental lebih tepat lagi. Jadi, aku rasa bertanggungjawab untuk merawat golongan ini. Kalau penyakit lain, doktor membuat diagnosis dahulu sebelum merawat, begitu juga untuk golongan ini. Kita kena fahami dahulu punca mereka jadi begini.


Sejak akhir-akhir ini, golongan lelaki songsang ini semakin outspoken dan dan tidak segan silu menzahirkan identiti mereka. Mereka mengalami desensitization akibat selalu dikutuk dan tidak peduli cakap orang lain. ''Sekurang-kurangnya aku tak hipokrit,'' merupakan kenyataan yang memualkan yang aku dengar dari mereka.

Argghhh, geramnya.

Bagi sesiapa yang mempunyai kawan atau sesiapa saja orang yang terdekat yang menghadapi krisis jantina, aku minta tolong sangat-sangat supaya menasihati mereka. Sama-sama berganding bahu bagi menyelesaikan masalah ini.


Nantikan artikel aku seterusnya mengenai krisis jantina. Baca dulu tulisan
Profesor Madya Teh Yik Koon.

Sabtu, 11 April 2009

Otak, Bahasa Dan Personaliti





Dalam otak manusia, ada dua kawasan yang mempengaruhi input dan output manusia terhadap bahasa. Kawasan-kawasan tersebut dikenali sebagai Wernicke dan Broca. Kawasan Wernicke mempengaruhi input atau penerimaan manusia terhadap bahasa. Mungkin disebabkan kawasan ini terletak antara kawasan penglihatan(terletak di bahagian belakang otak) dan pendengaran(terletak di bahagian tepi otak). Kawasan Broca pula mempengaruhi output bahasa seseorang termasuklah dari segi pengucapan dan penyusunan ayat. Mungkin disebabkan kawasan ini terletak bersebelahan dengan motor area yang mempengaruhi tindakan manusia.

Adakah bahasa mempengaruhi personaliti?














Maklumat ini aku petik dari blog saudara Faisal Tehrani. Menurutnya, Dato Seri Ir Nizar mempunyai kelebihan disebabkan beliau menguasai bahasa Mandarin. Anda sendiri tahu dalam bahasa Mandarin, intonasi yang berbeza mempengaruhi makna perkataan. Berdasarkan kajian, penutur Mandarin lebih sensitif, peka dan terkehadapan. Dan ciri tersebut menjadikan Dato Seri Ir Nizar sesuai menjadi pemimpin.

Banyak seni pertahanan diri lahir di timur. Dan masyarakat timur dikatakan lebih menjaga tatasusila dan adab. Adakah dipengaruhi oleh bahasa?

Seni pertahanan diri melatih pengamalnya menjadi lebih peka dan tangkas. Seperti yang aku tulis di atas, penutur Mandarin lebih sensitif dan peka. Mungkin disebabkan kepekaan itu, lahirlah seni kung fu yang tangkas dan laju. Kadang-kadang pergerakan musuh dari belakang dapat dikesan kerana ada bunyi melawan angin yang terhasil. Begitu juga muay thai yang lahir di kalangan penutur bahasa Siam yang mempunyai lima intonasi(tinggi, sederhana, rendah, menaik dan menurun). Kalau anda perasan, dalam filem atau drama pendekar-pendekar Melayu suka berpantun. Kadangkala berpantun bersulam cabaran sebelum memulakan pertarungan. Orang Melayu suka cakap berlapik walaupun pada hakikatnya mengutuk. Pedas-pedas santan berlada kata pepatah. Lembut tapi membunuh. Lihat saja gerakan-gerakan dalam silat. Lembut dan nampak lemah tapi sebenarnya boleh membawa maut dan boleh membunuh orang seperti Bruce Lee.

Masyarakat timur mementingkan tatasusila dan sopan santun. Dan aku lihat, ia sedikit sebanyak dipengaruhi oleh bahasa. Lihat saja bahasa Jepun. Untuk membahasakan diri sendiri sahaja, sudah ada 3 perkataan iaitu watashi, ore dan boku. Seperti bahasa Melayu juga. Untuk bercakap dengan raja, kawan-kawan dan orang yang lebih tua menggunakan 'saya' versi yang berbeza. Izinkan aku bercerita mengenai pengalaman sendiri. Di sini, di negara Arab, aku tak teragak-agak untuk bersembang, menegur malah mengkritik orang tua dan terlalu tua berbanding di Malaysia yang mana aku bertindak 'malu-malu kucing' dan 'malu tak bertempat'. Mungkin disebabkan penggunaan 'ana' yang sama dan penggunaan 'saya' yang berbeza. Bak kata orang, dengan raja pun kita boleh berana-entum.

Bahasa dan pembelajaran.

Pada pendapat aku, bahasa sendiri adalah paling sesuai untuk seseorang memahami pelajaran. Bukan aku nak membangkang pelaksanaan bahasa lain dalam pembelajaran, cuma dengan bahasa sendiri penerimaan maklumat lebih pantas. Mungkin juga bergantung kepada tahap kecekapan dan kefasihan seseorang dalam bahasa tersebut. Namun, setiap orang berfikir menggunakan bahasa sendiri untuk memahami apa-apa perkara. Penggunaan bahasa lain itu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membiasakan pelajar dengan bahasa tersebut supaya para pelajar dapat mengeksploitasi sumber ilmu dengan lebih meluas. Tak kira dari bahasa sendiri atau bahasa lain.

Walaupun mak aku penyokong PPSMI, beliau juga mengajar menggunakan bahasa Melayu untuk memahamkan pelajar. Mana mungkin budak-budak yang ubunnya belum keras dan bersekolah di sekolah gred C nak memahami Matematik terus dari Bahasa Inggeris. Namun, perlukan latihan yang berterusan.

Aku berasa agak pelik kerana ada pihak yang mendakwa bahawa anak-anak Melayu lemah dalam Matematik disebabkan masalah bahasa. Bahasa Melayu mempunyai suku kata yang panjang katanya. Dan dibuat perbandingan dengan pelajar Cina yang cekap Matematik yang bertutur dengan angka-angka Cina yang mempunyai satu suku kata. Lalu, mereka mencipta satu kaedah Matematik yang memendekkan suku kata untuk angka dalam bahasa Melayu. Jadi lebih mudah untuk menghafal sifir.

Menurut pemerhatian aku terhadap kawan-kawan dan diri sendiri, kami dapat menghafal sifir melalui pengulangan. Tiap hari lepas perhimpunan kami membaca sifir. Kaedah pengulangan dapat menjana memori jangka panjang. Berdarah daging dan menjadi DNA bak kata penulis nota Sistem Saraf yang berbangsa Arab. Jadi, tiada masalah bahasa di sini.

Walaubagaimanapun, aku tak mengutuk pun pencipta kaedah tersebut. Cuma kaedah mereka lebih sesuai untuk memori jangka pendek. Anda boleh menghafal 265867697565879070675876797 dalam masa yang singkat? Pengamal kaedah tersebut mempunyai kelebihan di sini.

Mengapa di Malaysia ramai peguam terdiri daripada kalangan orang yang berbangsa Tamil? Kalau anda perasan, penutur Tamil bercakap dengan laju dan deras sekali. Menurut fikiran aku, Wernicke mereka bekerja dengan laju untuk menangkap pertuturan tersebut dan Broca mereka bekerja dengan laju juga untuk memeningkan orang lain. Haha. Mungkin dengan faktor tersebut mereka mempunyai kelebihan menjadi peguam. Mereka dapat berfikir dengan cepat dan tangkas dalam memahami hujah lawan dan seterusnya mematikan hujah lawan.

Aku ada seorang kawan kacukan Arab dan India. Dan beliau merupakan pelajar yang cemerlang dan berjaya menempatkan diri dalam top ten batch kami. Mungkin kerana genetik Arab beliau yang menjadi otak fotostat bak kata Abang Muz dan genetik India yang berfikir tangkas. Otak keling bak kata Abang Was.

Orang yang berbilang bahasa mempunyai berbilang personaliti?


Gambar hiasan. Jose Rizal, seorang pejuang kemerdekaan Filipina yang dikatakan mengetahui lebih kurang 2o bahasa. 20 bahasa=20 personaliti?

'Mustahil ada orang boleh tahu 20 bahasa,' kata Pak Cik Mamduh.

Tak percaya sudah. Ada saja manusia yang tahu lebih 50 bahasa antara fasih tak fasih seperti Ziad Fazah.




Kejap bau budu, kejap bau laban. Begitulah personaliti penutur berbilang bahasa. Mungkin itu menjadi sebab bangsa Melayu lebih mudah menerima orang lain kerana Bahasa Melayu itu sebenarnya terhasil daripada banyak bahasa. Cepat mesra dan peramah. Ada saja di kalangan kami yang menjadi berani ketika berbahasa Arab dan bersopan-santun ketika berbahasa Melayu. Namun, Abang Kar tetap menjadi Korea walaupun tak memahami bahasa tersebut. Hehe.

Di sini, aku kongsikan kepada anda pautan-pautan laman web yang membincangkan bahasa dan personalti. Tak larat aku nak huraikan di sini. Anda boleh baca sendiri.

1.http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/04/dato-seri-ir-nizar-jamaluddin-sebagai.html
2.http://bps-research-digest.blogspot.com/2006/04/change-your-personality-learn-new.html
3.http://www.neurosciencemarketing.com/blog/articles/language-personality.htm
4.http://languagelog.ldc.upenn.edu/nll/?p=284


Siapa dapat terjemah, aku bagi hadiah, insyaAllah.











p/s Aku letak banyak perkataan 'mungkin'. Bermakna aku sendiri pun tak pasti. Tapi, disebabkan perkara-perkara tersebut banyak berlaku seiringan, maka aku pun keluarkan kenyataan 'mungkin' tersebut. Bak kata orang putih 'associate'. Anda kan penutur Bahasa Melayu yang sensitif.

Muhasabah















Kadang-kadang ada banyak perkara yang paradoks berlaku di sekeliling kita

Yang kita sangkakan begini tapi jadi bertentangan dengan apa yang kita fikir

Walaupun apa yang kita fikir betul dan apa yang berlaku itu juga benar

Nampak bertentangan kerana

Kurang penjelasan

Kurang pemahaman

Dan selalunya salah faham

Berbincanglah

Kita memerlukan orang lain

Untuk membetulkan kita

Untuk meleraikan kekusutan kita

Walaupun pada hakikatnya kita hidup sendiri

Dalam dunia sendiri

Di atas jalan sendiri

Namun, hargailah persimpangan pertemuan antara jalan-jalan kita

Sabtu, 04 April 2009

Warkah Buat Sahabat

Dia bertanya aku. Waktu itu, kami sedang menghirup udara nyaman di belakang tandas surau. Sambil menikmati kehijauan sekitar Bukit Mahkota.

''Kapal apa yang paling kuat?''

''Kapal selam.'' Kapal selam dapat menahan tekanan yang tinggi di bawah paras laut.

''Salah. Ada lagi yang lebih kuat.''

''Kapal korek?''

''Salah.''

''Jadi, apa?''

''Friendship.'' Friend=kawan, ship=kapal tetapi friendship=persahabatan.

Betul. Sekuat-kuat kapal selam pun akan hancur juga dimakan karat, ditelan zaman. Tapi, persahabatan sejati akan bertahan, kekal hingga kiamat, insyaAllah.

Apa maksud sahabat?

Kalau anda bertanya orang Arab, mereka mungkin mengatakan bahawa sahabat itu shodeeq. Berasal daripada kata akar yang sama, kalimah shiddeeq dan shodiq juga membawa maksud yang signifikan. Membenarkan dan jujur. Sahabat yang sejati akan berlaku jujur dan berbaik sangka dengan sahabatnya. Dan jangan lupa kalimah shodaqah, juga berasal daripada kata akar yang sama. Menjadi sahabat tak bererti untuk menerima, tetapi untuk memberi. Seperti sedekah.

Orang Arab juga menggunakan perkataan shohb untuk merujuk kepada sahabat. Ibarat shohib(pemilik), sahabat anda sebenarnya memiliki anda dan begitulah sebaliknya. Saling memiliki tanggungjawab. Menuntun ke jalan yang benar sebaiknya. Atau setidak-tidaknya jangan meracuni pemikiran mereka. Nak buat jahat, buatlah seorang diri dan kalau nak buat baik, biarlah berjemaah. Begitulah kata seorang 'pujangga' ketika memberi nasihat.

Tanya pula orang Turki, apa maksud sahabat. Mereka mungkin akan mengatakan arkadaş. Kalimah arkadaş mempunyai sebutan seakan-akan kardeş yang bererti saudara. Benar. Hubungan antara sahabat itu ibarat hubungan persaudaraan. Kalimah ahbap berkongsi penggunaan yang sama. Tapi, ia mempunyai maksud yang lain iaitu benih. Benar. Benih-benih persahabatan bertunas menjadi buddy(kalimah Inggeris, bud=tunas, buddy=mesra/sahabat).

Dalam bahasa Inggeris, orang yang peramah dipanggil friendly. Diambil daripada kalimah friend. Kadang-kadang ada orang yang pendiam dalam satu kelompok masyarakat, tapi berubah menjadi peramah ketika bersama sahabat. Tiadalah istilah 'Teman Tapi Mesra'. Yang ada hanya 'Teman dan Mesra'.

Ami(bahasa Perancis) tetap sahabat biarpun dia datang dan pergi menjadi amigo(bahasa Sepanyol dan Filipina). Sahabat itu datang dan pergi. Tiada yang menemankan anda sebagai temen(bahasa Indonesia) sepanjang waktu. Hargailah persahabatan tatkala bertemu.

Walau pelbagai bahasa, tetap membawa maksud yang sama.

''Musti dosti karoge?''

Kamis, 02 April 2009

Baik Dan Buruk #1

Izinkan aku memulakan karangan ini dengan satu hikayat...

Seorang pemuda datang ke kedai gunting rambut. Tak dapat dipastikan apakah manhaj dan akidah yang dipegang oleh pemuda tersebut. Namun, itu tidak mempengaruhi jalan cerita ini. Tunggu dan terus menunggu dan akhirnya tibalah giliran pemuda mengambil posisi untuk ditebas rambutnya.

Kelihatan si tukang gunting rambut amat mesra dan peramah. Kemesraan beliau sedikit sebanyak menghiburkan hati si pemuda yang terpaksa menunggu proses penebasan dan pembentukan rambut beliau. Agak memakan masa. Lagipun, waktu itu tinggal mereka berdua di kedai. Tiada orang lain.

Lantas, si pemuda mengambil kesempatan untuk bertanyakan soalan yang mengusutkan jiwa dan raganya itu.

''Encik. Kalau Tuhan itu wujud, kenapa ada orang yang baik dan ada orang yang jahat?''

Tukang gunting rambut tergamam. Namun, beliau mendiamkan diri. Seolah-olah sedang berfikir. Sambil memberi laluan kepada pemuda menghabiskan ayatnya.

''Kalau kebaikan itu datang dari Tuhan, dari mana datang keburukan? Bukan dari Tuhan juga ke? Kenapa Dia datangkan kebaikan dan dalam masa yang sama mendatangkan keburukan?''

''Begini..'', tukang gunting memulakan bicara. Nampak tegas suaranya.

''Sebelum Encik datang berjumpa saya, Encik ada berjumpa orang yang berambut panjang, yang tak stylo tak? Macam saya potong rambut Encik ini.''

''Bukan yang berambut panjang saja, yang rambut serabai macam tak pernah jumpa gunting pun ada.''

''Jadi, adakah itu bermakna tukang gunting rambut tak wujud.''

''Haha. Kalau tukang gunting tak wujud, jadi siapa yang sedang menggunting rambut saya sekarang ini? Hantu ke? Gurau saja, Encik. Sebenarnya salah mereka juga. Bukan tukang gunting tak ada, tapi mereka yang tak nak berjumpa tukang gunting.''

''Jadi, jangan salahkan Tuhan kalau ada orang berbuat jahat. Mereka yang tak nak kembali kepada Tuhan.''

Tamat.

Ini baru pengenalan bagi beberapa siri entri aku mengenai baik dan buruk.

Persoalannya.

Mengapa perlu dikategorikan setiap perkara itu ada yang baik dan ada yang buruk?

Menurut ilmu etika dan falsafah, manusia dibahagikan kepada dua iaitu normal dan deviant(menurut Kamus Oxford bermaksud melencong). Golongan deviant perlu dipulihkan supaya mereka hidup seperti orang yang normal. Orang yang jahat perlu ditarbiyah supaya menjadi sikah, dan orang yang sakit perlu dirawat supaya menjadi sihat.

Tapi, apakah takrifan baik dan buruk?

Ada pelbagai takrifan. Insyaallah aku akan tulis dalam entri yang berikutnya. Berikut adalah takrifan seorang ahli falsafah Perancis tentang makna Kejahatan.

''Kejahatan itu adalah sesuatu yang kita tentang, yang ada tapi tak patut ada. Penentangan kita terhadap kejahatan bukanlah untuk melupuskannya, bahkan untuk mengurangkan kesan negatif demi kemaslahatan manusia.''