Senin, 27 April 2009

Hubung Kait


Mula-mula sekali, aku nak terangkan mengenai gambarajah yang aku sediakan ini.

Gambarajah ini boleh difahami dengan ayat berikut:

A menyebabkan B, dan B menyebabkan C. Maka, A mempunyai kaitan dengan kewujudan C.

Aku ada terdengar kata-kata ini.

''Manusia makan ikan dan ikan makan ulat. Tapi tak semestinya manusia makan ulat.''

Aku nak sentuh sedikit mengenai teori.

Menurut apa yang aku faham, teori adalah hasil pemerhatian manusia terhadap sesuatu secara berulang-ulang, dengan mengikut kaedah penyiasatan. Seperti yang kita belajar untuk melakukan sesuatu eksperimen. Teori itu terhasil daripada hipotesis. Kemudian, hipotesis ini diuji dengan membuat eksperimen yang baru. Setelah mendapat hasil yang sama, maka hipotesis ini diterima dan menjadi teori. Teori hanya dapat menerangkan mekanisme yang belum betul terbukti. Bermakna, A itu jelas, C itu pun jelas, hanya B yang masih kabur.

Contohnya, Teori Graviti. Apabila satu objek dicampak ke atas(A), maka objek itu akan jatuh(C). Persoalannya, apa yang menyebabkan objek itu jatuh? Dan persoalan ini memerlukan mekanisme(B) untuk menerangkan hubung kait antara A dan C. {1}Menurut Teori Graviti, objek tersebut jatuh disebabkan adanya partikel yang dipercayai wujud yang dinamakan graviton. Graviton itu masih tak terbukti lagi kewujudannya. Dan aku tak dapat terangkan lebih lanjut kerana aku sendiri tak mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam.

Apa pula association atau hubung kait?

Hubung kait ini hampir sama dengan teori. Bezanya dalam teori memang A yang menyebabkan C dan dalam hubung kait A belum tentu menyebabkan C.

Jadi, bagaimana boleh timbul persoalan C disebabkan oleh A?

Disebabkan pertambahan/penurunan C berlaku seiring dengan pertambahan/penurunan A. Jadi, orang akan tertanya-tanya, adakah perubahan pada A mempengaruhi perubahan pada C. Lalu, penyelidik akan membuat kajian berdasarkan ilmu statistik dahulu. Mengambil sampel, menyusun data dan membuat kesimpulan. Dan biasanya mereka akan buat kesimpulan begini, '' C berhubung kait dengan A,'' dan bukan ''C disebabkan A.''

Aku beri contoh. {2}Amalan mengunyah daun qot berhubung kait dengan leukoplakia. Atas dasar apa kenyataan ini dibuat? Berdasarkan kajian statistik yang menunjukkan bahawa ramai orang yang menagih daun qot menghidap leukoplakia.

Aku dapat terima teori dan hubung kait walaupun tidak seratus peratus penerimaan itu. Cuma aku tak dapat terima fitnah dan tohmahan melulu.

Aku beri lagi contoh. Apabila berlaku rompakan, orang-orang yang terlibat dengan dadah tak kiralah bekas penagih ataupun penagih aktif menjadi mangsa tohmahan utama dalam kes ini. Kalau sekadar suspek tak mengapalah, tapi mereka dihukum secara langsung atau tidak langsung seperti dipulaukan. Mungkin masyarakat berfikir begini. Mereka adalah penghisap dadah(A), maka mereka terdesak dan memerlukan duit(B) dan mereka mencuri(C). Pandangan mereka dapat ditolak mentah-mentah dengan beberapa kenyataan:
1. Tak semestinya orang yang terdesak dan memerlukan duit itu menghisap dadah. Contohnya, suri rumah yang kematian suami.
2. Ada juga orang yang tak terdesak akan mencuri.
3. -Anda isi sendiri-

Banyak lagi kejadian yang menggambarkan realiti mentaliti sebahagian masyarakat kita. Apapun, hidup ini tak semudah ABC. {3}Ilmu itu tak berakhir di huruf C bak kata seorang kakak comel dari Australia.

Jangan mudah menghukum.

Sumber

1.http://en.wikipedia.org/wiki/Graviton
2.Oxford Concise Medical Dictionary cetakan ke-6 m/s 374
3.http://www.youtube.com/watch?v=FE-dibQkN6s

3 komentar:

muiz mengatakan...

Saudara penulis diharap tidak menaruh apa-apa terhadap kakak dari Australia itu ya. Sila setia wahai guntur. Kalau tak nanti aku bagi karate chop kat tengkuk ko.

neem mengatakan...

manusia mmg suka menghukum. suka tgk pada apa yg telah terjadi, bkn pada apa yg menyebabkn ia terjadi.

guntur mengatakan...

Muiz

Aku tak pandang paras rupa tapi........

Neem

Jadi, sila bersangka baik sambil berhati-hati