Sebelum itu, aku nak bahagikan golongan yang mempunyai krisis jantina ini kepada 2 bahagian iaitu:
1. Tampil seperti lelaki biasa
a. Gay - homoseks
- biseksual
2. Tampil seperti wanita
a. Dari lahir(congenital): hermaphrodite atau khunsa
b. Disebabkan persekitaran(acquired)
1. Luaran: pondan
2. Luaran dan dalaman(melakukan pembedahan): mak nyah
Mungkin pembahagian ini, agak kabur. Tapi, kalau sesiapa yang ada pembahagian yang lebih mantap, bolehlah kongsi di sini.
Ada beberapa persoalan yang aku ingin kongsi di sini berkisar tentang krisis jantina beserta dengan jawapannya.
1. Apa itu golongan lembut?
Golongan lembut yang aku maksudkan, yang menghadapi krisis jantina di sini adalah golongan yang berperwatakan lembut seperti wanita. Jadi golongan lelaki yang lemah-lembut dan sopan-santun yang juga dikenali sebagai gentleman terkecuali daripada golongan ini. Secara psikologinya dalam diri manusia ada 2 jenis perwatakan iaitu perwatakan lelaki dan wanita. Perwatakan seseorang itu bergantung kepada kecenderungan antara salah satu perwatakan dalam diri mereka sama ada lelaki atau wanita.
Golongan gentleman ini mempunyai perwatakan lelaki yang dominan. Tetapi, perwatakan wanita mereka lebih tinggi daripada lelaki biasa. Contohnya, lebih memahami, kemas, tersusun yang biasanya ada pada wanita. Namun, perwatakan wanita itu tidak melebihi perwatakan lelaki mereka.
Golongan lelaki lembut kedua ini atau dikenali sebagai pondan, sotong, auww dan sebagainya mempunyai perwatakan wanita yang dominan. Maksud aku, melampaui had sebagai seorang lelaki seperti bersolek, mengada-ngada melembutkan suara dan sebagainya.
2. Salahkah kami menjadi pondan atau gay? Di mana kebebasan kami?
Kalau anda seorang Muslim, di sini aku sertakan sedikit dalil.
Diriwayatkan oleh Ibn Abbas:
Rasulullah melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi "halau mereka dari rumahmu. "
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan wan ita yang berpakaian seperti lelaki
Untuk dalil al-Quran, anda boleh rujuk kisah kaum Nabi Lut.
Bagi aku, golongan yang mengalami krisis jantina ini adalah golongan yang berpenyakit. Secara psikiatrik dan psikologi. InsyaAllah dalam post aku yang datang, aku akan huraikan sedikit sebanyak tentang hal ini.
Golongan berpenyakit perlu dirawat supaya kembali menjadi normal.
Kebebasan?
Aku ada menonton video di laman youtube.com. Berikut adalah quote dari video tersebut.
''Kebebasan itu tak bererti kita boleh buat sesuka hati kita, tetapi kebebasan itu adalah kita boleh melakukan kebaikan tanpa takut kepada orang lain.''
3. Ada kawan aku bertanya, ''Kenapa kau berminat sangat nak kaji pasal krisis jantina?''
Kerana mereka golongan berpenyakit. Pesakit mental lebih tepat lagi. Jadi, aku rasa bertanggungjawab untuk merawat golongan ini. Kalau penyakit lain, doktor membuat diagnosis dahulu sebelum merawat, begitu juga untuk golongan ini. Kita kena fahami dahulu punca mereka jadi begini.
Sejak akhir-akhir ini, golongan lelaki songsang ini semakin outspoken dan dan tidak segan silu menzahirkan identiti mereka. Mereka mengalami desensitization akibat selalu dikutuk dan tidak peduli cakap orang lain. ''Sekurang-kurangnya aku tak hipokrit,'' merupakan kenyataan yang memualkan yang aku dengar dari mereka.
Argghhh, geramnya.
Bagi sesiapa yang mempunyai kawan atau sesiapa saja orang yang terdekat yang menghadapi krisis jantina, aku minta tolong sangat-sangat supaya menasihati mereka. Sama-sama berganding bahu bagi menyelesaikan masalah ini.
Nantikan artikel aku seterusnya mengenai krisis jantina. Baca dulu tulisan Profesor Madya Teh Yik Koon.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
6 komentar:
1. kawe raso kawe memiliki sifat2 gentleman seperti yang dinyatakan.. keh3
2. quote: "...pondan, sotong, auww dan...".. tambah satu lagi, kat msia istilah koq juga semakin popular
3. wa sangat-sangat mengharapkan semoga ada yang dapat mengambil manfaat drp entry ini dan yang seterusnya
4. menanti dgn tabah utk post "Krisis Jantina #2" dan yang seterusnya
5. dan... dude, gambar yang disertakan sangat-sangat menggelikan. blegh...
betul tu dude... gambar last tu sgt pro-emetic...
Faiz Shukri
1.Harus dibezakan antara gentleman dengan gentelman
2.Terima kasih atas istilah.Banyak lagi sebenarnya istilah mereka.Ponen.Waria(Indonesia),Hijra(Pakistan)
dan Tont(Arab)
3.Wa pun harap begitu
4.Wa sedang jalankan kajian secara kecil-kecilan dan tak ponteng kelas yang berkaitan.Harap dapat bertalaqi dengan sheikh-sheikh psikiatrik.Teruskan menunggu.
5.Cukup menggelikan.Hilang selera makan sebentar.
Muiz
Cukup berguna untuk orang yang mengalami keracunan makanan dan tercekik.
salam ziarah.....hu3....hebat perincian demo bkaitan geng gila sawan nih....hu3....
tapi....ado hok marah kt kawe....ha3....tulis sal dorang....kunun ktuk....bkan ktuk....bg sedaq skit kan???...
wateva....truskan mnddhkn apa yg bnar...
TQ2 atas info. kita x blh salahkan mereka jgk. sbb ada sebab2 bakpo dorg jadi lagu tu
p/s: aku geli lah tgk gmbr tu..
geli gak!
heh..
golongan ni entah kenapa makin ditonjol2kan dalam media..
apa2 drama @ filem, sllnya akan ada 1 watak lelaki lembut.
perlu ke?
heh
Posting Komentar