Izinkan aku memulakan karangan ini dengan satu hikayat...
Seorang pemuda datang ke kedai gunting rambut. Tak dapat dipastikan apakah manhaj dan akidah yang dipegang oleh pemuda tersebut. Namun, itu tidak mempengaruhi jalan cerita ini. Tunggu dan terus menunggu dan akhirnya tibalah giliran pemuda mengambil posisi untuk ditebas rambutnya.
Kelihatan si tukang gunting rambut amat mesra dan peramah. Kemesraan beliau sedikit sebanyak menghiburkan hati si pemuda yang terpaksa menunggu proses penebasan dan pembentukan rambut beliau. Agak memakan masa. Lagipun, waktu itu tinggal mereka berdua di kedai. Tiada orang lain.
Lantas, si pemuda mengambil kesempatan untuk bertanyakan soalan yang mengusutkan jiwa dan raganya itu.
''Encik. Kalau Tuhan itu wujud, kenapa ada orang yang baik dan ada orang yang jahat?''
Tukang gunting rambut tergamam. Namun, beliau mendiamkan diri. Seolah-olah sedang berfikir. Sambil memberi laluan kepada pemuda menghabiskan ayatnya.
''Kalau kebaikan itu datang dari Tuhan, dari mana datang keburukan? Bukan dari Tuhan juga ke? Kenapa Dia datangkan kebaikan dan dalam masa yang sama mendatangkan keburukan?''
''Begini..'', tukang gunting memulakan bicara. Nampak tegas suaranya.
''Sebelum Encik datang berjumpa saya, Encik ada berjumpa orang yang berambut panjang, yang tak stylo tak? Macam saya potong rambut Encik ini.''
''Bukan yang berambut panjang saja, yang rambut serabai macam tak pernah jumpa gunting pun ada.''
''Jadi, adakah itu bermakna tukang gunting rambut tak wujud.''
''Haha. Kalau tukang gunting tak wujud, jadi siapa yang sedang menggunting rambut saya sekarang ini? Hantu ke? Gurau saja, Encik. Sebenarnya salah mereka juga. Bukan tukang gunting tak ada, tapi mereka yang tak nak berjumpa tukang gunting.''
''Jadi, jangan salahkan Tuhan kalau ada orang berbuat jahat. Mereka yang tak nak kembali kepada Tuhan.''
Tamat.
Ini baru pengenalan bagi beberapa siri entri aku mengenai baik dan buruk.
Persoalannya.
Mengapa perlu dikategorikan setiap perkara itu ada yang baik dan ada yang buruk?
Menurut ilmu etika dan falsafah, manusia dibahagikan kepada dua iaitu normal dan deviant(menurut Kamus Oxford bermaksud melencong). Golongan deviant perlu dipulihkan supaya mereka hidup seperti orang yang normal. Orang yang jahat perlu ditarbiyah supaya menjadi sikah, dan orang yang sakit perlu dirawat supaya menjadi sihat.
Tapi, apakah takrifan baik dan buruk?
Ada pelbagai takrifan. Insyaallah aku akan tulis dalam entri yang berikutnya. Berikut adalah takrifan seorang ahli falsafah Perancis tentang makna Kejahatan.
''Kejahatan itu adalah sesuatu yang kita tentang, yang ada tapi tak patut ada. Penentangan kita terhadap kejahatan bukanlah untuk melupuskannya, bahkan untuk mengurangkan kesan negatif demi kemaslahatan manusia.''
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
1 komentar:
aisehman bro.sape yg musnah kan gila-gila ko.syg wei.aku pnh kumpol stwon pnye issue.ingt nk compile kan.skali kene mkn lipas.then aku pndah rumah teros xjumpe dah.ade sekali aku pg bundle dkt ipoh,ade jual Gila-gila lambak2.banayk issue2 lame
Posting Komentar