Sabtu, 04 April 2009

Warkah Buat Sahabat

Dia bertanya aku. Waktu itu, kami sedang menghirup udara nyaman di belakang tandas surau. Sambil menikmati kehijauan sekitar Bukit Mahkota.

''Kapal apa yang paling kuat?''

''Kapal selam.'' Kapal selam dapat menahan tekanan yang tinggi di bawah paras laut.

''Salah. Ada lagi yang lebih kuat.''

''Kapal korek?''

''Salah.''

''Jadi, apa?''

''Friendship.'' Friend=kawan, ship=kapal tetapi friendship=persahabatan.

Betul. Sekuat-kuat kapal selam pun akan hancur juga dimakan karat, ditelan zaman. Tapi, persahabatan sejati akan bertahan, kekal hingga kiamat, insyaAllah.

Apa maksud sahabat?

Kalau anda bertanya orang Arab, mereka mungkin mengatakan bahawa sahabat itu shodeeq. Berasal daripada kata akar yang sama, kalimah shiddeeq dan shodiq juga membawa maksud yang signifikan. Membenarkan dan jujur. Sahabat yang sejati akan berlaku jujur dan berbaik sangka dengan sahabatnya. Dan jangan lupa kalimah shodaqah, juga berasal daripada kata akar yang sama. Menjadi sahabat tak bererti untuk menerima, tetapi untuk memberi. Seperti sedekah.

Orang Arab juga menggunakan perkataan shohb untuk merujuk kepada sahabat. Ibarat shohib(pemilik), sahabat anda sebenarnya memiliki anda dan begitulah sebaliknya. Saling memiliki tanggungjawab. Menuntun ke jalan yang benar sebaiknya. Atau setidak-tidaknya jangan meracuni pemikiran mereka. Nak buat jahat, buatlah seorang diri dan kalau nak buat baik, biarlah berjemaah. Begitulah kata seorang 'pujangga' ketika memberi nasihat.

Tanya pula orang Turki, apa maksud sahabat. Mereka mungkin akan mengatakan arkadaş. Kalimah arkadaş mempunyai sebutan seakan-akan kardeş yang bererti saudara. Benar. Hubungan antara sahabat itu ibarat hubungan persaudaraan. Kalimah ahbap berkongsi penggunaan yang sama. Tapi, ia mempunyai maksud yang lain iaitu benih. Benar. Benih-benih persahabatan bertunas menjadi buddy(kalimah Inggeris, bud=tunas, buddy=mesra/sahabat).

Dalam bahasa Inggeris, orang yang peramah dipanggil friendly. Diambil daripada kalimah friend. Kadang-kadang ada orang yang pendiam dalam satu kelompok masyarakat, tapi berubah menjadi peramah ketika bersama sahabat. Tiadalah istilah 'Teman Tapi Mesra'. Yang ada hanya 'Teman dan Mesra'.

Ami(bahasa Perancis) tetap sahabat biarpun dia datang dan pergi menjadi amigo(bahasa Sepanyol dan Filipina). Sahabat itu datang dan pergi. Tiada yang menemankan anda sebagai temen(bahasa Indonesia) sepanjang waktu. Hargailah persahabatan tatkala bertemu.

Walau pelbagai bahasa, tetap membawa maksud yang sama.

''Musti dosti karoge?''

3 komentar:

Muiz mengatakan...

Guntur pandai pelbagai bahasa. Macam sesorang yang Guntur gemar akan blognya.

guntur mengatakan...

Kata-kata dapat menyentuh jiwa.
Biar jauh dari mata, biar jauh beribu hasta.

niey mengatakan...

naam