Selasa, 17 Februari 2009

Jangan Main Api

Anda pernah dengar kebakaran besar berpunca dari puntung rokok, ubat nyamuk dan bunga api?
Dari nyalaan ubat nyamuk yang nampak tak merbahaya, yang tak mencabar, merebak ke langsir, dari langsir ke pintu dan dinding dan ke serata rumah.

Waktu sekolah dulu, aku ada menghadiri kursus kebakaran. Antara tidur dan jaga, aku sempat mendengar ada tiga rukun kebakaran iaitu haba, bahan bakar dan udara(oksigen). Lukis segi tiga dan letak setiap faktor pada setiap sudut segi tiga tersebut. Apabila satu sudut hilang, maka segi tiga itu pun tak wujud. Begitu juga dengan rukun kebakaran. Apabila tiada salah satu, maka kebakaran dapat dihentikan, insyaAllah.

Halang kebakaran daripada merebak dengan menghapuskan salah satu faktor tersebut. Sebelum kebakaran menjadi lebih besar dan menghalang anda daripada memadamkannya.

Sebenarnya, aku bukan nak bercerita mengenai kebakaran, perenggan di atas adalah analogi untuk ruangan muhasabah kali ini.

Aku pernah membuat kesilapan yang tidaklah sebesar mana 2 tahun lepas, namun sampai sekarang aku merasa sedikit sengsara akibat kesalahan kecil itu. Dimarah, dikutuk, diumpat, di'bahan', didenda bahkan kebebasan agak tersekat.

Siapa sangka kesilapan yang tak sebesar mana menjadi masalah besar hingga sekarang. Siapa sangka dari api kecil boleh terbakar satu hutan. Cegah sebelum merebak.

Berhati-hati dengan semua orang. Dari seorang yang tahu, tak mustahil satu negara akan tahu. Ibarat api merebak bahkan mungkin lebih pantas.

Pepatah Melayu ada mengatakan, 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.' Begitu juga dengan pepatah Inggeris, 'Tiada guna menangis di atas susu yang tumpah.'

Akhir kata, jangan main api.

3 komentar:

Anonim mengatakan...

Saudara diharap tidak ambil hati dengan kata - kata mereka. Kalau sekalipun mereka mengejek, sampai bila? Saudara dan mereka akan mempunyai isteri dan anak masing - masing. Jadi tak mungkin mereka masih mahu ungkit kisah itu didepan isteri dan anak - anak saudara.

Saya yakin saudara sudah cukup matang untuk maju ke hadapan dan melupakan kisah - kisah lama itu. Apapun yang berlaku, itu bukan diri saudara yang kini. Saudara sekarang sudah menjadi semakin matang dan peka akan situasi di sekeliling.

Jangan kecewa dengan tindakan mereka. Ambil sahaja apa - apa pengajaran yang boleh dipelajari. Lagipun, mereka bukan tahu susah payah yang telah saudara lalui.
Semuanya saudara tanggung sendiri.

Pada hemat saya, saudara lebih matang berbanding mereka dalam hal - hal sebegini. Jadi serlahkan kematangan saudara yang telah saudara bina dari pelbagai pengalaman. Ini lebih berkesan untuk menutup mulut mereka.

Akhir kata saya petik 1 pepatah inggeris yang mashur; "Action speaks louder than words".

guntur mengatakan...

Terima kasih kepada Saudara/i Anonim. Mungkin saudara salah faham tentang post saya ini. Tapi, tak mengapalah. Mungkin saudara dapat mengambil pengajaran dari sudut yang lain. Post ini sekadar muhasabah tentang kesalahan yang lalu. Itu saja.

Faiz Shukri mengatakan...

Saya rasa ini SAUDARI anonim ni yang menulis. boleh agak ni..

ape2 pun sy setuju.. saudara memang dh byk berubah. dan saya rasa saudara boleh jd lebih baik lg dr jelmaan saudara - abang botak. hik3