Minggu, 30 Agustus 2009

Sembang Tentang Novel

Tengah hari tadi, aku dan Bro Faz bersembang tentang novel-novel yang melambak di pasaran, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Realitinya, kaum laki-laki ada juga peminat novel. Bukan perempuan saja. Tapi bergantung kepada tema yang dibawa. Biasanya aku akan tanya kawan-kawan tentang sesuatu novel sebelum aku sendiri yang baca. Aku biasanya tak akan baca atau beli satu-satu novel melainkan dengan sebab-sebab tertentu.

Populariti penulis novel tersebut

Macam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang aku pesan dari mak aku di Malaysia semata-mata kerana penulisnya adalah Buya Hamka, tokoh terkenal di Indonesia. First impression bak kata orang. Tapi kandungannya dikira OK. Bahasanya indah dan ada mesej. Tak kecewa dibeli.

Begitu juga dengan novel Ukhruj minha ya mal'un(Berambuslah engkau, jahanam). Novel karangan Saddam Hussein itu aku beli di sebuah gerai majalah terpakai lebih setahun lalu. Sampai sekarang aku baru selesai baca 15 muka surat. Saja buat koleksi selain wang kertas yang ada gambar beliau sendiri yang aku ada. Perlukan sedikit masa lagi untuk habiskan lagi 200 muka surat, lebih kurang.

Populariti novel itu sendiri

Macam novel Ayat-ayat Cinta. Secara tak sengaja, aku terjumpa novel ini di rumah kawan aku. Waktu tu, memang dah maklum novel ni menjadi top-seller di Indonesia. Jadi itu antara daya tarikan novel itu yang memaksa aku melepak selama 3 jam di rumah kawan tersebut untuk menghabiskan membaca novel tersebut. Takut tak dapat tidur. Penyedap cerita dalam novel tersebut bagi aku bukannya kisah cintanya, tapi situasi di Mesir itulah sebenarnya perencah yang digunakan oleh Kang Abik bagi menyedapkan jalan ceritanya.

Adaptasi kisah benar

Sama macam filem, aku lebih tertarik dengan cerita yang berdasarkan kisah benar. Tak tahu mengapa. Mungkin jalan ceritanya lebih realistik. Macam novel Laskar Pelangi. Tarikan sebenarnya adalah kisah ketabahan kanak-kanak yang hidup susah yang dilingkari mentaliti masyarakat yang mundur dan akhirnya mereka berjaya. Memang menarik. Boleh menjadi motivasi barangkali. Tabik untuk penulis, Andrea Hirata.

Pada tangan aku sekarang ada novel berjudul Child C. Ada seseorang yang baik hati sudi meminjamkan. Novel tersebut mengisahkan kisah anak-anak yang dibesarkan dengan ibu angkat yang zalim. Penderaan terhadap mereka berterusan menjangkau kira-kira 2 dekad. Dan penulis novel tersebut, Christopher Spry yang merupakan salah seorang daripada kanak-kanak malang tersebut. Aku berjanji untuk pulangkan semula kepada empunya novel lepas sebulan kerana Bahasa Inggeris aku agak lembab.

Dan tak ada novel yang sekadar menceritakan rutin seharian. Perlu ada revolusi dan evolusi.

Jalan ceritanya berkisarkan perkara yang aku minat

Macam novel Tuhan Manusia yang menyentuh tentang konflik agama dan pluralisme dan Detektif Indigo yang ada menyentuh ilmu forensik di samping ilmu sains yang lain. Ayat yang digunakan oleh Faisal Tehrani tidaklah terlalu puitis. Tetapi, bak kata Bro Faz, analoginya mantap. Asalkan mesej sampai. Sekarang, aku berharap supaya novel Cinta Sofea yang bertemakan konflik agama dan falsafah agar singgah ke rumah aku.

Beliau pergi berkelana ke Jerman untuk membuat kajian sebelum menulis novel Tuhan Manusia. Bukan calang-calang novel berasal dari bukan calang-calang usaha.

Kalau ada novel-novel sejarah pun seronok juga. Dulu Pok Heng ada beli novel yang menyentuh tentang sejarah Soviet di gerai buku terpakai di ibu kota. Aku bukan minat sangat dengan sejarah sebenarnya. Minat baru mula bercambah sejak zaman mahasiswa. Mungkin Cikgu Kamisah gembira kalau dapat tau aku mula menghargai sejarah, subjek yang selalu aku dapat markah teruk dulu.

Aku pun tak tau lubuk-lubuk novel sebegini selalunya di mana.

p/s Aku baca novel bila bosan.

4 komentar:

muiz mengatakan...

tak tau pulak aku abg faz kaki novel rupenye. patutlah beliau seorg romeo...

exclassmates mengatakan...

mntaplah ko bca novel arab. sgt menarik. memg btul kata Ustaz Fuad, ko memg hebat dlm bhasa arab.

Tuhan Manusia sgt mnarik. dan karya2 FT memg mnarik. xrugi beli. mcm lagenda si peniup ney. sbnrnyer dia hentam AF tp pndai olah citer psl jin.

Sayer Best mengatakan...

ada satu novel,tajuk atas nama cinta,tak ingat sape pengarang.

Bukan novel cinta jiwang tu,tapi pasal kes budak belanda jadik anak angkat melayu,pastu parents dia ambil balik dan murtadkan.berdasarkan kisah benar tahun 1950-an kat singapore.

Atau cuba google pasal natrah

guntur mengatakan...

muiz

budak2 kita ramai jugak kaki novel.abang hot baca harry potter dalam lab.cool gila wa cakap lu.

exclassmates

aku baca lambat sebab asyik selak kamus la.tp sekurang2nya kalau tak baca dapat buat koeksi.

tuhan manusia tu ok cuma ayat dia terlalu berfakta.macam baca buku ilmiah bukan novel.

sayerbest

eh,tolong belikan dulu novel tu.duit claim nanti.