baru tersedar dari lena yang lama. lantaran mendapat panggilan dari rakan yang mahu belajar bersama. tapi ditolak dengan alasan mahu menyambung tidur yang tertunda. tapi akhirnya terjaga jua. email dibuka, facebook tak dilupa. mahu melihat apakah berita. puasa sabtu seperti dijangka. sama seperti malaysia. kadang-kadang tak sama, tarikh tak kena. kita puasa dulu waktu mereka makan tak ingat dunia.
ramadan ke 20 sepanjang hayat. atau ke 21 aku pun tak ingat. tahun ke 4 ramadan sebagai anak rantau, anak dagang. sebatang kara, tanpa keluarga. aduhai, syahdunya. tak apalah. orang arab kata merantau mendidik menjadi lelaki sejati. pandai membawa diri, ke tengah ke tepi, semua menjadi. mungkin. mencari pengalaman baru hajat di hati. kembara ke turki. ada teman yang berjanji menunggu di istanbul. separuh ramadan, moga hajatku kabul.
ada sahabat bilang bersetubuh puncak nafsu. nafsu makan, tidur perlu didaki sebelum puncak dituju. nafsu bersetubuh kendur kalau kurang tidur, kalau perut kebulur. mungkin itu hikmah pesan rasulullah. rajin-rajin berpuasa untuk si bujang yang gersang, yang nafsu cepat terangsang. biar nafsu dibendung oleh puasa yang juga junnah, perisai, pelindung. nafsu bukan semata disekat, dihambat. kalau terlalu dilayan takut makin melarat. biarlah neraca akal menyukat. mana yang perlu, mana yang tidak. akal itu raja, nafsu itu hamba. nasihat ini untuk diri sendiri jua, yang sering alpa dan leka.
ada yang menentukan target sepanjang ramadan untuk dicapai. khatam bacaan al quran, tarawih tak ditinggal. tiada apa sangat yang mahu ku gapai. cukuplah menjadi lebih baik dari apa yang ada. itu sudah terlalu bermakna. mahu ulangkaji sedikit, bukannya menghabiskan semua nota yang membukit. cukuplah sekadar persediaan untuk klinikal. biar tak gelabah pabila ditanya, biar tak resah mahu buat apa. buku-buku yang dibeli di mekah tempoh hari seolah-olah merayu meminta mohon dibaca. sabarlah, sayang aku dikekang masa. nota-nota perlukan perhatian, peperiksaan perlukan persediaan.
buat rakan-rakan, sepuluh jari ku susun mohon ampun kalau ada kesalahan. yang terkhilaf terkecil hati kalau boleh dilupakan. salam ramadan aku ucapkan.
salam.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
3 komentar:
salam. lama x jenguk blog ko. bersabar lah.. aku faham macam mana jauhan dgn family. aku dah 6 thun x puasa kat rumah..
tapi xpe. itu hakikat yg aku perlu bersabar..
semoga sama2 kita menunaikan ibadat. barakallahufik
salam menyambut ramadan al mubarak!
neem
wsalam.aku tak kisah pun sebenarnya puasa kat mana2.saja nak buat ayat2 puitis sikit.
saudara yang komen dipadamkan
haha.bahaya bro kalau tulis nama aku kat blog ni.ada orang tak puas hati dgn aku.
Posting Komentar