Ada orang cakap untuk survive. Sebagai tarikan kepada orang dewasa untuk membela dia supaya dia dapat hidup. Dan bila kita perhatikan bayi-bayi yang kurang comel yang menghidap pelbagai jenis syndrome seperti Syndrome Down tak hidup lama, katanya. Tak dapat survive.
Jawapan jenis tadi jawapan yang menjelaskan perkara terkehadapan(tak ingat istilah dia)
Aku lebih suka jawapan jenis historical, yang menjelaskan perkara sebelumnya? Kenapa bayi comel? Sebab kau tak jumpa(atau jarang jumpa) bayi yang tak comel. Kenapa tak jumpa? Sebab dia mati awal berpunca dari penyakit-penyakit yang datang dalam bentuk pakej bersama-sama syndrome yang dia ada.
Atau mungkin bila dia survive dan dewasa, tak ada orang nak kahwin dengan dia.
Sebenarnya aku macam susah nak percaya setiap fungsi pada badan manusia ni ada tujuan tertentu. Macam lebih kepada random. Jangan salah sangka yang aku nak cakap hidup ni tak ada tujuan.
Aku bagi satu soalan, sama ada salah satu daripada dua jawapan. Adakah apa yang ada sekarang bertujuan untuk meng'ada'kan sesuatu pada masa hadapan atau disebabkan tiada benda yang meng'tiada'kan dia pada masa lalu?
Aku pernah terbaca perbincangan kenapa manusia mati, kenapa manusia mendapat penyakit? Ada orang cakap supaya Bumi ini tak penuh dengan manusia dan untuk menyeimbangkan alam.
Tapi bagi aku manusia mati sebab dia memang terdedah kepada sumber penyakit dan badannya tak dapat melawan penyakit.
Entahlah.
3 komentar:
kenapa?
sebab semua yang ada kat mukabumi ni bersebab.
ada sebab kenapa semut hitam warnanya hitam. ada sebab kenapa batu keras. ada sebab kenapa logam boleh dilentur.
apa2 pun yang kita belajar, semuanya kena kaitkan dengan sunnatullah.
mesti pernah terdengar/terbaca pasal dialog malaikat izrael dengan Allah, kan?
malaikat izrael bimbang semua manusia akan benci dia sebab kerja dia cabut nyawa orang je.
tapi Allah tenangkan dia dengan jaminan Allah akan jadikan manusia itu mati bersebab.
sebab tu la kalau manusia mati, mesti orang cakap, "owh, dia mati sebab sakit jantung (etc)."
jarang jarang la dengar orang cakap, "owh, dia mati sebab izrael yang cabut nyawa dia."
wallahualam.. :)
1.maaf lupa letak link yang berkaitan
http://www.psychologytoday.com/blog/the-nature-nurture-nietzsche-blog/201101/the-meaning-life-revealed
2.ada manusia percaya secara fisiologinya tubuh manusia ini berfungsi tanpa tujuan sekadar randomness iaitu mengikut tindak balas kimia dan hukum fizik
3.dan mereka menerangkan apa yang berlaku dengan perkara yang telah berlaku iaitu teori evolusi
4.saya beri contoh appendiks.saya ada baca yang sebenarnya saintis baru menemui fungsi apendiks iaitu untuk tujuan immune.tapi bila appendiks dibuang kita tak nampak pun kesan buruknya.dan evolusionis menerangkan yang appendiks adalah saki baki bahagian pencernaan manusia yang pada masa dulunya berfungsi untuk mencernakan tumbuh2an yang buat masa sekarang tidak digunakan lagi.dan bahagian itu mengalami proses atrophy kerana tidak digunakan
5.tentang kisah malaikat izrael tu saya minta adik cari semula sumber yang sahih kerana sepengetahuan saya tak ada istilah malaikat izrael tapi malaikat maut ada.dan saya tak berapa yakin dengan cerita itu.maaf kalau kenyataan saya ini salah
manusia mati sebab dah ajal dia
Posting Komentar