Jumat, 31 Juli 2009

Ilmu Yang Dianak-tirikan

Aku nak sentuh mentaliti masyarakat Malaysia terhadap sesetengah bidang ilmu. Aku beri satu situasi kepada pembaca untuk dinilai.

Menyentuh tentang kedatangan Nik Nur Madihah ke Jordan untuk menyambung pengajian dalam bidang Fizik. Banyak sungguh komen yang aku dengar sama ada secara berdepan, di blog-blog mahupun dalam forum.

Ada yang kritik tentang pemilihan Madihah ke Jordan. Ada yang berkata pemilihan itu tak rasional sebab ada banyak tempat yang lebih baik seperti di Jerman. Ada yang kata peralatan tak cukup. Dan ada juga yang menyokong.

Aku cuba bertindak optimis di sini. Mereka dah mengkaji dan berjumpa sendiri dengan Presiden Universiti. Boleh baca di sini. Tentang pemilihan tempat dan peralatan, aku kurang arif. Dan yang mengkritik pun aku tengok bukan dari kalangan yang pakar. Perlukan kajian yang mendalam. Mana mereka tahu pihak universiti tak ada alatan yang cukup. Entah-entah alatan yang diperlukan pun mereka tak tahu. Aku tak fikir Madihah dan Bank Negara ketepikan pendapat pakar dalam bidang ini untuk memilih tempat.

Dan fizik ada tiga jenis; fizik teori, fizik eksperimental dan fizik matematikal. Alatan dan aplikasi pun mungkin berbeza.

Mungkin Madihah nak ambil kesempatan untuk mendapat pengalaman dan ilmu di Jordan. Ilmu itu sama di mana-mana tempat cuma pengalaman itu berbeza.

Mentaliti jenis kedua yang lebih dahsyat

Mari kita lihat salah satu komen dari saudara kita

''Huh, tak logik 20A amek fizik. Amek la yang sepadan sikit, medic ke''

Adakah pelajar-pelajar yang cemerlang sepatutnya menyambung pelajaran dalam perubatan? Bagi aku, perubatan adalah bidang untuk orang yang rajin. Tak perlu menjadi genius, yang anda perlu sedikit kerajinan dan IQ yang normal, anda berkemungkinan besar dapat survive.

Kita kaji balik sejarah. Tokoh-tokoh genius kebanyakannya adalah ahli dalam fizik dan falsafah. Malas nak tulis panjang-panjang sebab aku pernah tulis di sini. Aku quote semula tulisan aku.

''Sebelum itu, bagi aku tahap ilmu ada 3 iaitu secara permukaannya adalah pengetahuan am, seterusnya praktikal dan yang lebih mendalam sekali adalah falsafah atau konsep itu sendiri. Orang genius adalah mereka yang dapat mencapai tahap yang dalam sesuatu ilmu bukan hanya memandang ilmu sebagai satu pengetahuan am atau praktikal semata-mata. Mungkin sebab itu ahli falsafah kebanyakannya genius seperti Ibn Sina dan Al-Ghazali.''

Mungkin golongan yang mengkritik lupa akan peranan fizik dalam peradaban.

Apa-apa pun yang penting adalah minat dan upaya. Ada kawan aku yang bijak tapi kerana tak minat dengan bidang yang diceburi, beliau agak ketinggalan dalam pelajaran.

Aku : Minat medic tapi tak minat jadi doktor

4 komentar:

MZ mengatakan...

cool.
meneroka sesuatu yang sangat berkait rapat dalam kehidupan adalah perkara yang sangat-sangat ajaib dan menyeronokkan.

by the way, Madihah memang pilih yang terbaik di Jordan.
mereka yang bercakap-cakap tidak setuju itu sebenarnya kurang pengetahuan dalam perbandingan.

muiz mengatakan...

kalau camtu, saudara guntur amek je phd pas grad. terus jadi lecturer cam duktuur saied al-khateeb

guntur mengatakan...

kakak blur

sebenarnya ini cuma pandangan kasar saya.poinnya ramai lagi kurang jelas dengan bidang fizik di asia barat

muiz

phd lepas grad?kebarangkalian menghampiri sifar.

MZ mengatakan...

Alright.
Just wait and see.
Apa akan jadi pada Madihah 10 tahun akan datang, begitu juga adik Guntur.
Hopefully semuanya akan baik-baik saja.