Kamis, 07 Januari 2010

Teka-teki #1

Aku ada jumpa satu teka-teki yang menarik. Jadi, aku nak berkongsi dengan para pembaca di sini. Silakan menjawab

-----------------------------------------------------------------------

Teka-teki ini tidak mengandung trik, hanya murni logika.
Ada lima buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeda.
Setiap rumah dihuni satu orang pria dengan kebangsaaan yang berbeda-beda.
Setiap penghuni rumah menyukai jenis minuman tertentu, merokok satu jenis rokok tertentu dan memelihara satu jenis hewan tertentu.
Tak satupun dari kelima orang itu yang minum minuman yang sama, merokok satu jenis rokok yang sama, dan memelihara hewan yang sama seperti penghuni yang lain.

PERTANYAAN: Siapakah Yang memelihara IKAN?


PETUNJUK:
1.Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah
2.Orang Swedia memelihara anjing
3.Orang Denmark senang minum teh
4.Rumah berwarna putih terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna coklat
5.Penghuni rumah berwarna putih senang minum kopi
6.Orang yang merokok PallMall memelihara burung
7.Penghuni rumah yang terletak ditengah-tengah senang minum susu
8.Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill
9.Orang Norwegia tinggal di rumah paling pertama
10.Orang yang merokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing
11.Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill
12.Orang yang merokok Winfield senang minum bir
13.Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norwegia
14.Orang Jerman merokok Rothmans
15.Orang yang merokok Marlboro bertetangga dengan orang yang minum air.


Sumber : Rahsia

-------------------------------------------------------------

Aku dapat jawab dalam masa lebih kurang 2 jam. Mula-mula aku guna kaedah senarai keluar(rule out). Tujuannya nak mengurangkan kebarangkalian yang mungkin terjadi. Kaedah ini mengurangkan kebarangkalian sehinggalah satu nilai tetap diperolehi. Bermula dengan premis nombor 7, aku gabungkan segala maklumat dalam satu bentuk yang difahami dan berhubungkait. Kemudian aku buat proofread untuk memaksimumkan signifikasi satu-satu maklumat itu.

Kaedah rule out yang aku buat tak mencapai jawapan muktamad. Agak rumit. Masih banyak lompong di antara puzzle maklumat yang aku susun. Tapi, disebabkan aku dah agak jauh menggunapakai kaedah itu, nampak sedikit sebanyak hasilnya. Kebarangkalian semakin menghampiri nilai/pemalar yang tepat. Kemudian, aku gunakan kaedah cuba-cuba(try and error). Aku letakkan mana-mana pemalar secara rawak. Bila ada pertentangan(error) aku letak tempat lain sehinggalah bertepatan dengan kesemua 15 premis yang ada.

Aku tertanya-tanya sama ada jawapan muktamad adalah jawapan tunggal atau ada beberapa jawapan yang sesuai. Bila aku bandingkan dengan jawapan orang lain, aku dapati bahawa jawapannya betul-betul sama dengan jawapan aku. Aku berhipotesis jawapan untuk teka-teki ini adalah jawapan tunggal. Jadi, aku rasa kaedah rule out lebih sesuai untuk membuktikan hipotesis ini.

Lepas bangun tidur pagi tadi, waktu aku berak, aku ada terfikir nak selesaikan kaedah rule out sampai habis. Aku ada terfikir tentang model yang paling sesuai. InsyaAllah aku akan kemas kini blog aku dengan model yang sesuai dan lengkap. Sekarang nak bedah buku Illustrated Textbook, In A Page dan nota-nota lecture.

Selamat mencuba. Doakan kejayaan aku.

6 komentar:

keroberos mengatakan...

orang jerman. betul tak?

guntur mengatakan...

gila la

anda memang brilliant. macam mana dapat jawab? dgn kaedah apa?

guntur mengatakan...

saya nampak teka teki ini ada sedikit persamaan dgn teka silangkata matematik yg saya pernah jumpa. saya selesaikan dgn cara yg sama.

yg saya tertanya2 adakah jawapannya jawapan tunggal

keroberos mengatakan...

setelkan sama macam sudoku(iAllah dpt setel dlm masa yg singkat). adakah teka silangkata matematik yg dimksudkan adalah sudoku?

mksud anda kemungkinan untuk ada jwpn selain jerman ke? atau kedudukan rumah2 yg berbeza tp masih lg jerman jwpnnya?

guntur mengatakan...

silangkata matematik yg saya maksudkan begini

a + b + c = 8
+ + +
d + e + f = 9
+ + +
g + h + i = 19
= = =
21 22 23

macam ni contoh teka silangkata matematik. soalannya a sampai i tu adalah salah satu nombor bulat dari 1 sampai 9.

ya, itulah maksud saya. mungkin org lain ada yg bela ikan. tapi bila saya bandingkan dgn jawapan
org lain, jawapannya sama. macam jawapan anda juga.

boleh kongsi kaedah sudoku? ikut suka anda nak tulis di sini atau hantar ke email saya, kalau anda nak.

keroberos mengatakan...

rasa saya, jawapan tunggal. jika tidak, pasti sukar nak dpt jawapan.

nak cerita pasal sudoku secara bertulis agak payah bagi saya yang kurang pandai menyusun kata ni.
cuba tengok sini, http://www.learn-sudoku.com/basic-techniques.html

ringkasnya, letakkan semua kemungkinan, then buang semua yang sudah pasti tidak. (mungkinkah ini yg anda maksudkn sebagai rule out?)