Minggu, 03 Januari 2010

Peribahasa #1

Kadang-kadang aku minta kawan aku ajarkan peribahasa tempatan. Jadi di sini aku nak berkongsi satu peribahasa yang beliau ajarkan dan cerita di sebaliknya.

اللي بعرف بعرف اللي ما يعرف يقول كف العدس

''Illi bi'raf bi'raf, illi ma ye'raf ygool kaff al-'adas''

Siapa yang tahu memang dia tahu, siapa yang tak tahu dia cuma dapat cakap ''segenggam kacang 'adas saja''

Nak dijadikan cerita, ada sepasang suami isteri yang mempunyai gudang. Gudang tersebut mengandungi kacang adas yang baru dipetik. Memang banyak kacang adas di situ. Jadi pada satu hari, kedua-dua pasangan tersebut terpaksa bermalam di gudang tersebut. Mungkin tak sempat balik rumah.

Lalu datang seorang penceroboh yang tidak diketahui niat sebenarnya. Mungkin mahu mencuri adas atau mengisi masa bosan. Sedang beliau mengusha gudang kacang adas itu, beliau ternampak isteri pemilik gudang tersebut yang sedang tidur lena. Mungkin wanita tersebut adalah 'farfoor'( awek cun), jiwa lelaki beliau bergelojak. Dan beliau sedang berkira-kira untuk mengambil kesempatan. Kesempatan apa, aku tak tahu.

Sedang beliau baru beberapa detik melakukan kerja terkutuk itu, wanita tersebut tersedar dari tidur. Apa lagi, dia pun menjerit sampai mengejutkan suaminya. Suaminya menangkap penceroboh tersebut dan isterinya memanggil jiran tetangga.

Sampai saja jiran-jiran mereka di situ, si penceroboh mengeluarkan segenggam kacang adas yang sempat dicurinya dari poket dan berkata

''Aku cuma amek kacang adas saja''

Jiran-jiran tetangga yang kecewa dengan sikap menggelabah pemilik gudang tersebut pun berkata dengan bengangnya

''Orang curi segenggam kacang pun dah kecoh-kecoh kejut kami dari tidur. Blah la weh''

Pemilik gudang tersebut bertambah bengang. Sudahlah isterinya di------(sila isi dengan perkataan yang sesuai), dikutuk pula dengan jiran tetangga. Dia cuma mampu berkata

Siapa yang tahu memang dia tahu, siapa yang tak tahu dia cuma dapat cakap ''segenggam kacang 'adas saja''

Tamat kisah

Soalannya, peribahasa Melayu apa yang lebih sesuai dengan peribahasa di atas, ''cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'' atau ''hanya jauhari mengenal manikam''? Atau ada peribahasa lain yang lebih sesuai?

3 komentar:

muiz mengatakan...

Sheikh imran ade 1 buku peribahasa. Cuba cari kt dalam tu.

guntur mengatakan...

Kenapa beliau tak iklankan lagi? Ana sangat2 berminat utk membeli.

muiz mengatakan...

sebab buku tu buku peribahasa melayu la... bukan arab...