dulu waktu di sekolah, dia memang minat subjek matematik dan bahasa. tidaklah dia hebat dalam kedua-dua jenis subjek tersebut, cuma dia lebih memberi tumpuan berbanding subjek lain. dia pernah menyimpan cita-cita ingin menjadi sasterawan negara. tapi tiada sesiapa yang memberikan galakan dan memberi tunjuk ajar kepadanya untuk meneruskan impiannya itu. tiap bulan memang ibu bapanya membelikan majalah berkaitan sains, agama dan sosial untuk dia dan adik beradiknya. nak baca komik memang kena pinjam dari sepupu dia.
oleh kerana keputusan peperiksaannya sedikit elok, dia layak belajar di kelas sains. sedang rakan-rakan lain bercita-cita untuk menjadi doktor atau engineer, dia menyimpan hasrat untuk menjadi ahli falak, kerana terinspirasi oleh guru syariahnya. gurunya bilang orang negaranya kurang ahli falak syarie sampai terpaksa meminta bantuan orang luar mencerap bintang. dia tak tahu. dia telan bulat-bulat. ada juga dia terfikir untuk menjadi ahli fizik. nak jadi doktor, dia pula pemalu. lagi-lagi dia memang berminat dengan matematik. minatnya dengan bahasa masih ada, cuma agak kabur dengan masa depan bidang itu. hanya sekadar nilai tambah bak kata sesetengah orang.
dipendekkan cerita, peperiksaan akhir sekolah setaraf spm dia mendapat sedikit elok. dalam kepala dia, dia ingin meneruskan pengajian di luar negara. nak mencari pengalaman baru. memang dia kurang pendedahan mengenai pengajian tinggi. guru-guru di sekolah memang menggalakkan anak didiknya menjadi doktor dan jurutera, bagi pelajar aliran sains. lebih-lebih lagi kebanyakan pelajar cemerlang yang menjadi role model rakan-rakan junior adalah pelajar perubatan. ibu bapanya turut begitu. tapi kalau nak diikutkan, dia tak boleh menyalahkan mereka. kenalan ibu bapa dia yang mempunyai imej baik kebanyakannya adalah doktor. jadi mereka ingin melihat anaknya menjadi salah seorang daripada orang yang mereka kagumi. dia terpaksa redha.
dia akhirnya menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara. anak muda belasan tahun mana yang tak terliur dengan duit biasiswa yang lumayan tiap-tiap bulan. lebih-lebih lagi belajar di luar negara. memang dasar materialistik. dulu dia pernah bilang sama mamanya untuk belajar agama atau bahasa di tanah arab. mamanya kata kurang pasaran kerja. dia faham dan tak menyalahkan mamanya. dek kerana imej baik kenalan doktornya dan sedikit pengalaman buruk dengan golongan agama.
oleh kerana dia sudahpun menjadi pelajar perubatan, dia terpaksa memilih bidang yang satu itu juga kalau nak menyambung pengajian. dia menyimpan hasrat untuk menjadi pakar psikiatri, pakar sakit jiwa. menurut apa yang dia tahu, doktor sakit jiwa memang tugasnya tak serumit pakar-pakar lain seperti pakar bedah. belajar pun sekejap cuma, hanya setahun setengah. itu yang dia dengar. tapi kena melayan kerenah orang sakit jiwa. dia tak kisah. ada rakan dia bilang dia ini magnet orang gila. tengok saja kawan-kawan baik dia memang golongan terpinggir. baik dari negaranya atau dari negara lain. golongan terpinggir yang kecewa dengan hidup dan juga golongan terpinggir dari kalangan orang yang kuat berfikir dan 'berfalsafah' sehingga dikatakan mengarut. namun baginya melayan golongan istimewa ini adalah hiburan baginya. kadang mereka nampak sesuatu yang orang lain tak nampak atau terlepas pandang.
waktu lapang atau tidak dia digunakan untuk untuk membaca sesuatu tentang bahasa. dia ada banyak kamus di rumah. kamus arab ada tiga, kamus inggeris ada dua, kamus yahudi, kamus cina dan juga kamus turki. kalau boleh kamus tamil pun kalau boleh dia nak beli. kadang-kadang dia merasa bahagia hidup dengan kamus-kamus itu. buku-buku anthropologi dan biologi memang lebih banyak daripada buku medik. dia memang dah gila. mujur ada seorang pak cik tua yang rajin melayannya dan bersembang tentang apa yang dia baca. kalau tidak mungkin dia akan cakap seorang diri.
dia kadangkala hidup dengan tekanan. tekanan sebelum peperiksaan lagi-lagi dia memang kaki study last minute. kadangkala tertekan dengan kerenah pesakit di hospital. ada yang lain ditanya, lain dijawab. ada yang menghalaunya dengan kata-kata kurang manis. kena tengking dengan doktor? memang sudah biasa. mukanya sudah tebal menahan malu dimarah doktor di hadapan pesakit dan rakan-rakan. dia kena kuat. lagipun sudah separuh jalan diharungi. kalau berpatah balik, memang rugi dari segi masa dan wang. kalau dia berhenti belajar begitu saja, dia terpaksa menanggung bebanan hutang sebanyak 6 angka. depan kawan-kawan dia buat muka ceria dan buat cerita yang paling lawak semampu mungkin. bak kata pepatah arab ''luar nampak galak, dalam cuma allah yang tau''
walaupun dia tak berapa cemerlang dalam pelajarannya kini, dia diiktiraf oleh pakar psikiatri sebagai bakal doktor sakit jiwa. memang hebat. dia kini mendapat 'tugas istimewa' di wad sakit jiwa di ibu kota negara pengajiannya. dia memang bakal doktor sakit jiwa. atau lebih tepat bakal doktor yang sakit jiwa.
sekian
p/s cerita ini adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. kalau anda dapat mengambil pengajaran dari cerita ini, maka beruntunglah anda
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
6 komentar:
ana macam kenal je beliau tu
'dia' dalam cerita rekaan ni lebih kurg dgn sorg kwn ana.
dia minat math, fizik & kimia (tapi bukan bahasa) & dia jugak nk sgt jadi ahli astronomi.
tapi akhirnya tercmpk kt bidg perubatan.
kwn2 dia pun ada ckp dia sesuai jd pakar sakit jiwa. sbb dia gila gila kot.
dia pun kuat study last minit. tiap kali exam dia akan menyesal sbb amik bidg perubatan, walau dh separuh jalan pun.
dia ada ckp,"kalau amik bidang astronomi akan dekat dgn kebesaran & kehebatan Allah tp kalau amik bidang perubatan akan selalu dekat dgn kesakitan & kematian. moga dgn itu hati akan sentiasa ingat mati."
maaf komen pnjg. teruja dgn cerita 'dia' yg hampir sama dgn kawan ana.
p/s: apa 'tugas istimewa' di wad sakit jiwa tu?
tugas istimewa?
hehe.sebagai bakal doktor yang sakit jiwa.
oh.dekat atau tidak dgn kebesaran alah,itu bergantung kepada diri sendiri.secara peribadi,saya tak menentang org yg mengambil bidang perubatan(ada kawan yg pernah bercerita,dia dipertikai oleh kawannya yg lain kerana belajar medik,ilmu org kafir)tapi saya nak tekankan nak memilih bidang kena ikut minat dan keupayaan.
cerita ini memang rekaan yang saya ambil sedikit dari pemerhatian saya kepada beberapa org yg saya kenal dan tak kenal.
p/s mana saudara/i jumpa blog saya
ada kawan promotekan blog ni.
benar, dekat atau tidak dengan kebesaran Allah itu bergantung pada diri sndiri. malah kalau tgk ciptaan manusia sndri patut sudah cukup kagum. tapi kalau dapat jumpa sesuatu yg org lain atau kita sndri jarang jarang dpt jumpa pasti akan terasa lebih sikit. biasalah manusia.
memilih bidang ikut minat bukan mudah. byk faktor lain perlu diambil kira. mmg beruntung siapa yg dpt masuk ke bidang yg diminati.
muiz, akak kenal jugak ke dgn beliau tu?
ahaks.
course apa nak amik dkt u klw nk jdi psikiatri
Posting Komentar