Minggu, 18 Oktober 2009

Murtabak Dan Kain Pelekat

Waktu aku muda dahulu, yakni sebelum usia aku menjejak 20 tahun, antara kegemaran aku adalah melepak di Kedai Makan Yaman. Lepak sampai sejam dua, bukan makan apa sangat pun. Kadang-kadang cuma minum segelas teh. Istimewanya kedai makan Yaman ini adalah menunya yang paling kena dengan selera Melayu berbanding kedai-kedai Arab yang lain. Ada murtabak cuma kurang inti daging dengan murtabak di Malaysia. Ada juga teh yang dipanggil syai 'Adani( teh dari Adan) yang rasanya lebih kurang dengan teh tarik di Malaysia. Dan menjadi kebiasaan bagi pelajar Melayu di sini bertebaran di kedai-kedai makan Yaman selepas solat Jumaat, memesan nasi beriyani yang kebiasaannya dipanggil nasi minyak di Malaysia.

Begitulah persamaan antara Malaysia dan Yaman dari segi makanan. Oh ya, mereka juga lebih tahan pedas berbanding bangsa Arab yang lain. Dan mereka juga memakai kain pelekat. Dan aku nampak kesan hubungan antara Malaysia dan Yaman lebih 500 tahun dahulu. Ada sejarahnya tersendiri.

Mereka kenal nama sheikh yang menyampaikan Islam era Kesultanan Melayu Melaka. Aku pun dah lupa. Kesan hubungan dagang antara negara-negara ketika itulah yang aku nak cerita sekarang. Dulu waktu aku belajar mata pelajaran sejarah, aku masih ingat yang pedagang India membawa kain pelekat ke Melaka. Kesannya sampai sekarang orang Melayu sinonim dengan kain pelekat. Kemudian kain pelekat bukan saja dipakai oleh orang Melayu, malahan dibawa pulang oleh orang Yaman dan dijadikan budaya oleh mereka. Dan mungkin juga mereka memperdagangkan kain pelekat tersebut ke Somalia yang terletak seberang laut negara mereka.

Begitu juga dengan tradisi dan budaya yang lain. Makanan seperti murtabak, teh tarik dan nasi beriyani diterima dan menjadi budaya di sebahagian negara tersebut. Sampai sekarang aku tak dengar negara-negara tersebut bertengkar soal mengaku-ngaku budaya.

Nah, itu baru permulaan artikel aku sebenarnya. Aku nak sentuh tentang persengketaan yang terjadi antara Malaysia dan Indonesia dalam soal mengaku-ngaku budaya ini. Dalam hal ini, perlu mengkaji dahulu soal sosio-budaya.

Kita semua satu bangsa iaitu bangsa Nusantara. Dulu nenek moyang kita bebas ke sana sini tanpa pasport, tanpa sempadan dan imigresen. Tiada Malaysia, tiada Indonesia. Yang dinamakan Malaysia dan Indonesia itu adalah tanah jajahan British mahupun Belanda. Orang Majapahit sudah datang ke tanah Melayu seawal kurun ke 14. Begitu juga orang Jawa dan Bugis yang kebanyakannya menjadi tentera kepada kesultanan yang ada ketika itu. Dan aku sendiri yang berdarah Banjar, yang kebanyakan saudara aku berada di Kalimantan. Kewijudan kami di bumi Malaysia yang lebih kurang satu abad sejak kedatangan moyang aku dari Indonesia ke Malaysia dan membuka petempatan di situ.

Budaya bukan milik negara semata-mata malah milik bangsa. Yang mengaku rendang budaya mereka itu orang Minangkabau juga yang kebanyakannya tinggal di Negeri Sembilan. Yang mengaku tempe makanan tradisi mereka orang Jawa juga yang kebanyakannya tinggal di Johor dan Selangor. Begitu juga dengan budaya yang lain. Persoalannya, adakah mereka perlu meninggalkan tradisi nenek moyang mereka semata-mata kerana berhijrah ke tempat lain? Perlukan mereka mencipta budaya baru?

Soal budaya sepatutnya tak menjadi isu yang memecahbelahkan kita kerana kita pada asalnya serumpun. Aku setuju dengan idea Pak Shodiq Mustika untuk menyatukan bangsa Nusantara.

p/s Penulisan aku makin bercelaru nampaknya

4 komentar:

saje test lu mengatakan...

Mungkin belum terjetus.. kerna setia yg ada pasti bermula dengan tiada..
bukan berdoa supaya tercetusnya krisis masing-masing mengaku budaya antara malaysia dan yaman tetapi kita tidak boleh terus menghukum begitu dengan pemerhatian hanya beberapa tahun.

sbgai contoh suhu bumi, jika kita kaji 100 tahun terbaru memang la suhu semakin meningkat, kita tengok dari 1000 tahun yang terkemudian juga suhu bumi meningkat tetapi terdapat juga penurunan yg sedikit bagi beberapa tahun. Tetapi kalau kita tgk suhu bumi ke 10 000 tahun yg terkemudian mmg da menjadi rutin suhu bumi akan naik dan turun.

so same2 kita menilai..

guntur mengatakan...

Bukan menghukum, cuma memerhati dan memberi sedikit pandangan. Andai ada yang tak berkenan di hati, sudikanlah tunjuk perenggan mana baris mana.

p/s kita pernah kenal atau jumpa tak?

Anonim mengatakan...

sambung anakku samdol plis.

guntur mengatakan...

terima kasih kepada anonimu atas sokongan anda kepada karya penulis

penulis perlukan masa untuk menghabiskan beberapa bahan bacaan berkenaan topik yang menjadi fokus dalam karya penulis di samping menstabilkan keadaan diri penulis yang baru sahaja menjejak ke dalam atmosfera baru dalam kehidupan

penulis amat berbesar hati jika anonim sudi mengomen karya penulis yang sebelumnya dengan menambah suap balik positif demi mempertingkatkan mutu penulisan

sekian