Kamis, 27 November 2008

Ujian

Aku, sebagai pemilik blog sedang menghadapi ujian. Bukan ujian yang berbentuk malapetaka tetapi ujian yang berbentuk soalan untuk menguji kefahaman dalam pelajaran atau dalam Bahasa Malaysia, peperiksaan. Jadi,aku tidak dapat mengemas kini blog aku dalam tempoh terdekat. Dalam masa yang sama, aku juga sedang berfikir untuk memilih tema yang sesuai dan menarik untuk dipaparkan dalam blog ini. Aku berhajat untuk menulis mengenai perubatan, bahasa, sosial atau apa-apa yang menarik minat aku untuk menulis mengenainya.
Aku menubuhkan blog ini bukan sekadar untuk memberi maklumat tetapi untuk bertukar-tukar maklumat dengan pengunjung yang datang. Diharapkan agar pengunjung dapat memberikan komen yang berinfomatif dan dapat membetulkan silap dan salah dalam penulisan aku. Semoga perkongsian kita berterusan dan ilmu terus berjalan hingga ke hujung waktu. Nantikan kemunculan artikel pertama aku. Doakan aku supaya cemerlang dalam ujian.

1 komentar:

Pok Nik mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.