Sabtu, 01 Mei 2010

Berpaling

''Eh, dia dah tak pakai tudung?''

Pelik dan terkejut.

Pagi tadi, seorang aku yang kebosanan mula membuka segala akaun yang aku ada di Internet. Dari Facebook hinggalah Youtube. Aku sebenarnya menunggu satu komen dari orang Turki yang aku komen videonya sehari lepas. Tapi dia tak balas lagi.

Dan entah bagaimana aku tergerak untuk membaca mesej-mesej lama aku di Youtube. Salah satunya berbunyi begini

eply to your comment on: Mari aku bicara bhs! (Indonesian-Malaysian)
Reply to your comment on: Mari aku bicara bhs! (Indonesian-Malaysian)
Saya mualaf yg bisa ngomong bhs Indo. :)
Liat video nya.

Dari Kimdonesia. Mesej bertarikh 23 November 2008.

Aku klik akaun dia. Dan aku tambah terkejut. Secara spontan badanku tersandar ke dinding.

Siapakah dia? Klik di sini

Aku teringat lagi 2 tahun lalu. Selepas aku melihat akaun dan menonton beberapa video yang ada, aku baca blognya. Dan tak lupa aku add YM dia. Adalah 2-3 kali aku chatting dengan dia. Aku tak sembang benda berat dengan dia. Dia terlalu muda untuk perkara ini.

Satu perkara terlintas dalam fikiran aku. Sungguhkah dia memeluk Islam? Kalau dari segi zahirnya memang nampak bersungguh. Dalam keluarga dia, kalau tak silap aku hanya dia seorang saja dalam keluarga yang Muslim. Dalam hati aku, aku puji mak ayah dia sebab benarkan anak dia membuat pilihan sendiri. Bukan macam sesetengah orang. Nak kahwin pun paksa-paksa.

Dan aku terfikir lagi. Apalah yang ada pada pertimbangan budak yang berumur 16 tahun? Apa yang dia fikir untuk masuk Islam. Nampak kawan-kawan Islam yang baik? Nampak Islam menjaga maruah manusia? Dia dah nilai dari segi falsafahnya? Dia dah pertimbangkan dari sudut tauhidnya?

Bagi aku agama bukan semata-mata cara hidup. Cara bertingkahlaku. Perkara yang terpenting adalah prinsip. Siapa Allah? Sifat-sifatnya. Kenabian. Dan lain-lain. Memang rumit. Aku tak fikir budak berumur 16 tahun dapat fikir semua ini. Hatta orang dewasa sekalipun. Tapi ketahuilah Allah itu Maha Penyayang. Dia takkan membebankan hambanya. Jangan disamakan seorang professor dengan orang asli yang tak berhubung dengan dunia luar. Semua ada balasan masing-masing yang ditentukan dengan kemampuan yang diberi. Cuma buat yang terbaik.

Jadi, aku cuma diamkan diri. Soal Islamnya dia itu bagaimana, urusan dia dan Allah. Begitu juga soal kafirnya dia, biarlah Allah yang menentukan. Jangan terlalu mudah menghukum.

Terkenang juga aku dengan rakan Arab aku yang seorang itu. Mereka berdua keluar dari Islam bermula daripada terfikir tentang Hari Kiamat. Begitu juga dengan kelompok Muktazilah. Mereka memikirkan terlalu dalam perkara yang tak begitu rumit. Allah itu Maha Adil. Tak perlu fikir siapa yang masuk ke syurga, siapa ke neraka. Susahkah?

Semoga mereka diberi hidayah dan tak lupa untuk kita juga.