Siapa kita?
Siapa kita? Dari mana kita? Dari mana kita sebelum kita lahir? Dari mana kita sebelum benih ibu bapa kita bercantum? Dari ovumkah kita? Dari spermakah kita? Di mana kita sebelum spermatogenesis? Di mana kita sebelum oogenesis?
Siapa kita?
Kitakah jasad kita? Di manakah kita di jasad kita? Di kepalakah, di jantungkah atau di otakkah? Bukan di rambut yang selalu dipotong, bukan di kulit yang selalu terhakis. Jasad dibentuk sel, sel dibentuk molekul, molekul dibentuk atom, atom gabungan neutron, proton dan elektron dan mungkin dibentuk jasad yang lebih kecil? Pernah ku dengar bahawa jasad adalah tenaga yang tidak bergerak. Di manakah kita sebenarnya?
Siapa kita?
Di mana kita setelah kematian kita? Tatkala hancur jasad dikandung tanah? Kitakah jasad kita?
Dari mana datangnya perasaan? Dari mana datangnya idea dan fikiran? Apa bezanya manusia dengan robot? Robot yang tak punya perasaan. Bekerja selagi masih ada tenaga, manusia bekerja selagi ada kehendak dan tenaga.
Sebenarnya kita adalah roh kita. Yang menempati jasad yang mati. Yang mungkin menggerakkan akal fikiran. Yang mungkin menggerakkan sel saraf supaya bekerja. Yang mungkin menggerakkan sel-sel Purkinje untuk mengepam darah dalam jantung.
Tanpa roh, jasad itu mati. Roh yang dibekalkan akal untuk berfikir. Dibekalkan nafsu untuk terus hidup. Akal mengawal nafsu supaya tak berlebihan.
Apa itu roh?
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (17:85)
p/s Misteri sungguh kehidupan ini
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
1 komentar:
namun hakikatnya roh selalu lupa bahawa 'sut' yang berupa seorang lelaki hot yang macho atau seorang perempuan cantik yang ayu hanyalah satu pinjaman tanpa faedah, walaupun tahu bahawa mengikut hukum manusia, berbangga dengan suatu yang dipinjam itu adalah satu perkara yang sangat memalukan.
Posting Komentar