Sabtu, 01 Mei 2010

Berpaling

''Eh, dia dah tak pakai tudung?''

Pelik dan terkejut.

Pagi tadi, seorang aku yang kebosanan mula membuka segala akaun yang aku ada di Internet. Dari Facebook hinggalah Youtube. Aku sebenarnya menunggu satu komen dari orang Turki yang aku komen videonya sehari lepas. Tapi dia tak balas lagi.

Dan entah bagaimana aku tergerak untuk membaca mesej-mesej lama aku di Youtube. Salah satunya berbunyi begini

eply to your comment on: Mari aku bicara bhs! (Indonesian-Malaysian)
Reply to your comment on: Mari aku bicara bhs! (Indonesian-Malaysian)
Saya mualaf yg bisa ngomong bhs Indo. :)
Liat video nya.

Dari Kimdonesia. Mesej bertarikh 23 November 2008.

Aku klik akaun dia. Dan aku tambah terkejut. Secara spontan badanku tersandar ke dinding.

Siapakah dia? Klik di sini

Aku teringat lagi 2 tahun lalu. Selepas aku melihat akaun dan menonton beberapa video yang ada, aku baca blognya. Dan tak lupa aku add YM dia. Adalah 2-3 kali aku chatting dengan dia. Aku tak sembang benda berat dengan dia. Dia terlalu muda untuk perkara ini.

Satu perkara terlintas dalam fikiran aku. Sungguhkah dia memeluk Islam? Kalau dari segi zahirnya memang nampak bersungguh. Dalam keluarga dia, kalau tak silap aku hanya dia seorang saja dalam keluarga yang Muslim. Dalam hati aku, aku puji mak ayah dia sebab benarkan anak dia membuat pilihan sendiri. Bukan macam sesetengah orang. Nak kahwin pun paksa-paksa.

Dan aku terfikir lagi. Apalah yang ada pada pertimbangan budak yang berumur 16 tahun? Apa yang dia fikir untuk masuk Islam. Nampak kawan-kawan Islam yang baik? Nampak Islam menjaga maruah manusia? Dia dah nilai dari segi falsafahnya? Dia dah pertimbangkan dari sudut tauhidnya?

Bagi aku agama bukan semata-mata cara hidup. Cara bertingkahlaku. Perkara yang terpenting adalah prinsip. Siapa Allah? Sifat-sifatnya. Kenabian. Dan lain-lain. Memang rumit. Aku tak fikir budak berumur 16 tahun dapat fikir semua ini. Hatta orang dewasa sekalipun. Tapi ketahuilah Allah itu Maha Penyayang. Dia takkan membebankan hambanya. Jangan disamakan seorang professor dengan orang asli yang tak berhubung dengan dunia luar. Semua ada balasan masing-masing yang ditentukan dengan kemampuan yang diberi. Cuma buat yang terbaik.

Jadi, aku cuma diamkan diri. Soal Islamnya dia itu bagaimana, urusan dia dan Allah. Begitu juga soal kafirnya dia, biarlah Allah yang menentukan. Jangan terlalu mudah menghukum.

Terkenang juga aku dengan rakan Arab aku yang seorang itu. Mereka berdua keluar dari Islam bermula daripada terfikir tentang Hari Kiamat. Begitu juga dengan kelompok Muktazilah. Mereka memikirkan terlalu dalam perkara yang tak begitu rumit. Allah itu Maha Adil. Tak perlu fikir siapa yang masuk ke syurga, siapa ke neraka. Susahkah?

Semoga mereka diberi hidayah dan tak lupa untuk kita juga.

Sabtu, 03 April 2010

Cerita Bosan #2

Satu hari, seorang Sheikh sebuah kabilah mengeluarkan arahan ''Siapa yang paling bodoh di kalangan kita akan dihukum bunuh''. Maka anak-anak buah beliau pun bersetuju atas arahan itu mungkin untuk menjaga kemaslahatan kabilah mereka. Salah seorang daripada mereka dipanggil dan diberi soalan ''3+5 apa jawapannya?''. Pengikut yang disoal itu memberikan jawapan ''8''.

''Sheikh, tolong beri dia peluang sekali lagi,'' pujuk pengikut-pengikut yang lain setelah menyedari 'kebodohan relatif' sahabat mereka.

Jumat, 12 Februari 2010

Kencing Tak Lawas

Waktu aku Tingkatan 5 dulu, ada seorang kawan bercerita tentang masalah kencing tak lawas beliau. Katanya, ada senior memberi 2 petua kepada beliau, iaitu sejenis postur yang ideal ketika berkumuh(kalau nak tau, jumpa aku) dan berdehem-dehem setelah selesai menunaikan hajat.

Apa itu kencing tak lawas?

Dalam Bahasa Inggerisnya adalah Urinary Incontinence yang bermaksud kebocoran atau titisan air kencing yang keluar tanpa sengaja. Mungkin ada banyak sebab yang boleh menyebabkan penyakit/ketidakselesaan ini, tapi aku beri sedikit dari maklumat yang aku tahu.

Secara umumnya,kebocoran berlaku apabila tekanan pundi kencing melebihi tekanan salur kencing bawah(urether; bermula dari pundi kencing hingga ke hujung kemaluan), otot pelvis( pelvic floor muscle) yang lemah atau otot pundi kencing yang terlebih aktif.

Boleh disebabkan oleh kehamilan. Dan di sini ada ditunjukkan cara untuk menguatkan otot pelvis.
Baca di sini untuk membaca tentang otot pundi kencing yang terlebih aktif
Kasut tumit tinggi baik untuk wanita yang mengalami kencing tak lawas? Baca di sini
Dan lain-lain

Walaupun nampak seperti masalah remeh, tapi bagi sesetengah orang ia amat merunsingkan lebih-lebih lagi kalau nak menjaga wuduk dan nak pastikan kebersihan seluar. Sikit-sikit nak ke tandas nak tengok ada 'kebocoran' atau tidak. Ada juga yang membawa kain pelekat atau seluar ganti ke mana-mana. Mungkin lama-lama boleh jadi Obsessive Compulsive Disorder.

Jawapan dari sudut agama ada di sini dan di sini.

Nak tanya orang Arab tentang simptom-simptom kencing tak lawas. Kalau ada yang tertinggal, tolong tambahkan.

kam marrah ttbawwal kull youm?
berapa kali saudara kencing setiap hari. kalau nak lebih nampak ramah, gantikan ttbawwal dengan t6eer mayy

geddisy muddah tegdar temna3 7alak min tabawwul?
berapa lama saudara boleh tahan kencing?

7asseit isyi zai ge6rah mayy 6ala3et/waja3 lamma temna3 7alak min tabawwul?
saudara ada rasa seperti titisan air keluar/rasa sakit ketika saudara menahan kencing?

7asseit isyi zai ga6rah mayy 6ala3et bas khola9t tabawwul?
saudara ada rasa seperti titisan air keluar bila selesai kencing?

Sekian

p/s ''Subjek urologi adalah subjek yang paling susah bagi aku,'' Doktor Khaled

Sabtu, 30 Januari 2010

Sedikit Tentang Hudud

من شروط الحدود ان يؤمن الحاكم المسلم للفرد المسلم الغذاء و المسكن و الملبس و ان يكفيه مؤونة الزمن 11:57 PM

الرسول صلى الله عليه و سلم قال ادرؤوا الحدود بالشبهات 11:57 PM

و قد عطل عمر بن الخطاب رضي الله عنه الحدود عام المجاعة11:57 PM

لانه لم يستطع ان يطعم الناس11:58 PM

ليست الحدود مقصودة لذاتها11:59 PM

فلا نقطع ايدي الناس لمجرد القطع11:59 PM

لكن الله تبارك و تعالى امرنا بزلك و قد قار رسول الله صلى الله عليه و سلم لحد يعمل فيه في الأرض خير من ان تمطروا اربعين خريفاً12:00 AM

يعني اربعين سنة


Kamis, 07 Januari 2010

Teka-teki #1

Aku ada jumpa satu teka-teki yang menarik. Jadi, aku nak berkongsi dengan para pembaca di sini. Silakan menjawab

-----------------------------------------------------------------------

Teka-teki ini tidak mengandung trik, hanya murni logika.
Ada lima buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeda.
Setiap rumah dihuni satu orang pria dengan kebangsaaan yang berbeda-beda.
Setiap penghuni rumah menyukai jenis minuman tertentu, merokok satu jenis rokok tertentu dan memelihara satu jenis hewan tertentu.
Tak satupun dari kelima orang itu yang minum minuman yang sama, merokok satu jenis rokok yang sama, dan memelihara hewan yang sama seperti penghuni yang lain.

PERTANYAAN: Siapakah Yang memelihara IKAN?


PETUNJUK:
1.Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah
2.Orang Swedia memelihara anjing
3.Orang Denmark senang minum teh
4.Rumah berwarna putih terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna coklat
5.Penghuni rumah berwarna putih senang minum kopi
6.Orang yang merokok PallMall memelihara burung
7.Penghuni rumah yang terletak ditengah-tengah senang minum susu
8.Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill
9.Orang Norwegia tinggal di rumah paling pertama
10.Orang yang merokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing
11.Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill
12.Orang yang merokok Winfield senang minum bir
13.Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norwegia
14.Orang Jerman merokok Rothmans
15.Orang yang merokok Marlboro bertetangga dengan orang yang minum air.


Sumber : Rahsia

-------------------------------------------------------------

Aku dapat jawab dalam masa lebih kurang 2 jam. Mula-mula aku guna kaedah senarai keluar(rule out). Tujuannya nak mengurangkan kebarangkalian yang mungkin terjadi. Kaedah ini mengurangkan kebarangkalian sehinggalah satu nilai tetap diperolehi. Bermula dengan premis nombor 7, aku gabungkan segala maklumat dalam satu bentuk yang difahami dan berhubungkait. Kemudian aku buat proofread untuk memaksimumkan signifikasi satu-satu maklumat itu.

Kaedah rule out yang aku buat tak mencapai jawapan muktamad. Agak rumit. Masih banyak lompong di antara puzzle maklumat yang aku susun. Tapi, disebabkan aku dah agak jauh menggunapakai kaedah itu, nampak sedikit sebanyak hasilnya. Kebarangkalian semakin menghampiri nilai/pemalar yang tepat. Kemudian, aku gunakan kaedah cuba-cuba(try and error). Aku letakkan mana-mana pemalar secara rawak. Bila ada pertentangan(error) aku letak tempat lain sehinggalah bertepatan dengan kesemua 15 premis yang ada.

Aku tertanya-tanya sama ada jawapan muktamad adalah jawapan tunggal atau ada beberapa jawapan yang sesuai. Bila aku bandingkan dengan jawapan orang lain, aku dapati bahawa jawapannya betul-betul sama dengan jawapan aku. Aku berhipotesis jawapan untuk teka-teki ini adalah jawapan tunggal. Jadi, aku rasa kaedah rule out lebih sesuai untuk membuktikan hipotesis ini.

Lepas bangun tidur pagi tadi, waktu aku berak, aku ada terfikir nak selesaikan kaedah rule out sampai habis. Aku ada terfikir tentang model yang paling sesuai. InsyaAllah aku akan kemas kini blog aku dengan model yang sesuai dan lengkap. Sekarang nak bedah buku Illustrated Textbook, In A Page dan nota-nota lecture.

Selamat mencuba. Doakan kejayaan aku.

Minggu, 03 Januari 2010

Peribahasa #1

Kadang-kadang aku minta kawan aku ajarkan peribahasa tempatan. Jadi di sini aku nak berkongsi satu peribahasa yang beliau ajarkan dan cerita di sebaliknya.

اللي بعرف بعرف اللي ما يعرف يقول كف العدس

''Illi bi'raf bi'raf, illi ma ye'raf ygool kaff al-'adas''

Siapa yang tahu memang dia tahu, siapa yang tak tahu dia cuma dapat cakap ''segenggam kacang 'adas saja''

Nak dijadikan cerita, ada sepasang suami isteri yang mempunyai gudang. Gudang tersebut mengandungi kacang adas yang baru dipetik. Memang banyak kacang adas di situ. Jadi pada satu hari, kedua-dua pasangan tersebut terpaksa bermalam di gudang tersebut. Mungkin tak sempat balik rumah.

Lalu datang seorang penceroboh yang tidak diketahui niat sebenarnya. Mungkin mahu mencuri adas atau mengisi masa bosan. Sedang beliau mengusha gudang kacang adas itu, beliau ternampak isteri pemilik gudang tersebut yang sedang tidur lena. Mungkin wanita tersebut adalah 'farfoor'( awek cun), jiwa lelaki beliau bergelojak. Dan beliau sedang berkira-kira untuk mengambil kesempatan. Kesempatan apa, aku tak tahu.

Sedang beliau baru beberapa detik melakukan kerja terkutuk itu, wanita tersebut tersedar dari tidur. Apa lagi, dia pun menjerit sampai mengejutkan suaminya. Suaminya menangkap penceroboh tersebut dan isterinya memanggil jiran tetangga.

Sampai saja jiran-jiran mereka di situ, si penceroboh mengeluarkan segenggam kacang adas yang sempat dicurinya dari poket dan berkata

''Aku cuma amek kacang adas saja''

Jiran-jiran tetangga yang kecewa dengan sikap menggelabah pemilik gudang tersebut pun berkata dengan bengangnya

''Orang curi segenggam kacang pun dah kecoh-kecoh kejut kami dari tidur. Blah la weh''

Pemilik gudang tersebut bertambah bengang. Sudahlah isterinya di------(sila isi dengan perkataan yang sesuai), dikutuk pula dengan jiran tetangga. Dia cuma mampu berkata

Siapa yang tahu memang dia tahu, siapa yang tak tahu dia cuma dapat cakap ''segenggam kacang 'adas saja''

Tamat kisah

Soalannya, peribahasa Melayu apa yang lebih sesuai dengan peribahasa di atas, ''cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'' atau ''hanya jauhari mengenal manikam''? Atau ada peribahasa lain yang lebih sesuai?

Rabu, 30 Desember 2009

bakal doktor sakit jiwa

dulu waktu di sekolah, dia memang minat subjek matematik dan bahasa. tidaklah dia hebat dalam kedua-dua jenis subjek tersebut, cuma dia lebih memberi tumpuan berbanding subjek lain. dia pernah menyimpan cita-cita ingin menjadi sasterawan negara. tapi tiada sesiapa yang memberikan galakan dan memberi tunjuk ajar kepadanya untuk meneruskan impiannya itu. tiap bulan memang ibu bapanya membelikan majalah berkaitan sains, agama dan sosial untuk dia dan adik beradiknya. nak baca komik memang kena pinjam dari sepupu dia.

oleh kerana keputusan peperiksaannya sedikit elok, dia layak belajar di kelas sains. sedang rakan-rakan lain bercita-cita untuk menjadi doktor atau engineer, dia menyimpan hasrat untuk menjadi ahli falak, kerana terinspirasi oleh guru syariahnya. gurunya bilang orang negaranya kurang ahli falak syarie sampai terpaksa meminta bantuan orang luar mencerap bintang. dia tak tahu. dia telan bulat-bulat. ada juga dia terfikir untuk menjadi ahli fizik. nak jadi doktor, dia pula pemalu. lagi-lagi dia memang berminat dengan matematik. minatnya dengan bahasa masih ada, cuma agak kabur dengan masa depan bidang itu. hanya sekadar nilai tambah bak kata sesetengah orang.

dipendekkan cerita, peperiksaan akhir sekolah setaraf spm dia mendapat sedikit elok. dalam kepala dia, dia ingin meneruskan pengajian di luar negara. nak mencari pengalaman baru. memang dia kurang pendedahan mengenai pengajian tinggi. guru-guru di sekolah memang menggalakkan anak didiknya menjadi doktor dan jurutera, bagi pelajar aliran sains. lebih-lebih lagi kebanyakan pelajar cemerlang yang menjadi role model rakan-rakan junior adalah pelajar perubatan. ibu bapanya turut begitu. tapi kalau nak diikutkan, dia tak boleh menyalahkan mereka. kenalan ibu bapa dia yang mempunyai imej baik kebanyakannya adalah doktor. jadi mereka ingin melihat anaknya menjadi salah seorang daripada orang yang mereka kagumi. dia terpaksa redha.

dia akhirnya menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara. anak muda belasan tahun mana yang tak terliur dengan duit biasiswa yang lumayan tiap-tiap bulan. lebih-lebih lagi belajar di luar negara. memang dasar materialistik. dulu dia pernah bilang sama mamanya untuk belajar agama atau bahasa di tanah arab. mamanya kata kurang pasaran kerja. dia faham dan tak menyalahkan mamanya. dek kerana imej baik kenalan doktornya dan sedikit pengalaman buruk dengan golongan agama.

oleh kerana dia sudahpun menjadi pelajar perubatan, dia terpaksa memilih bidang yang satu itu juga kalau nak menyambung pengajian. dia menyimpan hasrat untuk menjadi pakar psikiatri, pakar sakit jiwa. menurut apa yang dia tahu, doktor sakit jiwa memang tugasnya tak serumit pakar-pakar lain seperti pakar bedah. belajar pun sekejap cuma, hanya setahun setengah. itu yang dia dengar. tapi kena melayan kerenah orang sakit jiwa. dia tak kisah. ada rakan dia bilang dia ini magnet orang gila. tengok saja kawan-kawan baik dia memang golongan terpinggir. baik dari negaranya atau dari negara lain. golongan terpinggir yang kecewa dengan hidup dan juga golongan terpinggir dari kalangan orang yang kuat berfikir dan 'berfalsafah' sehingga dikatakan mengarut. namun baginya melayan golongan istimewa ini adalah hiburan baginya. kadang mereka nampak sesuatu yang orang lain tak nampak atau terlepas pandang.

waktu lapang atau tidak dia digunakan untuk untuk membaca sesuatu tentang bahasa. dia ada banyak kamus di rumah. kamus arab ada tiga, kamus inggeris ada dua, kamus yahudi, kamus cina dan juga kamus turki. kalau boleh kamus tamil pun kalau boleh dia nak beli. kadang-kadang dia merasa bahagia hidup dengan kamus-kamus itu. buku-buku anthropologi dan biologi memang lebih banyak daripada buku medik. dia memang dah gila. mujur ada seorang pak cik tua yang rajin melayannya dan bersembang tentang apa yang dia baca. kalau tidak mungkin dia akan cakap seorang diri.

dia kadangkala hidup dengan tekanan. tekanan sebelum peperiksaan lagi-lagi dia memang kaki study last minute. kadangkala tertekan dengan kerenah pesakit di hospital. ada yang lain ditanya, lain dijawab. ada yang menghalaunya dengan kata-kata kurang manis. kena tengking dengan doktor? memang sudah biasa. mukanya sudah tebal menahan malu dimarah doktor di hadapan pesakit dan rakan-rakan. dia kena kuat. lagipun sudah separuh jalan diharungi. kalau berpatah balik, memang rugi dari segi masa dan wang. kalau dia berhenti belajar begitu saja, dia terpaksa menanggung bebanan hutang sebanyak 6 angka. depan kawan-kawan dia buat muka ceria dan buat cerita yang paling lawak semampu mungkin. bak kata pepatah arab ''luar nampak galak, dalam cuma allah yang tau''

walaupun dia tak berapa cemerlang dalam pelajarannya kini, dia diiktiraf oleh pakar psikiatri sebagai bakal doktor sakit jiwa. memang hebat. dia kini mendapat 'tugas istimewa' di wad sakit jiwa di ibu kota negara pengajiannya. dia memang bakal doktor sakit jiwa. atau lebih tepat bakal doktor yang sakit jiwa.

sekian

p/s cerita ini adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. kalau anda dapat mengambil pengajaran dari cerita ini, maka beruntunglah anda