Selasa, 28 Desember 2010

Aku dan Psikiatri #1

Cuba kita analogikan manusia tu sebagai sebuah komputer. Maka, neurologis adalah pakar dalam membetulkan perkakas, litar2 dan wayar2 dalam komputer manakala psikiatris adalah pakar yang membetulkan software. Mungkin software boleh rosak tanpa kerosakan hardware. Dan boleh juga rosak disebabkan oleh hardware yang rosah. Peh, gua dah la tak berapa pandai komputer.

Dalam psikiatri, ada 2 ekstrim. Orang yang normal terletak pada satu ekstrim yang kita tak kacau dan orang yang betul-betul pasti sakit pada satu lagi ekstrim yang tugasnya dikendalikan oleh neurologis, sama seperti doktor2 lain. Dan yang tengah2 itu adalah tugas psikiatris yang tugasnya merawat orang yang entah-sakit-entah-tidak itu. Tugas dan reputasi psikiatris sebenarnya agak dikucar-kacirkan oleh definisi normal atau tidak itu sendiri seperti isu2 homoseksual dan lain2.

Timbul satu persoalan. Kenapa nak jadi psikiatris kena jadi doktor perubatan dulu? Apa beza psikologis dengan psikiatris? Dan yang lebih menyayat hati, tadi pagi 2 kawan Arab aku berbual nak jadi psikiatris cuma kena tau 4-5 penyakit(skizo, depression, anxiety, dan lain2) dan beberapa jenis ubat. Aku gelak sendiri dalam hati(baca : otak). Sebenarnya lebih daripada itu kawan2.

Psikiatris ni sikit lagi nak jadi neurologis. Ada sesetengah penyakit mental yang mempunyai perubahan organik pada otak. Sekadar beberapa nama, dementia, Alzheimer, kuru dan lain2. Dan psikiatris berkuasa untuk meng 'order' test untuk MRI. Seperti doktor2 perubatan yang lain, psikiatris berkuasa untuk prescribe ubat2an untuk pesakit dan tentu saja mereka mesti berpengetahuan tentang kesan sampingan ubat2 tersebut. Penyakit skizofrenia yang masih tak dikenal pasti puncanya pun sekarang masih dijalankan ujikajinya ke atas tikus. Klik sini

Dan agak best jugak di mana psikiatris ni mempunyai banyak pengetahuan seperti psikologis dan psikiatris lebih saintifik daripada psikologis yang lebih kepada sains sosial.

Tapi ada beberapa kritikan terhadap psikiatri dari segi diagnos dan rawatan. Pada tahun 1970-an ada psikologis merangka satu eksperimen untuk mengantolkan psikiatris di US. Beliau menghantar 12 orang upahan ke 12 hospital mental di US untuk menyamar sebagai orang gila. Kesemua orang upahan beliau tidak dapat dikesan sebagai orang yang berlakon gila malahan 11 daripada mereka didiagnos menghidap skizofrenia dan seorang lagi aku tak ingat apa diagnosisnya. Dan beliau dengan bangganya berkata '' Tak ada beza pun orang gila dengan tak gila di hospital mental''

Aku dah malas nak menulis lagi. Siri seterusnya aku nak tulis tentang sambungan eksperimen beliau dan tentangan terhadap psikiatri oleh psikiatris2 sendiri.

p/s Aku punya formspring

Minggu, 27 Juni 2010

Doa Usaha Tawakal

Azan berkumandang. Abang Nik meninggalkan kami bertiga untuk menunaikan solat di Stesen Bas. Kami yang juga jejaka kurang thiqoh menahan teksi untuk menuju ke rumah.

''Patutlah Abang Nik score. Dahlah rajin pergi masjid,'' kata Abang Wan. Bunyi dialek timurnya masih dapat dikesan walaupun dia barangkali sudah berusaha sehabis molek.

''Ah, budak-budak perempuan Kristian grup aku yang tak pernah solat score lebih banyak daripada Abang Nik,'' jawab aku bersahaja dengan bernada sedikit geram seterusnya dapat menghentikan Abang Wan daripada meneruskan topik perbualan sehari-hari itu.

''Memanglah. Dah diorang buat muka comel depan doktor, memang dapat markah lebih,'' sampuk Abang Abu. Aku dan Abang Wan buat-buat tak dengar. Takut makin jauh dia mengarut.

Selang beberapa hari kemudian, Abang Abood yang jarang-jarang menziarahi aku akhirnya menjejakkan kakinya di bilik keramat aku. Segan aku. Dahlah bilik bersepah, nasib baik dia tak kisah.

Entah bagaimana, dia terbuka topik tentang pembukaan Konstantinopel. Katanya

''Ramai yang cakap kejayaan Mehmet Fatih ni disebabkan dia menjaga amalan tapi tak ramai yang tahu macam mana dia usaha untuk buka Konstantinopel. Dia kaji punca kekalahan askar-askar sebelum dia dan ambil iktibar. Dia cipta strategi baru dan dia bersama tentera-tentera dia ditakdirkan berjaya''

Setuju benar aku dengan Abang Abood.

Kalaulah hanya kerana doa dan ''amalan'', maka nabi tak perlu pun 313 tentera Badar itu. Seorang malaikat pun cukup untuk selesaikan tentera musyrik yang jumlahnya lebih kurang 1000 orang itu.

Dunia ini adalah tempat untuk bersusah payah membasah keringat. Bukan doa dan buat amalan sikit, terus dapat balasan. Score subjek ini, dapat bini thiqoh yang cun dan lain-lain contoh yang kononnya menggambarkan kelebihan amalan yang dibuat. Dah macam surat berantai pula. Anggap saja balasan semuanya di akhirat. Semoga ilmu Epidemiologi yang datangnya dari Allah menjadi sebab membawa mereka ke jalan kebenaran.

Lagi satu perkara yang aku tak puas hati, ada sesetengah orang yang bila tak nampak kesan baik daripada rawatan di hospital mereka mula mencuba sesuatu yang dikatakan perubatan alternatif. Mulalah mereka mencari dukun-dukun, bomoh-bomoh yang tak diselidik dulu mereka ini menipu atau tidak. Ikhtiar kata mereka. Bomoh yang mendapat formula membuat ubat dalam mimpi lebih mereka percaya daripada doktor perubatan yang kadang-kala tak tidur malam untuk mengulangkaji. Baik percaya kat aku sebab aku tidur dan siap bermimpi lagi dalam kelas. Boleh minta formula nak buat ubat dari aku. Haha.

''Makbul atau tak, bagi aku doa ni menunjukkan kita ni hamba yang lemah yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah,'' kata Abang Abood lagi. Subhanallah.

Sekian update untuk bulan ini. Jumpa lagi bulan hadapan, InsyaAllah.

p/s Terasa janggal sebab dah lama tak mengarang


Sabtu, 01 Mei 2010

Berpaling

''Eh, dia dah tak pakai tudung?''

Pelik dan terkejut.

Pagi tadi, seorang aku yang kebosanan mula membuka segala akaun yang aku ada di Internet. Dari Facebook hinggalah Youtube. Aku sebenarnya menunggu satu komen dari orang Turki yang aku komen videonya sehari lepas. Tapi dia tak balas lagi.

Dan entah bagaimana aku tergerak untuk membaca mesej-mesej lama aku di Youtube. Salah satunya berbunyi begini

eply to your comment on: Mari aku bicara bhs! (Indonesian-Malaysian)
Reply to your comment on: Mari aku bicara bhs! (Indonesian-Malaysian)
Saya mualaf yg bisa ngomong bhs Indo. :)
Liat video nya.

Dari Kimdonesia. Mesej bertarikh 23 November 2008.

Aku klik akaun dia. Dan aku tambah terkejut. Secara spontan badanku tersandar ke dinding.

Siapakah dia? Klik di sini

Aku teringat lagi 2 tahun lalu. Selepas aku melihat akaun dan menonton beberapa video yang ada, aku baca blognya. Dan tak lupa aku add YM dia. Adalah 2-3 kali aku chatting dengan dia. Aku tak sembang benda berat dengan dia. Dia terlalu muda untuk perkara ini.

Satu perkara terlintas dalam fikiran aku. Sungguhkah dia memeluk Islam? Kalau dari segi zahirnya memang nampak bersungguh. Dalam keluarga dia, kalau tak silap aku hanya dia seorang saja dalam keluarga yang Muslim. Dalam hati aku, aku puji mak ayah dia sebab benarkan anak dia membuat pilihan sendiri. Bukan macam sesetengah orang. Nak kahwin pun paksa-paksa.

Dan aku terfikir lagi. Apalah yang ada pada pertimbangan budak yang berumur 16 tahun? Apa yang dia fikir untuk masuk Islam. Nampak kawan-kawan Islam yang baik? Nampak Islam menjaga maruah manusia? Dia dah nilai dari segi falsafahnya? Dia dah pertimbangkan dari sudut tauhidnya?

Bagi aku agama bukan semata-mata cara hidup. Cara bertingkahlaku. Perkara yang terpenting adalah prinsip. Siapa Allah? Sifat-sifatnya. Kenabian. Dan lain-lain. Memang rumit. Aku tak fikir budak berumur 16 tahun dapat fikir semua ini. Hatta orang dewasa sekalipun. Tapi ketahuilah Allah itu Maha Penyayang. Dia takkan membebankan hambanya. Jangan disamakan seorang professor dengan orang asli yang tak berhubung dengan dunia luar. Semua ada balasan masing-masing yang ditentukan dengan kemampuan yang diberi. Cuma buat yang terbaik.

Jadi, aku cuma diamkan diri. Soal Islamnya dia itu bagaimana, urusan dia dan Allah. Begitu juga soal kafirnya dia, biarlah Allah yang menentukan. Jangan terlalu mudah menghukum.

Terkenang juga aku dengan rakan Arab aku yang seorang itu. Mereka berdua keluar dari Islam bermula daripada terfikir tentang Hari Kiamat. Begitu juga dengan kelompok Muktazilah. Mereka memikirkan terlalu dalam perkara yang tak begitu rumit. Allah itu Maha Adil. Tak perlu fikir siapa yang masuk ke syurga, siapa ke neraka. Susahkah?

Semoga mereka diberi hidayah dan tak lupa untuk kita juga.

Sabtu, 03 April 2010

Cerita Bosan #2

Satu hari, seorang Sheikh sebuah kabilah mengeluarkan arahan ''Siapa yang paling bodoh di kalangan kita akan dihukum bunuh''. Maka anak-anak buah beliau pun bersetuju atas arahan itu mungkin untuk menjaga kemaslahatan kabilah mereka. Salah seorang daripada mereka dipanggil dan diberi soalan ''3+5 apa jawapannya?''. Pengikut yang disoal itu memberikan jawapan ''8''.

''Sheikh, tolong beri dia peluang sekali lagi,'' pujuk pengikut-pengikut yang lain setelah menyedari 'kebodohan relatif' sahabat mereka.

Jumat, 12 Februari 2010

Kencing Tak Lawas

Waktu aku Tingkatan 5 dulu, ada seorang kawan bercerita tentang masalah kencing tak lawas beliau. Katanya, ada senior memberi 2 petua kepada beliau, iaitu sejenis postur yang ideal ketika berkumuh(kalau nak tau, jumpa aku) dan berdehem-dehem setelah selesai menunaikan hajat.

Apa itu kencing tak lawas?

Dalam Bahasa Inggerisnya adalah Urinary Incontinence yang bermaksud kebocoran atau titisan air kencing yang keluar tanpa sengaja. Mungkin ada banyak sebab yang boleh menyebabkan penyakit/ketidakselesaan ini, tapi aku beri sedikit dari maklumat yang aku tahu.

Secara umumnya,kebocoran berlaku apabila tekanan pundi kencing melebihi tekanan salur kencing bawah(urether; bermula dari pundi kencing hingga ke hujung kemaluan), otot pelvis( pelvic floor muscle) yang lemah atau otot pundi kencing yang terlebih aktif.

Boleh disebabkan oleh kehamilan. Dan di sini ada ditunjukkan cara untuk menguatkan otot pelvis.
Baca di sini untuk membaca tentang otot pundi kencing yang terlebih aktif
Kasut tumit tinggi baik untuk wanita yang mengalami kencing tak lawas? Baca di sini
Dan lain-lain

Walaupun nampak seperti masalah remeh, tapi bagi sesetengah orang ia amat merunsingkan lebih-lebih lagi kalau nak menjaga wuduk dan nak pastikan kebersihan seluar. Sikit-sikit nak ke tandas nak tengok ada 'kebocoran' atau tidak. Ada juga yang membawa kain pelekat atau seluar ganti ke mana-mana. Mungkin lama-lama boleh jadi Obsessive Compulsive Disorder.

Jawapan dari sudut agama ada di sini dan di sini.

Nak tanya orang Arab tentang simptom-simptom kencing tak lawas. Kalau ada yang tertinggal, tolong tambahkan.

kam marrah ttbawwal kull youm?
berapa kali saudara kencing setiap hari. kalau nak lebih nampak ramah, gantikan ttbawwal dengan t6eer mayy

geddisy muddah tegdar temna3 7alak min tabawwul?
berapa lama saudara boleh tahan kencing?

7asseit isyi zai ge6rah mayy 6ala3et/waja3 lamma temna3 7alak min tabawwul?
saudara ada rasa seperti titisan air keluar/rasa sakit ketika saudara menahan kencing?

7asseit isyi zai ga6rah mayy 6ala3et bas khola9t tabawwul?
saudara ada rasa seperti titisan air keluar bila selesai kencing?

Sekian

p/s ''Subjek urologi adalah subjek yang paling susah bagi aku,'' Doktor Khaled

Sabtu, 30 Januari 2010

Sedikit Tentang Hudud

من شروط الحدود ان يؤمن الحاكم المسلم للفرد المسلم الغذاء و المسكن و الملبس و ان يكفيه مؤونة الزمن 11:57 PM

الرسول صلى الله عليه و سلم قال ادرؤوا الحدود بالشبهات 11:57 PM

و قد عطل عمر بن الخطاب رضي الله عنه الحدود عام المجاعة11:57 PM

لانه لم يستطع ان يطعم الناس11:58 PM

ليست الحدود مقصودة لذاتها11:59 PM

فلا نقطع ايدي الناس لمجرد القطع11:59 PM

لكن الله تبارك و تعالى امرنا بزلك و قد قار رسول الله صلى الله عليه و سلم لحد يعمل فيه في الأرض خير من ان تمطروا اربعين خريفاً12:00 AM

يعني اربعين سنة


Kamis, 07 Januari 2010

Teka-teki #1

Aku ada jumpa satu teka-teki yang menarik. Jadi, aku nak berkongsi dengan para pembaca di sini. Silakan menjawab

-----------------------------------------------------------------------

Teka-teki ini tidak mengandung trik, hanya murni logika.
Ada lima buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeda.
Setiap rumah dihuni satu orang pria dengan kebangsaaan yang berbeda-beda.
Setiap penghuni rumah menyukai jenis minuman tertentu, merokok satu jenis rokok tertentu dan memelihara satu jenis hewan tertentu.
Tak satupun dari kelima orang itu yang minum minuman yang sama, merokok satu jenis rokok yang sama, dan memelihara hewan yang sama seperti penghuni yang lain.

PERTANYAAN: Siapakah Yang memelihara IKAN?


PETUNJUK:
1.Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah
2.Orang Swedia memelihara anjing
3.Orang Denmark senang minum teh
4.Rumah berwarna putih terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna coklat
5.Penghuni rumah berwarna putih senang minum kopi
6.Orang yang merokok PallMall memelihara burung
7.Penghuni rumah yang terletak ditengah-tengah senang minum susu
8.Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill
9.Orang Norwegia tinggal di rumah paling pertama
10.Orang yang merokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing
11.Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill
12.Orang yang merokok Winfield senang minum bir
13.Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norwegia
14.Orang Jerman merokok Rothmans
15.Orang yang merokok Marlboro bertetangga dengan orang yang minum air.


Sumber : Rahsia

-------------------------------------------------------------

Aku dapat jawab dalam masa lebih kurang 2 jam. Mula-mula aku guna kaedah senarai keluar(rule out). Tujuannya nak mengurangkan kebarangkalian yang mungkin terjadi. Kaedah ini mengurangkan kebarangkalian sehinggalah satu nilai tetap diperolehi. Bermula dengan premis nombor 7, aku gabungkan segala maklumat dalam satu bentuk yang difahami dan berhubungkait. Kemudian aku buat proofread untuk memaksimumkan signifikasi satu-satu maklumat itu.

Kaedah rule out yang aku buat tak mencapai jawapan muktamad. Agak rumit. Masih banyak lompong di antara puzzle maklumat yang aku susun. Tapi, disebabkan aku dah agak jauh menggunapakai kaedah itu, nampak sedikit sebanyak hasilnya. Kebarangkalian semakin menghampiri nilai/pemalar yang tepat. Kemudian, aku gunakan kaedah cuba-cuba(try and error). Aku letakkan mana-mana pemalar secara rawak. Bila ada pertentangan(error) aku letak tempat lain sehinggalah bertepatan dengan kesemua 15 premis yang ada.

Aku tertanya-tanya sama ada jawapan muktamad adalah jawapan tunggal atau ada beberapa jawapan yang sesuai. Bila aku bandingkan dengan jawapan orang lain, aku dapati bahawa jawapannya betul-betul sama dengan jawapan aku. Aku berhipotesis jawapan untuk teka-teki ini adalah jawapan tunggal. Jadi, aku rasa kaedah rule out lebih sesuai untuk membuktikan hipotesis ini.

Lepas bangun tidur pagi tadi, waktu aku berak, aku ada terfikir nak selesaikan kaedah rule out sampai habis. Aku ada terfikir tentang model yang paling sesuai. InsyaAllah aku akan kemas kini blog aku dengan model yang sesuai dan lengkap. Sekarang nak bedah buku Illustrated Textbook, In A Page dan nota-nota lecture.

Selamat mencuba. Doakan kejayaan aku.

Minggu, 03 Januari 2010

Peribahasa #1

Kadang-kadang aku minta kawan aku ajarkan peribahasa tempatan. Jadi di sini aku nak berkongsi satu peribahasa yang beliau ajarkan dan cerita di sebaliknya.

اللي بعرف بعرف اللي ما يعرف يقول كف العدس

''Illi bi'raf bi'raf, illi ma ye'raf ygool kaff al-'adas''

Siapa yang tahu memang dia tahu, siapa yang tak tahu dia cuma dapat cakap ''segenggam kacang 'adas saja''

Nak dijadikan cerita, ada sepasang suami isteri yang mempunyai gudang. Gudang tersebut mengandungi kacang adas yang baru dipetik. Memang banyak kacang adas di situ. Jadi pada satu hari, kedua-dua pasangan tersebut terpaksa bermalam di gudang tersebut. Mungkin tak sempat balik rumah.

Lalu datang seorang penceroboh yang tidak diketahui niat sebenarnya. Mungkin mahu mencuri adas atau mengisi masa bosan. Sedang beliau mengusha gudang kacang adas itu, beliau ternampak isteri pemilik gudang tersebut yang sedang tidur lena. Mungkin wanita tersebut adalah 'farfoor'( awek cun), jiwa lelaki beliau bergelojak. Dan beliau sedang berkira-kira untuk mengambil kesempatan. Kesempatan apa, aku tak tahu.

Sedang beliau baru beberapa detik melakukan kerja terkutuk itu, wanita tersebut tersedar dari tidur. Apa lagi, dia pun menjerit sampai mengejutkan suaminya. Suaminya menangkap penceroboh tersebut dan isterinya memanggil jiran tetangga.

Sampai saja jiran-jiran mereka di situ, si penceroboh mengeluarkan segenggam kacang adas yang sempat dicurinya dari poket dan berkata

''Aku cuma amek kacang adas saja''

Jiran-jiran tetangga yang kecewa dengan sikap menggelabah pemilik gudang tersebut pun berkata dengan bengangnya

''Orang curi segenggam kacang pun dah kecoh-kecoh kejut kami dari tidur. Blah la weh''

Pemilik gudang tersebut bertambah bengang. Sudahlah isterinya di------(sila isi dengan perkataan yang sesuai), dikutuk pula dengan jiran tetangga. Dia cuma mampu berkata

Siapa yang tahu memang dia tahu, siapa yang tak tahu dia cuma dapat cakap ''segenggam kacang 'adas saja''

Tamat kisah

Soalannya, peribahasa Melayu apa yang lebih sesuai dengan peribahasa di atas, ''cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'' atau ''hanya jauhari mengenal manikam''? Atau ada peribahasa lain yang lebih sesuai?