Rabu, 10 Juni 2009

Moga Dipermudahkan Jalannya

Malam tadi, sewaktu ralit dengan nota-nota peperiksaan, penulis dikejutkan dengan berita kemalangan sahabat-sahabat yang belajar di Mesir. Selang beberapa minit kemudian, sekali lagi penulis dikejutkan dengan kematian salah seorang daripada mereka, Allahyarham Ammar Zulkifli. Khabarnya mereka sedang mencari tempat berkelah untuk mendapatkan ketenangan selepas peperiksaan dan akhirnya beliau dapat mencari ketenangan yang abadi. Tenang dari hiruk pikuk dunia yang meletihkan.

Kali pertama penulis berjumpa dengan beliau adalah pada 27 Jun 2006 dan kali terakhir adalah pada Februari 2008 ketika beliau datang melancong ke negara penulis belajar. Sempat menghabiskan masa bersama beliau ketika itu lebih kurang 3 hari sebelum menghantar beliau pulang ke Pelabuhan Aqabah.

Tiada apa yang ingin ditulis lagi. Lagi berita di perubatan.org bahagian peristiwa. Boleh lawat blog Allahyarham di sini. Semoga perkongsian ilmu oleh Allahyarham berterusan supaya dapat membantu beliau di sana.

Alfatihah buat saudara Ammar bin Zulkifli.


2 komentar:

neem mengatakan...

al-fatihah utk dia.

aku pun dgr dari sorg kawan kat mesir

an2blur mengatakan...

al-fatihah..